Followers

Search my Blog

PABILA CINTA MEMANGGILKU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Pabila Cinta Memanggilku.

YANG AYESHA, seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, yop dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

"Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam atau pun awak." - Yang Ayesha.

ADAM HARITH, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

"Nak ajak kawin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Yang sayang Irfan lebih daripada Adam? Yang suka semua ini berlaku,Yang? Dua orang serentak menyayangi Yang?" - Adam Harith.

AMIRUL IRFAN, seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

"Awak ni memang degillah sya... tapi tak apa. Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..." - Amirul Irfan.

Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan Yang Ayesha?
~~~~~~~~
Tiada kata yg dpt cintamama katakan tengtang karya penulis SYAMNURIEZMIL ini..semua karya beliau sangat2 best..dlm 5 skala bintang cintamama berikan markah penuh iaitu 5 bintang, sebab citer ni memang best dan kita baca pun santai ja... kisah cinta tiga segi.. pergelutan antara kasih sayang keluarga dan cinta..perrhhh besttt beli cepat jgn x beli :)

0 comments:

Post a Comment