Followers

Search my Blog

GOODBYE 2012 & WELLCOME 2013


Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun lain dah...Semua impian dan cita2 dah tercapai ke?? Cintamama hehehe masih macam tu, rasa2nya tak akan tercapai kut...Hemmm beserah ja lah.. Lagi seminggu dari tarikh hari ini 24/12/2012 akan sampailah kita ke tahun 2013 dan musim persekolahan pun bermula semula.. Dan umur kita pun semakin meningkat lagi seangka dan begitulah berlalu rutinnya setiap tahun dan semakin tualah kita kan...Tapi ada jugak yg masih merasakan dirinya muda adehhh xpelah biarlah dia rasa muda asalkan jgn lupa semua tanggunjawab pada apa yg dia ada kan..Jangan terlebih over sudah hehehe..

Apa2 pun cintamama nak ucapkan selamat tahun baru pada semua blogger2 sekelian, semoga dengan tahun baru ini cita2 dan azam kalian akan bertambah dan tercapai ok...One more thing cintamama hope azam tahun 2012 kalian sudah sukses ok...Berbahagialah dengan apa yg ada dan jangan sesekali merungut kerna ALLAH x suka pada hambanya yg tidak reti bersyukur dengan apa yg ada.. Kalau DIA tarik balik apa yg diberi hemmm menyesal pun dah tak berguna lagi ok...

CINTAMAMA BERCERITA...

http://puteraazhari.blogspot.com/2009/03/hikayat-kisah-dan-cerita.html sumber yg cintamama ambil dri link yg tu ya..

Assalamualaikum teman2 blogger, cintamama menulis bukan kerna nama tapi atas sebab cintamama suka menulis..blog ni dah macam diari bergerak cintamama..Apa yg cintamama rasa dalam hati ni cintamama boleh luahkan disini..Kalau ada yg boleh dijadikan petunjuk @ nasihat lg bagus..Tak salah kita sama2 berbagi tapi jangan disalah gunakan sudah lah ya.. Cintamama hanya insan biasa yg punya kehidupan macam orang lain juga cuma bagi cintamama setiap kehidupan tanpa pengalaman hidup tu tak lengkap.. Sesebuah kehidupan memerlukan pengalaman dan pengalaman selalu mengajar kita erti hidup.. Kalau orang yg sudah biasa hidup mewah dia tidak merasakan dan mengerti kesusahan orang yg miskin.. Selalu kita tengok sifat berlagak dan bangga diri orang yg kaya dan memandang rendah orang yg berstatus rendah ni... Apa ada pada harta yg berlonggok2 kalau kedekut dan tiada amalan dan tiada budi pekerti..Kalau mati pun bukannya boleh dibawa ke kubur segala harta benda duniawi ni..

Tapi cintamama tengok kebanyakan orang sekarang sangat2 sombong dan belagak sebab mereka berharta dan punya wang yg banyak... Rezeki seseorang itu sudah tertulis oleh ALLAH dan kita sebagai umatNYA harus berusaha agar kesempitan hidup dapat d pertingkatkan lg..Bukan hanya berserah begitu saja dan biar diri di tindas oleh orang yg berharta.. Rezeki ada di mana2 saja cuma kita mals dan rajin saja untuk mencarinya..

Cintamama hanya inginkan agar para2 blogger yg budiman dan baik hati ini x merasa bosan dengan celoteh cintamama..Mungkin sesetengah pembaca rasa "apalah yg dia ni duk mengarut dari tadi" hehehe tak pe,cintamama x kisah pun..Kalau ada yg sudi it's ok ja bagi cintamama, kalau ada yg x suka hemmm x faham2 lg angkat kaki angkat tangan gi la tempat lain ya...Bukan niat nak kurang ajar tapi kadang2 perangai orang ni macam2 kalau nak di ikutkan semua hemmm mau mati terkujur la kat situ ya...Sebenarnya setiap kali cintamama datang ke blog cintamama ni dan lihat ada teman2 blogger yg meninggalkan komen d ruang box-chat, cintamama rasa happy sangat sebab masih ada yg sudi datang menlawat ke blog buruk cintamama ni..Tapi kalau bosan cintamama mintak maaf ya..ok lah cintamama nak undur diri dulu jumpa lg d lain entry bye bye semua..love u all my blogger...

KERANA COPY PASTE PICKU D BLOCK HEEMMM..



