*SINOPSIS ~ PENCURI CINTA*
Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafiz muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.
"Tapi tak mustahil abang utamakan Natasha dan beritahu dia segala-galanya, sampaikan makan malam ini pun kena ikut cakap dia, kalau Natasha tak bagi idea suruh abang ajak Laila keluar makan demi menegakkan konsep belaku adil yang disarankan oleh papa abang tu, adakah sekarang kita berjumpa di sini? Mungkin abang sedang duduk makan dengan Natasha dan meluahkan rasa tak puas hati tentang perangai Laila, kan?"~ LAILA.
"Nampak seperti hanya saya seorang saja yang berusaha keras menjaga hati keluarga kedua belah pihak, tapi siapa nak jaga hati saya? Saya letih seharian dengan kerja-kerja di pejabat dan selepas itu berkejar mendapatkan Laila dan kemudian Natasha. Saya puaskan hati mereka, tak mahu ada kompelin saya tak belaku adil, tapi di penghujung hari... siapa yang pedulikan saya?"~SAFUAN.
"Perasan boleh dipupuk, sayang boleh menjadi cinta yang mendalam. I tak salahkan you kalau you sayangkan Laila lebih daripada you sayangkan I, sebab I terima... Laila tu anak dara, I ni emak budak, kan?"~NATASHA.
~~~~
novel ni best sangat2, kisah cinta berpoligami dan kuasa sihir menguasai diri bila diri terlalu obses dengan cinta dan bagaimana suami perlu berlaku adil tapi di penhujung cerita ni Safuan hanya menikahi Laila dan hidup bahagia dengan cahayamata mereka yang comel..hemmm nak tau apa jadi dengan Natasha? haaa kena la beli dan baca apa yang terjadi pada Natasha..beli jangan tak beli..
0 comments:
Post a Comment