Inilah car wash cintamama dan kedai gunting rambut dan kedai to-pup di sebelah dalamnya. |
Hai blogger2 semua...rasanya permulaann tahun baru ni cintamama tak ada buat apa2 entry baru kan...maklumlah sibuk memanjang sampai nak up-date blog dengan FaceBook pun dah tak sempat.. Dulu tak pe la duk rumah je, tak de wat apa2 cuma layan je FB dgn Blog tapi sejak huby cintamama dah bukak kedai Car wash, kedai gunting rambut dan To-pup nak tak nak kena la jugak jagakan.. Al-maklumlah bisnes kecik2 ja ,sendiri kena jaga la..huby cintamama pulak sibuk dengan kerja dia so cintamama la yang kena jaga..
Baru2 ni huby cintamama teramat2lah sibuk sampai tugas pengurusan akaun kedai yang seharusnya dia buat terpaksalah cintamama yang take over pada hal cintamama ni paling lemah benda2 yang bersangkut paut dengan kira2 ni maklumlah matematik pelajaran yang cintamama paling tak suka hehehe...So mau ka tak mau ka kena la jugak buat, tak tau pun kena jugak belajar sebab!!! yang sendiri punya kalau yang orang lain dah lama dah surrender, haiiii apa nak buat dah nasib badan tapi ok jugak sebab cintamama pun dapat gaji hehehe... Walau yang sendiri gaji tetap ada untuk cintamama haaaa yang tu yang seronoknya tu...Dah la dapat duit dapur bulan2 dari huby cintamama ni tambah pulak lagi duit poket cintamama sendiri wahhhh seronok tak terkata dah ni hehehe...
Oleh kerana tugas baru cintamama ni yang memerlukan seharian di kedai dan hanya sebelah malam ja yang cintamama free so hanya malam saja lah cintamama on line.. Mula2 dulu boring jugak macam nak give up ja, tau sebab apa??? hemmm sebabnya cintamama tak boleh nak tengok tv nak tengok drama2 korea fav cintamama dan ber FB so memang bosan gila lah time tu.. Tapi sekarang dah tak bosan lagi dah sebab cintamama dah bawak tv ke kedai, nasib baik ada 2 tv di rumah cintamama kalau tak hemmm mau bosan hidup cintamama ni...
Tugas cintamama di kedai hanyalah memantau pekerja2 cintamama dan menerima bayaran dari customer2 yang datang cuci kereta, gunting rambut dan yang nak to-pup... mudah je sebenarnya tugas cintamama kan, tapi sebosan mana pun dah kedai sendiri dan yang penting bisnes cintamama bagus.. Bukan senag nak jadi senang, kena usaha kuat baru boleh senang.. So pengajarannya disini, kita janganlah bermalas2 dan jangan hanya berharap pada duit yang diberi orang kalau nak duit lebih kenalah berusaha dan rajin.. Apa2 kerja tak kira cuci kereta ka angkut sampah ka, kerani ka jual nasi lemak ka yang penting kerja tu halal dan duit yang kita dapat tu halal dan berkat.. Barulah bererti kehidupan kita dan yang paling penting selalu ingat diri dan jangan lupa asal usul kita, selalunya orang ni bila dah kaya selalu lupa diri dan mula belagak so ingatlah selalu merendah diri dan hormat orang lain barulah kita diberkati ALLAH dan rezeki yang datang pun berkat..
Oklah cintamama asyik menulis ja kat sini lupa pulak nak tengok jam...rupa2nya dah pukul 8 lebih dah ni, dah tiba masanya untuk cintamama siap2 apa yang patut untuk ke kedai cintamama.. ada masa cintamama story benda lain pulak ya.. Pada semua blogger2 yang sudi datang jengok2 blog cintamama ni terima kasih la banyak2 sebab sudi baca story cintamama yang berjela2 panjang ni ada masa cintamama akan lawat korang balik ya.. so terima kasih dan selamat berblockwaking disini bye bye semua...Assalamualaikum dan selamat membaca semuanya sayanonara :))
0 comments:
Post a Comment