Ola...Selamat petang semua, dah lama rasanya x up-date apa2 entry kat sini..al-maklumlah sibuk dgn blog baru, hemmm sbb ats minat yg mendalam sangat2 pada k-pop so terhasillah blog yg bertemakan k-pop kalau teman2 blogger senang followlah cintamama di sini ya http://saranghae-mama.blogspot.com/ blog ni masih baru..semua story dalam blog ni tentang apa yg cintamama minat tengok dan dengar..so cintamama berharap sangat yang korang sudi folow ya...jom la meriah2kan lagi blog cintamama ya..mintak tolong ya...

Tapi disini cintamama nak kongsi satu kisah yg cintamama rasakan agak2nya cintamama pun mungin salah jgk kan tapi bagi cintamama, cintamama x mencuri, sbb pic tu dah ada bila kita bkk dlm google dan kita hanya copy paste saja kan..sedangkan entah2 dia pun ambik kat mana2 tah pic tu..pic tu pun bkn dia yg tangkap..so xkisah la siapa nak ambilkan..dah pic artis so tentu bkn dia yg tangkap..yg buat cintamama geram dia block pic yg cintamama ambik dan siap ada tulis apa entah la d situ...hemmm cintamama pun x kisah la kalau xde pic tu...kalau kata nak mintak izin kat dia, bknnya ambik kat web dia, dah sah2 pic tu duk dlm google so siapa pun leh ambik..bknnya cintamama ambik pic peribadi dia or pic dia ka wat x senonoh..ni cuma pic artis ja tu pun berkira..bknnya leh apa pun sekurang2nya dah kita sama2 minat xpa la kita share benda yg kita suka kan..ini dia wat mcm tu..memang2 kedekut betul...

Memang la salah cintamama x mintak izin tapi!!!! mcm mana nak mintak kalau xde sumber tertentu nak bg tau pemiliknya..lagi pun apa gunanya google search kalau x boleh nak ambik apa2 d situ kan..hemmmm apa yg di fikirkan org tu pun x tau la...cintamama x mau fikir dad pasal ni nanti wat sakit kepala otak ja..baik cintamama layan lagu sesukaan cintamama ni hemmm apa lg k-pop la hehehe..pada insan yg berkenaan yg kedekut taik hidung masin tu mcm haji bakhil xpe la..bknnya ko boleh kaya pun dgn pic yg ko pun tah2 copy kat laman web org lain..Tapi lepas ni kalau cintamama nak ambik pic kat google mesti letak kut sumber2 tu dari mana di ambil hemmm betul x mcm tu...biasalah kalau gambar artis ni mana la kita nak tau kan dari mana nak ambil bknnya kita duk ikut punggung dia 24jam sehari...kita pun manusia biasa jugak...harap2 kali ni x la d block lg..dalam2 marah ni pun cintamama nak jgklah mintak maaf pada sesiapa yg terpernah cintamama copy paste pic2 dia ya....

KELAHIRAN DAN KEMATIAN

sekadar gambar hiasan..
Hari ini adalah hari yg paling buat aku x gembira, walau pun org tgk aku ceria dan happy je tapi dlm hati x siapa tahu betapa hari ini aku sedih dan rindu pada seseorang yg aku sayang..semalam dan hari ini adalah hari yg x ingin aku lalui dalam hidup aku.. tapi aku x dapat nak elak dan  harus laluinya walau pun aku suka atau tidak..

Sebabnya hari ini adalah hari kembalinya anak bungsu ku kerahmatullah.. genap 3 tahun dia pergi dan semalam adalah hari lahir beliau dan hari ini hari kematian beliau..bohonglah kalau aku ckp aku x sedih, tentu la sedih sbb aku kandungkan dia dlm rahim ni 9 bulan lebih..kemana saja aku pergi aku bawa dia dlm rahim ku ini.. lahir2nya dia ke dunia ni x sempat pun aku nak pegang apa tah lg menyusukan dia lg x sempat..sbb lahir2nya dia ke dunia ni terus di masukkan ke NICU bayankan keadaan aku yg ketika itu baru melahirkan dan melihat keadaan anak aku yg kritikal dgn wayar2 beselirat di tubuh badannya airmata ibu mana yg dapat menahan keaadan ketika itu..aku coba x mau menangis dan nak tahan agar air mata ni jgn turun tapi tiba ja aku dlm bilik NICU dan terlihat saja kelibat anak aku, mula la air mata ni turun tanpa di suruh..sampai sekarang dah 3 tahun berlalu aku masih lagi ingat keaadan hari itu..sedih hanya ALLAH yg tahu..

Hidup perlu di teruskan dan org yg tiada x akn kembali lg dan yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan dan kenangan biarlah ianya tersimpan dlm hati ini selamanya.. Walau sedih harus di tahan agar hidup dapat di teruskan bersama2 org yg masih ada dalam hidup ini..

