Followers

Search my Blog

TEMPAT PERCUTIAN YG MASIH DALAM PEMILIHAN

1-TERENGGANU MALAYSIA
2-MEDAN INDONESIA
3-MELAKA MALAYSIA

Cintamama setiap tahun kan pergi holiday, selalunya sekeluarga kami akan pergi beramai2 tapi tak de la ramai mana pun just 2 family.. Sebab bagi cintamama kalau konvoi ramai2 sanagt tak best cukup lah kalau dalam 2 family (2 buah kereta saja)... 2 tahun lepas kami 2 keluarga bercuti ke Langkawi tapi tahun lepas sebab keluarga cintamama sibuk sangat2 sebab tu lah tak de pergi mana2 pun.. Tapi tahun ni dah ada plan nak bercuti 2 family semula..

Kawan cintamama cadangkan pergi ke Medan Indonesia, tapi kos dia mesti tinggi kan.. Lagi pun ada apa yg best2 kat medan tu, setahu cintamama tempat orang gi shoping banyak la.. Cuma dalam fikiran cintamama ni dalam Malaysia pun belum pusing habis lagi dah nak keluar dari Malaysia.. Kalau ikutkan cintamama ada 2 tempat yg ada dalam fikiran cintamama.. Terengganu atau Melaka, tapi Melaka kami pernah pi dah, tu pun konvoi ramai2 masa tu pergi dengan kelab kereta, yg pi masa tu sebanyak 20 biji kereta, memang ramai la.. Tu kali kedua cintamama pi Melaka, kali pertama pula semasa kerja kilang tu pun sekejap je kerja nak ambik pengalaman jadi masa tu kilang tu nak bercuti ke Melaka jadi cintamama ikut la, time tu cintamama pun tak kawin lagi dan masih gadis sunti lagi hehehe...

Di pendekkan citer kalau pi Melaka balik nanti boleh singgah kat Nilai... Cintamama selalu dengar orang gi shoping kat situ, katanya murah2 hemmm murah macam mana pun tak tau lah selagi belum tengok dengan mata kepala sendiri kan.. Tu pun rasa macam semangat jugak nak pi... Terengganu pulak rasa2nya cintamama pun dah pergi sekali tu pun dengan konvoi yg cintamama ceritakan mula2 tadi... Dulu kelab kereta kami aktif konvoi ke semerata tempat cuma sekarang dah slow sangat..Jadi sebab tu cintamama suka hanya dalam 2 family ja yg pergi.. 

Ok, kalau Terengganu pula may be banyak pulau2 yg menarik tapi cintamama pun tak tahu sangat dimana dan bagaimana nak tahu tempat2 apa yg best..So lepas ni nak kena la search dalam google pulak kan :) Tak pe janji cintamama puas hati.. Tapi kalau pi Terengganu mesti terbayang2kan keropop lekor hemmm lapar dan2, haiii dah la bulan puasa ni hehehe...Nanti bila dh ada keputusan dan kami pun dah pergi haaa time tu cintamama akan postkan gambar2 yg menarik untuk tatapan kawan2 semua ya...

PUASA DI HARI KE 2


Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ini, hari ini dah masuk 2 hari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam..  So apa citer dengan puasa kawan2 semua.. Tak ada apa2 masalahkah, @ masih ada yang liat nak berpuasa ni :) .

Bagi cintamama dan keluarga  pula biasa2 saja, cuma pada hari pertama berpuasa anak bungsu cintamama terpaksa menahan sakit perut akibat perut masuk angin.. Nak bagi dia buka puasa pun sayang jugak sebab dah nak dekat sangat dah time berbuka cuma tinggal lagi setengah jam saja pun, sayang la kan kalau bukak time tu, betul tak kawan2... Tapi lepas saja dia berbuka time semua nak sembahyang dia muntah habis semua makanan yang di makan time berbuka tadi.. Kesian la pulak cintamama tengok dia.. Malam tu dia tidur awal dengan perut yang meragam tapi cintamama dah sapu minyak angin kat perut dia dah...

