Followers

Search my Blog

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG..

Beberapa hari ini hari yang menyedihkan untuk hidupku..dulu aku sayang dan suka dengan salah satu radio on9 kegemaran aku ini. Tapi sejak ensiden itu, aku dah kembali merasakan tiada gunanya aku berada disitu lagi. Bukan aku tak sayang dengan kawan-kawan kat situ, tapi hati ini terasa luka sangat bila kata-kata dia menusuk hingga ke jantung. Kadang-kadang merasakan diri ini dah tak diperlukan lagi disitu, jadi biarlah aku bawa diri ...

Kerana marah yang terlampau aku nekad keluar dari group kesayangan aku tu. Habis semua group yang aku masuk dah pun aku keluar hanya tinggal dua group je yang ada. Group tuk keluarga ku dan group yang mana adik-adik angkat aku berada..kerana group tu lah yang menemukan aku dengan mereka yang aku sayang dan aku anggap macam adik aku sendiri. Mulanya niat dihati nak tutup saja akaun FB, memang dah nekad ni. Tapi aku banyak menerima pujukan dari adik-adik angkat aku, semuanya tak bagi aku tutup FB. Jagi aku masih berbelah bagi antara nak atau tak. Apa yang harus aku buat???

Aku sayang adik-adik aku dan aku sayang kawan-kawan yang dalam FB tapi apa daya diri ini yang dah hancur luluh hati untuk berFB lagi. Terasa diri di FB hanya mengundang kelukaan pada diri sendiri dan mungkin mendatangkan kebencian pada orang lain. Mengapa selalu bila kita ingin mencari sahabat selalu disalah mengertikan dan hanya mengundang keukaan yang dalam. Satu lagi kata-kata yang tajam yang boleh membuat hati seseorang tu terluka. Hemmm aku pun tak tahu apa yang harus aku buat untuk meneruskan semua kemelut ini. Adakah aku tutup saja FB atau masih teruskan mcm biasa.

Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan dan nak dengar celoteh dj2 radio tu. Cuma aku dah hampa dengan semua yang terjadi disana. Biarlah aku yang bawa diri janji mereka disana tetap bahagia dan biarlah aku hanya menjadi pendengar dari kejauhan saja.Kini tiada lagi komen-komen dan status-status yang akan ku beri disan. Putus sudah kasih sayang yang terbina selama ini.