30 JAM TAK TIDUR2


Assalamualaikum..... hari ini bagun dengan penuh rasa kecerian dan semangat, maklumlah semalam selama 30jam x tidur2.. balik ja dari kenduri kawin berdekatan rumah ni terus tidur,tapi x lama jugak tidurnya pun... Cuma dapat tidur dlm 2 jam ja, tu pun dah kena gerak bagun solat hemm tapi mata punya la ngatok mcm x boleh nak bagun..gagahi jgk untuk bagun.. solat mana leh tinggalkan, bagun je terus capai towel dan mandi dan gi solat.. Habis je solat ingat nak sambung tidur tapi x jadi la plk.. Terus je capai laptop sambung tgk drama korea...haaaa kalau nak tau sbb apa yg boleh x tidur sampai 30 jam tu...haaaa ni la sbbnya tgk drama korea punya pasal hehehe...bkn apa x sedar pun yg masa dah berlalu, tgk2 org dlm rumah ni dah bagun tuk solat subuh ja...tapi x jgk habis di situ, lepas solat subuh ja sambung blk tgk drama korea sampai la dah dekat nak gi kenduri kawin baru la laptop ni di off kan...cian gak dgn laptop ni x rehat2 dia, kalau dia boleh ckp dah lama dia kata "tuan aku dah letih ni, lapar air dah ni..aku panas dah ni huhu " haaa cian kan laptop aku hehehehe...

Malam tadi ingat nak bukak la Facebook tapi x jadi sbb mata ni dah x larat nak angkat lagi, so mlm tadi ingat nat tidur awai la kononnya..tapi tetap dah dekat kul 12 lebih baru leh tidur.. tu pun sekejap jaga sekejap tertidur depan TV hehehe..bila betul2 jaga tgk2 jam dah 12 lebih dgn TV duk bercakap sorang tanpa ada yg menonton hehehe..Bagun terus off semua power dan off lampu terus naik katil tidur... sedar2 jam loceng dah bunyi gerak bagun subuh... so sekarang sambil aku duk basuh kain sambil duk menulis di sini la, mana lagi kalau bkn blog kesayangku ini..byk keja yg nak kena buat pagi ni tapi still nak kena bkk jgk blog ni, dah lama rasanya x bkk..bkn boleh tinggal lama2 blog ni nanti rindu hehehe...cuma hari ni ada sedikit pekara yg menyedihkan tetap kena wat mcm ceria..apa sbbnya aku x ceria biarlah di entry seterusnya aku storykan..

Aku hairan mcm mana org boleh tidur lama2 sedangkan aku x boleh dan satu lg jenis org yg tidur awai ni..jam dah kul 9-10 dah nak masuk tidur tapi aku ni plk kalau jam x ke angka 12 lebih x tidur2..paling awai aku tidur jam 12 tengah mlm dan paling lewat kul 3 pagi la dan paling2 lewat sekali x tidur2 sampai ke subuh hehehe...tapi selalunya time 3 pagi la baru tidur..apa aku buat sbb tidur lewat hemmm aku tgk FB kdng2 main games d FB 2 dan ada masanya aku tgk drama korean on9 tu yg boleh tidur lewat tu.. tapi x leh nak wat apa dah..mata ni dah set mcm tu dah x leh nak tidur awai melainkan badan ni betul2 letih sangat2 dan x larat haaaa time 2 baru la tidur awai..kalau x jgn harap la nak tidur awai mcm org lain tu ha..ok lah sampai sini dulu kita chit chat chit chat ada masa kita story benda lain plk k...selamat membaca dan jgn jemu2 lawat blog ni tau..sory kalau ada yg terkurang maklumlah manusia x lari dari membuat kesalahan..maaf ye...


BILA TIBA CUTI SEKOLAH..


Ehhhhhh dah nak tiba time cuti sekolah lah...hemmm cepat ja kan masa berlalu tup2 dah nak habis tahun dah.. Bagi tempat Cintamama hari ini(Khamis) adalah hari terakhir persekolahan dan esok(Jumaat) adalah bermulalah hari cuti panjang bagi anak2 Cintamama.. Bila tiba time macam ni anak2 la yg paling seronok dan yg paling tak seronok cintamama la hehehe sebab asyik dengar anak2 cintamama asyik bising2 ja (ehh gurau je, mesti la seronok..sapa kata x kan, cuma x larat la nak berteriak2 sbb kalau dah bertekak dua beradik tu, si abang suka menyakat si adik yg si adik pulak suka sangat duk melalak haaa mau x pening kepala cintamama)...