Hari ini hari ke dua dia berpuasa harap2 semuanya ok.. Cintamama tak mau la ajar dia selalu ponteng puasa sebab dia pun dah besar, dah darjah 4 pun(umur 10 tahun) so time ni la dia kena belajar, kalau demam ke tu tak pe la sebab ada alasan yang kukuh.. Kalau saja2 tak mau puasa hemmm tu tak boleh di biarkan.. Sebagai orang Islam kita wajib menunaikan apa yang di suruh dan elakkan apa yang di tegah.. Cintamama rasa semua ibu2 di dunia ni pun macam tu kan..

Cintamama harap Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan pada kita semua termasuklah keluarga cintamama juga.. Walau berat mana dugaan yang ALLAH berikan Cintamama harap semuanya akan di hadapi dengan tabah..

TERLANJUR MENCINTAIMU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Terlanjur Mencintaimu.

JOHAN Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaika. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

"Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis  Zulaikha, tak ada...dan  tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!" - Johan Iskandar.

TENGKU Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan. Disebabkan rasa takut yang mendalam, takut di tinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

"Bukan laut namanya jika airnya tidakberombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!" - Tengku Hanisa Zulaikha.

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?
~~~~~~~
Citer ni best sangat2 dan x rugi kalau beli.. cintamama suka sangat2 story ni..sampai berulang2 cintamama baca...

PABILA CINTA MEMANGGILKU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Pabila Cinta Memanggilku.

YANG AYESHA, seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, yop dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

"Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam atau pun awak." - Yang Ayesha.

ADAM HARITH, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

"Nak ajak kawin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Yang sayang Irfan lebih daripada Adam? Yang suka semua ini berlaku,Yang? Dua orang serentak menyayangi Yang?" - Adam Harith.

AMIRUL IRFAN, seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

"Awak ni memang degillah sya... tapi tak apa. Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..." - Amirul Irfan.

Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan Yang Ayesha?
~~~~~~~~
Tiada kata yg dpt cintamama katakan tengtang karya penulis SYAMNURIEZMIL ini..semua karya beliau sangat2 best..dlm 5 skala bintang cintamama berikan markah penuh iaitu 5 bintang, sebab citer ni memang best dan kita baca pun santai ja... kisah cinta tiga segi.. pergelutan antara kasih sayang keluarga dan cinta..perrhhh besttt beli cepat jgn x beli :)

LOVE YOU MR.ARROGANT. (sinopsis)


SINOPSIS ~ Love You Mr.Arrogant.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kawin dengan aku. Titik." - Zafriel Irham.

