Followers

Search my Blog

TERLANJUR MENCINTAIMU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Terlanjur Mencintaimu.

JOHAN Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaika. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

"Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis  Zulaikha, tak ada...dan  tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!" - Johan Iskandar.

TENGKU Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan. Disebabkan rasa takut yang mendalam, takut di tinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

"Bukan laut namanya jika airnya tidakberombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!" - Tengku Hanisa Zulaikha.

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?
~~~~~~~
Citer ni best sangat2 dan x rugi kalau beli.. cintamama suka sangat2 story ni..sampai berulang2 cintamama baca...

0 comments:

Post a Comment