Cuma time cuti ni x rancang lagi nak wat apa dan apa aktiviti yg nak di lakukan kami sekeluarga.. Korang ada pendapat ke? cer bagi kat Cintamama apa yg best nanti boleh la Cintamama pilih2 yg mana Cintamama suka.. Oh yaaaa bila tibanya cuti sekolah ni hemmm apa lagi, yg pasti dan mesti pergi tiap2 tahun adalah Pesta Pulau pinang hehehehe...tu dah menjadi rutin setiap hujung tahun cuti persekolahan, Cintamama pun suka jugak sebabnya hehehe..Cintamama nak naik permainan2 yg mencabar kat sana.. Cintamama suka naik benda2 yg macam tu baru rasa mencabar tapi huby Cintamama selalu tak bagi Cintamama naik.. dia gayat dan takut habis tu dengan2 Cintamama dia tak bagi naik haiiiii geram betul... Dah lama Cintamama tak naik benda2 tu semua, last Cintamama naik pun masa sekolah menengah tu pun masa ke Genting, time tu Genting mana ada benda2 yg hebat2 macam sekarang ni, yg ada dulu hanya satu je rolerkoster tu pun x la tinggi sangat...tapi kalau sekarang niiiii hemmmm bestttt... tapi xde kesempatan lagi nak kesana.. Huby cintamama x nak pergi huhuhuhu sedih tau..

Cintamama teringin nak ke Genting.. Cameron Higland dah byk kali dah pergi, Kelantan pun dah banyak kali pergi jugak, Ipoh apa lagi..dah selalu sangat pergi, Melaka baru 2 kali, Terengganu pulak ada la 3-4 kali pergi, Pahang baru sekali ja, Penang pulak tak yah cakap la tu tempat Cintamama pun hehehe, Cintamama hanya teringin nak p Genting ja... haiiii bila la boleh sampai sana kan...

Oklah Cintamama ucapkan selamat bercuti pada adik2 yg masih bersekolah semoga cuti panjang ni dipenuhi dengan benda2 yg berfaedah dan jangan buat yg bukan2 k.. Jaga kelakuan dan diri sendiri, semoga cuti ini membawa banyak manafaat pada semua, selamat bercuti panjang semua da da  muuaahhh :)

JEMPUTAN KAWIN

sekadar gambar hiasan..
Wahhh dah masuk bulan 11 dah ni, nampak gayanya orang pun sibuk la nak kawin time2 macam ni..haaa apa lagi dah ada ke terima jemputan kawin.. Cintamama pulak dah berderek2 kad jemputan, nasib baik hanya 1 ja yg bertembung sama hari kalau tak kes naya ni hehehe... Bila time kenduri ni lauknya mesti ada daging...Adoiiii dah la daging yg dapat time raya korban tu pun duk belambak2 dalam peti ais, ni nak p makan kenduri pun ada daging jugak.. dah naik lemau dah makan daging je hari2..Cintamama hari2 bertukar2 menu daging hehehe.. nasib baiklah kesihatan masih baik, kalau tak hemmm naya Cintamama ni.. Lusa(Sabtu 10/11/2001) adalah jemputan kawin yg pertama harus Cintamama hadiri.. Mintak2 tu ada la lauk lain selain daging.. Dah cemuih dah asyik makan daging je hari2.. Pada yang dapat banyak jemputan kawin macam Cintamama... Cintamama ucapkan selamat menjamu seleralah ya..jom kita pi makan kenduri hehehe...

NAK BUKAK KEDAI MAKAN TAPI LAYAKKAH AKU?

sekadar gambar hiasan
Ini adalah impian yg cintamama inginkan sejak cintamama mula mengenali erti berdikari..tapi x semua impian akan menjadi kenyataan dan cintamama salah satu dari mereka yg impiannya entah jadi atau tidak... cintamama suka memasak dan cintamama ingin orang merasa apa yg cintamama masak dan dengan demikian cintamama ingin ada restoren sendiri...dulu cintamama selalu mengharapkan ada kedai sendiri dan menjadi tauke..tapi harapan tinggal harapan, mungkin keyakinan diri tu belum cukup dan ada jgk orang di rumah ni yg merasakan mungkin cintamama hanya hangat2 tahi ayam je...