Demi sebuah janji, Zaara Aminah reda menerima kehendak Ilahi. Biar pun tiada cinta, Zaara Aminah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari di pijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Aminah tidak menyangka, keputusannya itu membuat hidupnya kacau-bilau melayan kerenah Zafriel Irham yangg berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya,. hidup Zaara Aminah tidak lagi aman. Kehadiran Hardy Hakimi , sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berllagak tu? aduhh.. tapi.." - Zaara Aminah.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Aminah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada  waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Aminah terus menanti..
~~~~~
Ok citer ni bg cintamama best jgk..dlm 5 skala bintang cintamama bg 4 setengah bintang.. sbb dia hehehe kena la baca sendiri hehehe beli jgn x beli tau... besttttt

MY PRECIOUS IRIS (ulasan)


Hemmm korang dah baca ke belum novel ni..Cintamama baru habis je, tapi mcm x seronok la plk sbb sebelum baca novel ni sepatutnya kena baca I LOVE U STUPIT dahulu baru boleh sambung baca MY PRECIOUS IRIS ni... baru la x pening kepala memikrkan..oleh sbb cintamama sudah tersalah beli hehehe..jadi terpaksa la langkau dulu..sebenarnya novel ni kesinambungan dari I LOVE U STUPIT(ILUS) sbb cintamama x tahu bagamana stoy dlm ILUS so xleh la cintamama nak bg rumusannya..

Cuma bg MY PRECIOUS IRIS (MPI) ni permulaan story dia agak memboringkan tapi tengah2 dan pengakhirannya sangat2 best dan sampai menangis2 cintamama.. Banyak jgk ayat2 yg kadang2 cintamama pening dan memikir sbb byk sangat bahasa2 yg dalam dan kadang2 kena baca betul2 baru faham..Kalau orang lain rasanya dah giveup nak baca novel ni tapi oleh sbb cintamama kaki novel tegar so cintamama anggap ini sebagai cabaran untuk cintamama.. 

Ok..berkenaan novel ni yg paling membuat cintamama menangis bila time Iris membaca wasiat terakhir suaminya yg merupakan video... sampai nagis2 sbb ayat suaminya sangat2 puitis dan menyentuh jiwa dan itulah wasit terakhir suaminya..cintamama beria2 la nagis sbb laki dia mati tapi last2 citer rupa2nya x mati pun, cuma koma... sbb cara penulis bercerita mcm suami Iris dah mati, tu yg buat cintamama tergelak di pengakhiran cerita ni hahahaha...

Hemmm kalau korang nak tahu bagaimana kesudahan citer ni hemmm beli la cepat..lg elok kalau korang beli I LOVE U STUPIT dan MY PRECIOUS IRIS bersama2 baru x pening mcm cintamama ni hehehehe.. Selamat membeli dan membaca ya kaki2 novel..

BILA ANAK BUAT PERANGAI MULA KEPALA PUN PUSING


Assalamualaikum blogger2 semua... sebenarnya cintamama lagi susah hati, tak tahu dengan siapa dah cintamama nak cakap.. hari2 anak cintamama selalu bagi kepala cintamama sakit, hari ini saja dada ni sakit macam dah nak meletup.. sejak dia berkawan dengan orang yang salah ni, perangainya jugak semakin menjadi2.. Sakit dah kepala ni, elok2 duk sekolah agama dah berhenti dan sekarang pi sekolah menegah biasa pulak..Ok lah kalau dia dah kata dia x leh nak ikut kan.. tu pun dia nak berhenti sekolah dah x mau sekolah.. Tapi cintamama tak bagi la, sayang sangat2 sebab tahun depan ja nak ambik SPM..  

