hanya gambar hiasan.. |
Dulu kalau setiap hari minggu mesti banyak kereta yang datang cuci tapi sejak perang poster ni kerata dah semakin kurang.. contohnya hari ini bayangkan hanya sebiji motor dan kereta saja yang datang lepas tu dah tak ada yang datang dah.. frust sungguh cintamama bila jadi macam ni..sewa nak kena bayar, gaji pekerja nak kena bayar, bil api dan air nak kena bayar.. kalau dah keadaan macam ni selalu terjadi macam mana nak bayar semua tu..hadoi, sakit kepala memikirkan semua ni.. kadang2 cinttamama rasa macam nak p buang ja bendera2 tu semua tapi bila diingatkan balik nanti pas dengan barisan bergaduh plk sesama depa haru la pulak.. haiii semuanya serba tak kena kan.. mengapa la lambat sangat nak habis tah perang poster ni tah.. sakit kepala la tengok sekeliling dan sepanjang jalan yang semak..mencemarkan alam dan mata ja..
Tapi di sebabkan pilihanraya ini jugak la kaum islam sesama islam perpecah belah.. PAS kata BN dan BN kata kat PAS balik.. alih2 semuanya sama saja dan yang paling teruknya PAS la, sudah la berseban kononnya orang alim dan bijak pandai la tapi hakikatnya mulut mereka lebih busuk dan berbisa dari ular.. mengata dan memaki orang sewenang2nya dan membuat fitnah sesuka hati.. itukah keperibadian seorang ulama dan orang yang dihormati mempunyai moral yang tinggi disisi islam..tapi kalau macam ni punya gelagat dan kelakuan ahli2 PAS tertinggi dan orang2 bawahannya..bermakna korang pun sama saja dengan orang2 BN..
Aku tak kata orang2 BN baik, tak ya.. mereka pun ada jugak silapnya, tapi keperibadian mereka dan status mereka tak sama macam PAS yang kebanyakannya pandai bab2 agama dan hukum tapi apa bezanya sekarang di antara mereka..kerana gila kuasa sampai sanggup meluahkan kata2 kesat dan tidak enak di dengar pada pendengaran orang...apa tah lagi anak2 kecil yang masih kecil.. itu semua pengajaran yang tidak elok untuk pembesaran mereka..
Walaupun aku hanyalah pengundi biasa dan tidak terlalu obses dengan parti.. tapi bagi aku negara kita ini dah cukup aman dan harmoni pada sudut pandangan mata aku.. kalau di takdirkan negara ini di bawah pemerintahan pembangkan rasa2nya lingkup sudah negara ini yang sudak sekian lamanya dibina dengan payah susahnya oleh pemimpim2 yang terdahulu yang memperjuangkan hak2 rakyat dan membawa Malaysia terkenal di mata dunia.. sedangkan sekarang pun ketua2 dalam PR berbalah sesama sendiri bagaimana mereka nak memerintah negara ini.. kalau setakat cakap semua orang boleh cakap, tapi merealisasikan sangat2 payah.. hanya yang berbakat dan cerdik saja yang layak memimpin negara ini .. tapi mereka2 ini tak sedar diri dan merasakan mereka hebat dan seperti trajedi di Lahat Datu, adakah kematian pun nak di politikkan jugak..aku pun marah jugak kalau mereka mengutuk dan mengata polis dan tentera..sebab aku juga anak seorang polis.. pekerjaan itu sangat mulia di mata aku dan aku bangga aku anak seorang polis..
Akhir sekali aku nak mohon maaf andai ada hati2 yang terluka dengan penulisan aku ini..aku hanya meluahkan ketidak puasan hati aku dan andai ada yang marah aku mohon maaf.. hak bersuara adalah hak orang ramai tapi kalau ada yang marah sory ok.. aku hanya menyokong pada yang benar dan aku sayang negara ku ini dan aku tak mahu melihat ia hancur.. kita seharusnya bersyukur negara kita ini aman damai dan tidak bergolak macam di sesetengah negara islam sana.. tapi orang2 islam yang lain tak tahu bersyukur dan suka trajedi buruk belaku..dah puas kut hidup tu yang nak melingkupkan negara tu.. sory sekali lagi kalau korang marah..mana la nak tau kan kut2 ada blogger2 yg membaca ni ahli pembangkang so jangan ambik hati ya..jangan marah2 k nanti cepat tua...senyum sikit senyum sikit :) haaaa kan manis bila dah senyum tu... Y(^__*)Y
0 comments:
Post a Comment