Baru2 ni suami cintamama ada menyewa sebuah kedai untuk di buat bisnes car wash..tapi dia hanya menggunakan bahagian luar dan tepi dan belakang ja...bahagian dalam kedai x guna pun kalau guna pun cuma dua bilik di kedai tu ja sebab meyimpan barang2 untuk car wash..so cintamama cadangkan pada dia untuk guna ruang dalam tu untuk buat bisnes makan..tapi di tolak alasannya, sebab di depan kedai ni dah ada warung makan kawan mereka jugak la..sebab tiap2 petang situ la mereka duk lepak..cintamama cuma cadangkan ja dan lagi pun bukannya ganggu bisnes mereka pun...mereka bukak belah tengahari sampai petang dan cintamama nak bukak time pagi dan time makan tengahari..mereka jual makanan seperti laksa mee bihun dan air2 minuman...cintamama pulak belah pagi nak jual nasi lemak berlauk dan tengahari plk nak jual nasi berlauk  tuk makan tengahari...x ganggu pun kan.

Dah banyak kali dah pujuk ni tapi tetap x jalan jugak...tapi tadi, dia tanya "betul ke nak buat ni atau hangat2 tahi ayam ja, aku takut nanti wat sekerat jalan dah x larat.." itulah ayat yg di tanya pada cintamama ni...hemmm mula2 tu ingat macam dia nak bagi ja, bila fikir2 balik kalau la dia bagi buat adakah aku mampu untuk melakukannya.. tapi dengan semangat aku menjawab dalam hati "ya aku boleh sebab inilahminatku"...kalau satu hari dia bagi aku bukak kedai hemmm xde masa la untuk aku nak ber FB dan berbloging lagi...mungkin dengan cara ni berat badan pun akan sedikit turun, sebab letih wat kerja...aku berdoa sangat2 agar impian ku menjadi tauke restoran akan tercapai satu hari nanti..korang tolong la doa2kan sama ya agar impian cintamama tercapai ya..


MIMPI.......


Semalam cintamama bermimpi, sangat indah mimpi tu tapiiiii tetiba ja plk di kejutkan dgn jam loceng di tepi telinga...terbang melayang habis semua mimpi2 tu hehehe..nak tau x apa yg cintamama mimpikan haaaa kalau nak tau jom kita dgr sama2 k...

Cintamama mimpi yg cintamama bercinta dgn Fizo Omar hahahaha kelakarkan, adehhh memang lawak..kalau bagi pasangan dgn David Beckam ka ok gak ni Fizo Omar adehhh dah la muda, kalau David tu ok la sbb sama umur hehehehe...cintamama pun dah x ingat sangat isi kandungan mimpi cintamama tu, yg cintamama ingat cintamama bercinta dgn dia ja dalam mimpi tu...

Memang kelakar sangat..tapi best gak dapat bercinta dgn artis ni hehehe...mau tau kat laki cintamama for sure kena gelak punyalah...adehhhh ni gara2 duk tgk drama Julia sangat la ni.. padahal bkn ikut sangat pun sekali sekala ja tgk...cintamama byk tgk citer cina ja..drama2 melayu ni krng sikit tu pun kalau citer cina x best baru tgk drama melayu...cintamama punya citarasa ni lain dari yg lain so hehehe faham2 sendiri la kan...tapi apa2 pun ok latu dapat bercinta dgn artis, dlm mimpi pun minpi lah hehehe...itu lah mimpi hanya mainan tidur...bukannya menjadi kenyataan pun...

ANAK YG PMR, MAK YG BEDEBAR...


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....hari ni cintamama rasa sangat bedebar sebab anak cintamama sedang berjuang di dewan peperiksaan... Cintamama harap dia dapat buat yang terbaik dan jawab soalan degan lancar... Heemmm, anak yang duk berjuang si mak pulak yang cemas hehehe....naluri ibu kan, mana la dia nak tenang selagi anak tak buat yang terbaik, sebab tu semua untuk masa depan dia jugak dan cintamama dengar2 itu adalah PMR yang terakhir untuk para pelajar, entah betul ke tak cintamama pun tak tahu la, kalau info yang cintamama dengar ni salah maka salah la cintamama kalau betul hemmmm betul la tu. :)) Setiap malam cintamama berdoa agar di permudahkan dan diberikan kesenangan pada anak cintamama agar dia dapat menjawab peperiksaan PMR dengan cemerlang... Setiap ibu bapa mahu kan agar anak2 mereka berjaya dan menjadi orang yang berguna, begitu juga dengan cintamama... Keinginan di hati untuk melihat si anak mencapai kejayan hingga ke menara gading dan menjadi insan yang berjaya... Tapi tu semua terpulanglah pada diri dia sendiri dan bagaimana dia membawa diri dia dan bagaimana dia menjawab soalan.. Cintamama harap dia tak bermain2 sangat... Hati ni rasa gelisah ja, takut pun ada jugak.. Bukan apa, takut2 kalau dia tak dapat jawab dengan elok... Tapi cintamama harap semuanya akan berjalan lancar lah untuk dirinya... Kalau dia berjaya, cintamama lah orang yang paling gembira di dunia ni.."YA ALLAH YA TUHANKU KAU PERMUDAHKANLAH JALAN UNTUK ANAKKU AGAR DIA BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAANNYA DAN DAPAT MENJADI INSAN YANG BERGUNA DI MASA DEPAN, YA ALLAH YA TUHANKU KAU TERANGKANLAH HATI ANAKKU AGAR DIA MENDAPAT KETENANGANMU DAN BERILAH DIA AKAL YANG CERDIK AGAR IA MENJADI INSAN YANG BERGUNA UNTUK MASA DEPANNYA, AMIN AMIN".....itu lah yang selalu cintamama doakan setiap kali bersujud padaNYA dan moga2 doa cintamama diterima ALLAH.... amin....