Kita sebagai mak ni selalu fikir tentang masa depan mereka tapi mereka x pernah nak fikir semua tu.. Yang depa tau hanya nak enjoy dan seronok2 ja.. Cintamama x mau satu hari nanti dia menyesal sebab x sekolah dan ada sijil.. Memang la depa la tengah umur macam ni x fikir apa, asyik nak happy ja.. Bila ibu menegur tu ada la benda yang si ibu x suka dan ibu lakukan apa pun demi kebaikan anak2 tu sendiri tapi si anak selalu x pernah nak dengar cakap ibu ni dan selalu melawan kata balik ada la.. Bukannya x di nasihat dah jenuh dah nasihat ni di beri tapi masuk angin keluar asap ja la... Ini la kalau dah tersalah pilih kawan, kalau pilih kawan yg baik dan pandai jadi baik dan pandai la kita kalau pilih kawan yg jahat kita pun akan terikut2 menjadi jahat.. Aduh pening la kepala ni duk memikir hal anak2..

Hari ja dia keluar rumah dari pukul 8 pagi sampai la ni dah pukul 6 setengah sampai dah nak malam dah ni dia x balik2 jugak.. Sampai kan dsembahyang jumaat hari ni pun x pi..Cintamama pun x tau nak wat macam mana dah dengan dia ni..nak di pukul dah besar panjang.. sejak berkawan dengan budak2 yg kaki ponteng sekolah dia pun dah pandai ponteng sekolah.. sampaikan lari dari rumah pun dia dah biasa buat.. cintamama ni dah menangis x tau la banyak mana dah..kalau nak di ikutkan dia berdoasa besar sebab membuat kan cintamama ibunya menjatuhkan airmata .. bukan dia x tahu apa dosa jika ibu terasa atau buat ibu menangis tapi dia buat jugak..Cintamama dah x larat nak nagis dah... YaALLAh apa lah dosa cintamama sampai dapat anak yg macam ni..dulu kecik2 xde la dia jahat sangat..Baik orangnya dan dengar cakap mak ayah tapi sekarang semakin menjadi2 perangainya... 

Cintamama bukan nak memburuk2kan anak cintamama tapi ini sebagai pengajaran pada remaja2 yg selalu nak enjoy dan melawan cakap mak ayah dia,,, Sekolah la selagi ibu dan ayah masih mampu nak tanggung anda besekolah.. Memang sekarang ni seronok tapi di masa depan, bila nak cari kerja semuanya nak pakai sijil SPM..dulu2 boleh la pakai sijil PMR ja tapi di masa akan datang dah x laku dah sijil PMR ni..Hnaya SPM saja yg di pandang... Selagi boleh belajar lah sampai ke peringkat yg tertinggi dan buat mak ayah berbangga.. Bukannya buat mak ayah pening hari2 memikirkan masalah anak2 semua.. Satu lagi cintamama nak titik beratkan disini berkawan biarlah dengan orang yang sepatutnya..semakin banyak gejala yang tidak elok dan macam2 hal yang menjadi masalah dan semua tu punca keruntuhan moral anak2 muda sekarang..

Maish belum terlambat untuk anak cintamama untuk berubah..cintamama sentiasa mendoakan agar ALLAH melembutkan hati dia dan jangan melawan cakap.. Biarlah dia menjadi orang yg baik2 dan kalau segala doa cintamama ni di kabulkan ALLAH cintamama lah ibu dalam dunia yg paling seronok sekali.. Cintamama selalu nak kan yg terbaik untuk anak2 cintamama tapi mengapa dia x pernah nak faham hati cintamama..cintamama sayang kan dia.. kalau cintamama x sayang dia dah lama cintamama wat x peduli kat dia..tapi cintamama sayang dia..hanya dia anak lelaki yg cintamama ada.. sudah la adik bungsu lelaki dia dah xde di dunia ni..hanya adik perempuan yg dia ada.. kalau dia pun perangai x elok macam mana dia nak jaga adik perempuannya.. macam mama nak tunjuk teladan yg baik untuk adik dia.. Hadoiii pening pening...

KERANA PRU AKU RUGI

hanya gambar hiasan..
Hari ini cintamama nak story sikit la tentang perang poster ni.. bukan apa, kita tau la yang sekarang ni musim berkempen dan nak mengundi pun dah tinggal beberapa hari ja lagi.. tapi disebabkan poster ni cintamama sedikit marah la jugak..hemmm macam mana nak citer ya? macam ni... di sebabkan setiap parti sakan menampal poster2 sampai menutup periuk nasi orang lain.. bukan cintamama nak tuduh tapi itulah hakikat dan kejadian yang menimpa cintamama.. oleh sebab mereka galak meletak bendera parti masing2 dan ia telah menghalang kedai cuci kereta cintamama dari pandangan orang yag lalu lalang di jalan utama..so kedai cintamama dengan lain perkataan ia sudah terlindung bayangkanlah simpang jalan masuk saja dah penuh bendera di kiri kanannya.. sebelum ni tak pernah pun jadi macam ni tapi sejak terbubarnya parlimen dan ahli2 parti rancak memacak serata corok bendera parti mereka sampaikan kedai cintamama pun dah terlindung sama.. 

Dulu kalau setiap hari minggu mesti banyak kereta yang datang cuci tapi sejak perang poster ni kerata dah semakin kurang.. contohnya hari ini bayangkan hanya sebiji motor dan kereta saja yang datang lepas tu dah tak ada yang datang dah.. frust sungguh cintamama bila jadi macam ni..sewa nak kena bayar, gaji pekerja nak kena bayar, bil api dan air nak kena bayar.. kalau dah keadaan macam ni selalu terjadi macam mana nak bayar semua tu..hadoi, sakit kepala memikirkan semua ni.. kadang2 cinttamama rasa macam nak p buang ja bendera2 tu semua tapi bila diingatkan balik nanti pas dengan barisan bergaduh plk sesama depa haru la pulak.. haiii semuanya serba tak kena kan.. mengapa la lambat sangat nak habis tah perang poster ni tah.. sakit kepala la tengok sekeliling dan sepanjang jalan yang semak..mencemarkan alam dan mata ja..

Tapi di sebabkan pilihanraya ini jugak la kaum islam sesama islam perpecah belah.. PAS kata BN dan BN kata kat PAS balik.. alih2 semuanya sama saja dan yang paling teruknya PAS la, sudah la berseban kononnya orang alim dan bijak pandai la tapi hakikatnya mulut mereka lebih busuk dan berbisa dari ular.. mengata dan memaki orang sewenang2nya dan membuat fitnah sesuka hati.. itukah keperibadian seorang ulama dan orang yang dihormati mempunyai moral yang tinggi disisi islam..tapi kalau macam ni punya gelagat dan kelakuan ahli2 PAS tertinggi dan orang2 bawahannya..bermakna korang pun sama saja dengan orang2 BN.. 

Aku tak kata orang2 BN baik, tak ya.. mereka pun ada jugak silapnya, tapi keperibadian mereka dan status mereka tak sama macam PAS yang kebanyakannya pandai bab2 agama dan hukum tapi apa bezanya sekarang di antara mereka..kerana gila kuasa sampai sanggup meluahkan kata2 kesat dan tidak enak di dengar pada pendengaran orang...apa tah lagi anak2 kecil yang masih kecil.. itu semua pengajaran yang tidak elok untuk pembesaran mereka.. 

Walaupun aku hanyalah pengundi biasa dan tidak terlalu obses dengan parti.. tapi bagi aku negara kita ini dah cukup aman dan harmoni pada sudut pandangan mata aku.. kalau di takdirkan negara ini di bawah pemerintahan pembangkan rasa2nya lingkup sudah negara ini yang sudak sekian lamanya dibina dengan payah susahnya oleh pemimpim2 yang terdahulu yang memperjuangkan hak2 rakyat dan membawa Malaysia terkenal di mata dunia.. sedangkan sekarang pun ketua2 dalam PR berbalah sesama sendiri bagaimana mereka nak memerintah negara ini.. kalau setakat cakap semua orang boleh cakap, tapi merealisasikan sangat2 payah.. hanya yang berbakat dan cerdik saja yang layak memimpin negara ini .. tapi mereka2 ini tak sedar diri dan merasakan mereka hebat dan seperti trajedi di Lahat Datu, adakah kematian pun nak di politikkan jugak..aku pun marah jugak kalau mereka mengutuk dan mengata polis dan tentera..sebab aku juga anak seorang polis.. pekerjaan itu sangat mulia di mata aku dan aku bangga aku anak seorang polis..