MIMPI DAN IMPIANKU


Impian!!!!!!!!!!! adakah ianya sekadar impian atau mimpi... hemmm semua orang ada impian yang diingini, cuma apa impian tu hanya diri sendiri saja yang tahu kan.. Cintamama juga punya impian dan Cintamama tak tahu bila impian cintamama akan menjadi kenyataan, korang ada impian tak, hemmm mehh kongsi2 dengan cintamama...comments la sikit dan cer bagi tahu apa impian korang kat ruangan comments di bawah tu...bukan apa just for share sesama kita je...kalau tak nak pun tak pe jugak, tapi kalau ada yang sudi lagi ok...
impian pertama menunaikan Haji..
Impian Cintamama hanya ada 2 je...yang pertama cintamama nak menunaikan Haji dan ke Mekah, memang la tu semua tanggunjawab kita sebagai umat Islam dan sepatutnya menunaikan salah satu dalam  rukun Iman... cuma bila, tak tahu la, cintamama dah berdaftar dengan Tabung Haji dan akan menunggu panggilan pada tahun emmmm berapa tah , dah lupa la plk...tapi memang lambat la lagi, so kena la belajar dari sekarang apa2 yang patut.. cuma kalau ada duit lebih leh la pergi cepatkan mcm wat umrah ke...kalau tak de duit kite tunggu pergi Haji terus la ye :))
impian ke dua go to korea..
Impian yang kedua... Cintamama teringin nak ke Korea, nak melawat tempat2 yang cantik2 dan pulau2 yang ada di Korea dan kalau boleh nak duduk lama2 sikit di sana.. nak mengalami sendiri suasana di sana dan alami sendiri musim2 yang ada di sana, terutama sekali time winter..wahhhh kelas kau impian cintamama ni hehehe...yang for sure tak akan terjadi pa...hemmm tak salahkan ada impiam yang macam tu, mana nak tau satu hari ianya akan tercapai, siapa tahu kan kan kan...

Satu lagi bila dapat ke Korea of coz la benda pertama sekali nak tengok consert2 k-pop kat sana, nak jumpa artis2 kat sana..wahhhh sukanaya kalau betul2 terjadi, teringinnya nak jumpa idola2 Cintamama tu.. asyik tengok di tv je kalau dapat jumpa real orangnya aduhhhh mau lembik kepala lutuk pa hahahaha... adehhh apa pun tak boleh kan.. tak kisah la kalau orang nak kata apa pun kat cintamama, yang penting tu impian cintamama daru dulu sampai sekarang.. sekurang2nya ada jugak impian cintamama walaupun entah jadi kenyataan ke tak...haaaa korang ada ke tak???

So...setiap dari kita ada impian cuma mustahil dan tidak je..apa2 pun biar lah kita bermimpi disiang hari dari tiada apa2 mimpi pun...kerna dengan hanya bermimpi baru membuatkan hidup kita lebih indah.. tak salah bermimpi dan tak salah punya impian, mana tahu satu hari ianya pasti jadi kenyataan yang kita tak duga...akhir kata dari cintamama gapailah impian mu hingga ke hujung dunia walau tidah tahu di mana akan berakhir kejar dan kejar lah ia agar ia menjadi kenyataan...byeeeee