Akhir sekali aku nak mohon maaf andai ada hati2 yang terluka dengan penulisan aku ini..aku hanya meluahkan ketidak puasan hati aku dan andai ada yang marah aku mohon maaf.. hak bersuara adalah hak orang ramai tapi kalau ada yang marah sory ok.. aku hanya menyokong pada yang benar dan aku sayang negara ku ini dan aku tak mahu melihat ia hancur.. kita seharusnya bersyukur negara kita ini aman damai dan tidak bergolak macam di sesetengah negara islam sana.. tapi orang2 islam yang lain tak tahu bersyukur dan suka trajedi buruk belaku..dah puas kut hidup tu yang nak melingkupkan negara tu.. sory sekali lagi kalau korang marah..mana la nak tau kan kut2 ada blogger2 yg membaca ni ahli pembangkang so jangan ambik hati ya..jangan marah2 k nanti cepat tua...senyum sikit senyum sikit :) haaaa kan manis bila dah senyum tu... Y(^__*)Y

SALAM KERINDUAN PADA SEMUA.

Hai!!! salam sayang untuk semua blogger.. rasanya dah lama tak update entry barukan, kadang2 tu rindu jugak pada blog kesayangan  ni.. tapi apakan daya masa tak mengizinkan diri ini berlama2 disini.. semenjak dah ada tugas lain kekerapan ke blog sudah terpaksa di kurangkan.. bohonglah kalau cakap tak rindu.. rindu tu dah sampai tak tau nak cakap macam mana dah ni.. apa2 pun cintamama sentiasa mendoakan kebahagiam dan kesejahteraan semua orang tak kira di mana mereka berada ok..

Cintamama hanya ingin luahkan kerinduan di hati saja.. tapi2 agak2nya ada tak yang rindu pada cintamama?? Tak pe lah kalau tak de yang rindu yang penting cintamama rindu pada semua.. walau kita tak kenal tapi kesudian korang bertandang ke blog cintamama saja sudah cukup membahagiakan cintamama dan cintamama harap sokongan korang tak akan berhenti disini saja ok... cintamama pun akan sentiasa menyokong korang..sayang korang ketat ketat :)

PENCURI CINTA (sinopsis)


*SINOPSIS ~ PENCURI CINTA*

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafiz muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.

"Tapi tak mustahil abang utamakan Natasha dan beritahu dia segala-galanya, sampaikan makan malam ini pun kena ikut cakap dia, kalau Natasha tak bagi idea suruh abang ajak Laila keluar makan demi menegakkan konsep belaku adil yang disarankan oleh papa abang tu, adakah sekarang kita berjumpa di sini? Mungkin abang sedang duduk makan dengan Natasha dan meluahkan rasa tak puas hati tentang perangai Laila, kan?"~ LAILA.

"Nampak seperti hanya saya seorang saja yang berusaha keras menjaga hati keluarga kedua belah pihak, tapi siapa nak jaga hati saya? Saya letih seharian dengan kerja-kerja di pejabat dan selepas itu berkejar mendapatkan Laila dan kemudian Natasha. Saya puaskan hati mereka, tak mahu ada kompelin saya tak belaku adil, tapi di penghujung hari... siapa yang pedulikan saya?"~SAFUAN.

"Perasan boleh dipupuk, sayang boleh menjadi cinta yang mendalam. I tak salahkan you kalau you sayangkan Laila lebih daripada you sayangkan I, sebab I terima... Laila tu anak dara, I ni emak budak, kan?"~NATASHA.
~~~~
novel ni best sangat2, kisah cinta berpoligami dan kuasa sihir menguasai diri bila diri terlalu obses dengan cinta dan bagaimana suami perlu berlaku adil tapi di penhujung cerita ni Safuan hanya menikahi Laila dan hidup bahagia dengan cahayamata mereka yang comel..hemmm nak tau apa jadi dengan Natasha? haaa kena la beli dan baca apa yang terjadi pada Natasha..beli jangan tak beli..