BLOG CANTIK VS MALWARE


Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita pada entry kali ini..dah lama rasanya tak up-date entry baru, hemmm tentu korang tertunggu2 kan apa yg cintamama nak story mory pulak pada kali ni :)) Terima kasih yang tidak terhinggalah pada kawan2 yang sudi membaca apa yang cintamama duk merapu kat blog ni..ehhh merapu ke tak hemmm korang sendiri lah yang putuskan, kalau merapu..merapulah kalau tak, tak lah kan...hehehehe...tapi sory la kalau yang datang melawat di blog cintamama rasa boring ke atau tak suka dengar lagu2 yang di blog cintamama ni hehehe, sory to say yang cintamama ni peminat k-pop(korea) so jangan marahhhh...dengar je lah kalau tak klik je butang stop kat player tu haaa nanti stop la lagu tu..tapi kalau anda pun peminat k-pop macam cintamama wahhh tu sudah bagus...ok, tak mau la cintamama cakap yang tak penting lagi sekarang cintamama nak story satu kisah hemmmm tentang apa ya??? meehhh kita story mory sama2...
sekadar gambar hiasan..
Kisah ni tentang dunia blog......Kalau nak di ikutkan cintamama dah melawat banyak blog kawan2 so cintamama rasa blog cintamama tak setanding dengan blog mereka, wahhhh tetiba rasa rendah hati ni...terus terang cintamama cakap di sini lah ye, cintamama bukan pandai sangat tentang IT ni..sekadar tahu apa yang patut tu pun sudah cukup bagus untuk cintamama, tapi cintamama nak belajar lagi tentang IT ni cuma rasanya umur cintamama ni dah tak sesuai kut untuk belajar so cintamama belajar sendiri la, kalau lingkup blog ni hemmm lingkup laaaa...adehhh apa pun tak boleh hehehe..

Cintamama teringin nak wat mcm blog orang lain yang ada macam2 kemudahan dan cangih mangih tu, sebab blog cintamama biasa2 je..cintamama tak tau la bila orang datang melawat depa kata blog awak kemas cantik itu begini lah..entah ye ka entah tidak..tapi kalau betul dan ikhlas cintamama bersyukur la sebab ada yang sudi memuji blog buruk cintamama ni...kalau tak hemmm nak wat cam mana lagi, wat bodoh je lah hahahaha....Buy the way, cintamama nak jugak buat macam blog orang lain cuma tak reti nak buat je..mungkin tak tau dari mana nak mula or apa2 je lah..
ni bkn yg cintamama punya, copy paste je...
Sebenarnya satu la gi yang cintamama risaukan, bila ada yang datang melawat membawa virus haaaa yang ni yang cintamama tak tau nak wat macam mana...cintamama bukannya pandai nak buang virus2 ni, haiii keepada yang membawa virus tu servis la dulu komputer anda sebelum melawat blog orang lain, bila dah kena blog yang anda lawat tu kesian kat tuan yang empunya blog...cintamama dah banyak kali kena hemmm, ehhh tak la banyak cuma 2 kai je hehehe...tapi, tetap tak suka lah, menyusahkan orang je..nak buka blog pun susah...kalau ada sesiapa yang tahu macam mana nak buang virus malware ni mehh la kongsi2 dengan cintamama ni..haiii susah hati betul dengan virus yang satu ni...memang menyusahkan hidup orang la...

Ok...berbalik blog yang cantik tadi, cintamama pun tak tau selama mana blog ni akan bertahan dengan wallpaper yang macam ni, bila cintamama dah boring for sure cintamama akan tukar dia punya wajah...sebab cintamama cepat bosan dengan sesuatu benda dan mata ni merasakan yang blog ni masih belum cukup sempurna buat cintamama dan cintamama nak ubah dia dan ubah dia lagi ...sesungguhnya cintamama nak mencari wallpaper or templet yang berwarna unggu, warna kesukaan cintamama..tapi x de tu yang bosan tu...hemmm..kalau dah jumpa for sure tak tukar dah kut hehehe...tapi apa2 pun ok je lah dengan apa yang ada ni, nanti orang kata tak tahu bersyukur pulak, dari tak tahu apa2 dah macam ni dah blog cintamama kan...

Pada dasarnya tak de sesiapa pun yang ajar cintamama buat blog ni...dari 0 hingga la cantik macam ni(ehhh teperasan la pulak hehehe) cintamama buat sendiri, padahal cintamama tak tahu macam mana nak bubuh chat box, nak buat itu nak buat begini dan macam2 lagi lah...akhirnya berkat kesungguhan cintamama, semuanya menjadi walau pun cintamama tak pandai bidang IT ni...tapi kalau orang nak suruh cintamama ajarkan wat blog, maaf la...cintamama tak tau nak ajar macam mana hehehe...sebab cintamama bab ajar mengajar ni lemah la cikit...al-maklumlah otak dah tua dah bekarat hehehe..hemmm ok lah sampai sini dulu lah cintamama gebang2 ye...ada masa lain kali cintamama wat story baru lagi ye..hope kawan2 tak boring baca apa yang cintamama duk merapukan ni...bye u all see next entry k...