SIAPA ORANG GAJIKU(sinopsis)


*SINOPSIS ~ SIAPA ORANG GAJIKU*

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sajaha. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang  degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasna. Sementara itu, kehadiran aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal Iskandar, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?
~~~~~
begitulah serba sedikt sinopsis novel yang bertajuk "SIAPA ORANG GAJIKU" tak rugi beli novel ni.. aku puas hati baca, sangat menarik dan ending dia pun best.. nak tau kena la beli ok...

MY NOVEL...

antara koleksi novel2 aku....
Novel dan aku tak dapat dipisahkan..macam aku dengan k-pop lah jugak :) Kalau nak dikirakan duit ringgit ni da tak tau dah banyak mana habis sebab novel ja.. Mungkin bagi orang lain itu satu pembaziran tapi aku tak kisah apa orang nak cakap yang penting itu hobi aku dan kita memang di galakkan rajin membaca, tak kisahlah baca apa jenis buku pun.. Jangan buku yang tak senonoh sudah la kan..

Rasa2nya dah tak terkira banyaknya novel yang aku baca sampai aku sendiri pun tak ingat.. Setiap kalai ke mall atau mana2 tempat yang ada kedai buku, mesti aku tak lepaskan peluang untuk tinjau2 apa novel2 yang terbaru dan yang belum aku baca lagi.. Bila dapat baca ia satu kepuasan dan mungkin bagi kaki2 novel dan love story mesti satu pendapat dengan aku kan, nak2 lagi facial expressions kita bermacam2 style.. sekejap tersenyum sekejap sedih sekejap tersipu2 malu dan yang paling syok tu ni mesti semua orang selalu alami bila baca novel love story hemm apa lagi kalau bukan nagis sampai bengkak mata2.. Semua yang aku sebut tu ada kat aku.. Kadang2 bila dah ending pun still nagis lagi.. Sampai orang kata kat aku " hai baca buku pun nagis".. Haaa tu la orang tak tau, kita bila baca novel ni kena menghayati baru masuk dalam jiwa story tu..kalau tak, tak akan faham story line dia.. Satu lagi kita mendapat kepuasan yang sangat2 seronok dan yang tu hanya kaki2 novel saja yang tahu..

Contoh novel yang paling banyak aku ulang baca adalah "Bicara Hati"... story dia sangat2 best dan bila di dramakan aku pun teruja sangat2 nak tengok.. Tapi akhirnya hampa sebab pada permulaan cerita dia ok best sangat macam yang dalam novel tapi bila dah sampai pertengahan dan ending dia mula dah lain sikit story line dia... Tapi kira ok lah...Ok lah aku pun dah penat duk pok pek pok pek duk story about novel aku ada masa kita pok pek pok pek lagi nuuuu hehehehe...

SI MERBAH JAMBOL

Burung Merbah  Jambol
Assalamualaikum semua dan selamat malam, sewaktu cintamama menulis-nulis di sini waktu dah pun malam dan cintamama ucapkan selamat malam pada semua..Sebenarnya cintamama merasa ketidakpuasan di hati cintamama disaat ini..Geram pun ada.. Meluat pun ada dan sakit hati ni tak usah cakap la kan... Hemmm nak tau sebab apa? Sebabnya pasai burung ja... Korang mesti gelak kan, sebab burung ja cintamama pusing sampai macam ni..

Haaa ni nak story mory sikit sebab musababnya... Al-maklum semuanya dah tau kan yang cintamama ada sebuah kedai Car Wash ( kalau yg selalu ikuti blog cintamama mesti tau la kan) cuma hari ini saja yang buat cintamama geram sangat2.. Tapi!! semua ni pun sebab salah seorang pekerja gunting rambut cintamama jugak lah.. Dia ni minat burung dan dia selalu letak burung di kedai cintamama.. Cintamama tak kisah asalkan ia tak menggangu peniagaan cintamama.. Cumaaa petang tadi dia panggil geng2 kaki burung yang sama minat dengan dia.. Semua pakat2 duk bawa sangkar burung dan duk lawan bunyi..Mula2 sekor dua ja tapi bila cintamama balik dari pasar malam tengok2 dah bederet2 sangkar burung kat bawah bumbung kedai cintamama dan dalam kedai tak usah cakap la penuh dengan tuan2 burung tu duk lepak, masalahnya pulak kawasan depa letak burung tu kawasan proses akhir cuci kereta.. Cuma time tu tak da kereta kalau ada kereta tentu tak elok kan kalau pelanggan cintamama tengok dan yang nak mai cuci pun tentu tak jadi sebab tengok banyak sangat burung, nanti tentu dia kata "ni kedai cuci kereta ka kedai burung" haaaa tak ka merugikan cintamama ja..

Yang menjadi kerisauan cintamama sekarang ni, cintamama ada terdengar perbualan mereka nak ajak geng2 mereka mai lawan bunyi burung pada hari Isnin @ Ahad.. Tu pun belah tengahari dalam pukul 12 tengahari macam tu lah... Kalau betul la nak ja cintamama baling ja sangkar2 tu semua..Bukannya apa, time2 tengahari macam tu selalunya time kemuncak kereta tengah banyak.. Cintamama serba salah di buatnya, pekerja yang gunting rambut ni dia kawan huby cintamama dan huby cintamama ni jenis yang senyap dan tak kisah tapi dalam hati dia siapa yang tahukan dia marah ke tak.. Cuma cintamama ni jenis yang mulut kira boleh tahan la jugak lasernya kalau cintamama tersentap.. Sebab tu kalau orang tak usik cintamama, cintamama tak akan marah dan kalau ada orang yang wat honaq(tak senonoh @ wat tak elok) tu yang cintamama marah sangat2.. Macam kejadian sekarang la, wat cintamama bara ja.. Cintamama pun tak nak lah marah2 tak tentu pasai dan cintamama kena jugak jaga maruah huby cintamama nanti apa pulak kawan2 huby cintamama kata kat cintamama tapi sakit dalam hati cintamama ni macam mana pulak..Hemmm sabar je lah..

Apa2 pun cintamama akan pantau2 dan tengok2 kalau ada aktiviti yang mereka2 semua nak buat jugak dan yang macam depa rancangkan..Hemmm terpaksalah cintamama tegur dengan elok dan cintamama rasa itu yang seelok2nya agar kedua2 belah pihak tak tersinggung dan sakit hati tapiiii kalau depa wat jugak haaaa siap la, akan cintamama lambung2kan semua sangkar2 tu semua...kejam tak kejam haaa lantak la...

Disitu cintamama mencari rezeki dan cintamama tak mau ada orang yang nak kacau rezeki cintamama..korang pun tentu marahkan kalau ada orang nak wat kacau dan ganggu punca rezeki korang kan.. Cuma cara penyelesaian tu yang berbeza.. Apa2 pun cintamama akan cuba untuk bertenang.. Cintamama ucapkan terimakasih pada korang yang sudi dengar cintamama story kat sini dan blog ni dah macam diari begerak cintamama dah.. Apa yang cintamama tak puas hati dan tak suka disinilah yang cintamama boleh luahkan.. Kalua ada yang boleh dijadikan iktibar ikutlah kalau tak jangan ikut tau hehehe(sempat duk gelak lagi tu)hehehe..Oklah sampai sini dulu untuk malam ni..bye semua, sayang korang ketat-ketat...

TUGAS BARUKU...

Inilah car wash cintamama  dan kedai gunting rambut dan kedai to-pup di sebelah dalamnya.

Hai blogger2 semua...rasanya permulaann tahun baru ni cintamama tak ada buat apa2 entry baru kan...maklumlah sibuk memanjang sampai nak up-date blog dengan FaceBook pun dah tak sempat.. Dulu tak pe la duk rumah je, tak de wat apa2 cuma layan je FB dgn Blog tapi sejak huby cintamama dah bukak kedai Car wash, kedai gunting rambut dan To-pup nak tak nak kena la jugak jagakan.. Al-maklumlah bisnes kecik2 ja ,sendiri kena jaga la..huby cintamama pulak sibuk dengan kerja dia so cintamama la yang kena jaga..

Baru2 ni huby cintamama teramat2lah sibuk sampai tugas pengurusan akaun kedai yang seharusnya dia buat terpaksalah cintamama yang take over pada hal cintamama ni paling lemah benda2 yang bersangkut paut dengan kira2 ni maklumlah matematik pelajaran yang cintamama paling tak suka hehehe...So mau ka tak mau ka kena la jugak buat, tak tau pun kena jugak belajar sebab!!! yang sendiri punya kalau yang orang lain dah lama dah surrender, haiiii apa nak buat dah nasib badan tapi ok jugak sebab cintamama pun dapat gaji hehehe... Walau yang sendiri gaji tetap ada untuk cintamama haaaa yang tu yang seronoknya tu...Dah la dapat duit dapur bulan2 dari huby cintamama ni tambah pulak lagi duit poket cintamama sendiri wahhhh seronok tak terkata dah ni hehehe...

Oleh kerana tugas baru cintamama ni yang memerlukan seharian di kedai dan hanya sebelah malam ja yang cintamama free so hanya malam saja lah cintamama on line.. Mula2 dulu boring jugak macam nak give up ja, tau sebab apa??? hemmm sebabnya cintamama tak boleh nak tengok tv nak tengok drama2 korea fav cintamama dan ber FB so memang bosan gila lah time tu.. Tapi sekarang dah tak bosan lagi dah sebab cintamama dah bawak tv ke kedai, nasib baik ada 2 tv di rumah cintamama kalau tak hemmm mau bosan hidup cintamama ni...

Tugas cintamama di kedai hanyalah memantau pekerja2 cintamama dan menerima bayaran dari customer2 yang datang cuci kereta, gunting rambut dan yang nak to-pup... mudah je sebenarnya tugas cintamama kan, tapi sebosan mana pun dah kedai sendiri dan yang penting bisnes cintamama bagus.. Bukan senag nak jadi senang, kena usaha kuat baru boleh senang.. So pengajarannya disini, kita janganlah bermalas2 dan jangan hanya berharap pada duit yang diberi orang kalau nak duit lebih kenalah berusaha dan rajin.. Apa2 kerja tak kira cuci kereta ka angkut sampah ka, kerani ka jual nasi lemak ka yang penting kerja tu halal dan duit yang kita dapat tu halal dan berkat.. Barulah bererti kehidupan kita dan yang paling penting selalu ingat diri dan jangan lupa asal usul kita, selalunya orang ni bila dah kaya selalu lupa diri dan mula belagak so ingatlah selalu merendah diri dan hormat orang lain barulah kita diberkati ALLAH dan rezeki yang datang pun berkat..

Oklah cintamama asyik menulis ja kat sini lupa pulak nak tengok jam...rupa2nya dah pukul 8 lebih dah ni, dah tiba masanya untuk cintamama siap2 apa yang patut untuk ke kedai cintamama.. ada masa cintamama story benda lain pulak ya.. Pada semua blogger2 yang sudi datang jengok2 blog cintamama ni terima kasih la banyak2 sebab sudi baca story cintamama yang berjela2 panjang ni ada masa cintamama akan lawat korang balik ya.. so terima kasih dan selamat berblockwaking disini bye bye semua...Assalamualaikum dan selamat membaca semuanya sayanonara :))