ADUHHHH DEMAM LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua blogger2 sedunia....Rasanya dah lama tak menulis sesuatu yang baru, rindu tu ada tapiiii heemmm... Entahlah,mungkin sekarang lagi tak sihat..Batuk2 dan selsema melanda diri sebab tu rasa tak larat sangat, ni pun mengagahi diri tuk menulis... Di sebabkan rindu pada blogger2 semua dan kawan2 yang tak jemu2 datang berkunjung ke laman blog cintamama yang serba kekurangan ni, maka cintamama gagahi juga walaupun badan rasa seram sejuk je ni, macam nak demam pun ada jugak...

Oleh kerana Cintamama tak sihat so topik kali ni mengenai sakit lah ya... Demam ni tak siapa yang suka tapi kalau dah kena tu nak wat cam na lagi.. terima ja la dengan hati yang sebal hehehe.. Cintamama kalau dah kena demam selsema dan batuk2 ni for sure mesti sampai berbulan2 lamanya.. Kalau demam dah lega selsema dengan batuk mesti lambat lega... Sebab tu lah cintamama tak suka kalau kena selsema dan batuk, letih ooooo kalau duk batuk 24 jam je... mau tercabut urat2 kentuk hahahaha adehhhh apa pun tak boleh hahaha...
Ubat dah ambil tapi mesti megantok punya kalau makan ubat, nak2 lagi ubat selsema dengan ubat batuk adoiii lagi la power dia punya kemengantukkan tu... Tapi nak wat cam mana kan, kena lah makan jugak sebab nak baik cepat, kalau tak semua kerja terbengkalai dan tau2 ja lah kalau dah sakit ni nak wat kerja apa pun rasa malas dan letih... Kerjanya nak tidur ja memanjang, tapi namanya cintamama ni memang susah la nak tidur disinag hari ni... Melainkan badan dah teramat2 letih sangat barulah tertidur kalau tak jangan harap la nak tidur siang or petang...

Haiiii ni yang tak suka ni.. Bila selsema mesti nak meleleh ja kat hidung ni, haaa ni peringkat mula selsema bila dia mai peringkat ke 2 selsema tu dah mula pekat haaa yang tu pun tak leh nak tahan jugak... Mau sakit hidung2 kita punya duk lap hidung sebab nak buang hingus tu kan hehehe.. Sory la kalau cintamama cakap ni agak mengotorkan tapi semua orang pun macam ni jugak bila kena selsema ni kan...Cintamama pulak kalau selsema ni haaaa siap la tisu berkotak2 la habis sebab asyik duk mengelap hidung ja...kejap2 nak meleleh, nak sembahyang pun susah... Kena sumbat hidung dengan tisu baru boleh sembahyang kalau tak asyik duk meleleh nak sembahyang macam mana kan... so itu ja caranya dan yang penting cintamama menunaikan kewajipan cintamama pada yang ESA...

Asyik duk menulis2 ni cintamama lupa pulak yang cintamama tak makan ubat lagi...Hemmm suka tak suka, mengantok tak mengantok kena jugak makan kan..Nak baik cepat kena la makan ubat kalau tak macam mana nak cepat baik kan kan kan... Sekali lagi pada blogger2 yang membaca entry ni cintamama ucapkan terima kasih sebab sudi datang dan mengikuti apa saja yang cintamama tuliskan disini.. Dengan rasa rendah dirinya cintamama sekali lagi ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan cintamama harap semua teman2 seblogger menjaga kesihatan dan jangan dah kena demam macam cintamama ni nak wat kerja apa pun susah... Sampai kita jumpa lagi pada entry yang seterusnya dan cintamama nak out dulu untuk makan ubat... bye bye semua salam sayang dari cintamama untuk semua blogger2 sedunia yang mana sudi singgah di blog buruk cintamama ni mmuuuaahhhhhhhh love u all...................

KEMBALI DIA KE RAHMATULLAH....

sekadar gambar hiasan..
Seminggu yang lalu adik lelaki cintamama telah kembali ke rahmatullah akibat sakit, setelah selama sebulan terlantar di hospital akibat jangkitan kuman yang pada mulanya hanya di paru2 kemudian dengan cepat ia merebak ke hati dan kemudian jangtungnya...

Semasa cintamama melawatnya di hospital, cintamama menjadi sebak, cintamama tak dapat nak menatap wajahnya lagi, air mata cintamama terus mengalir keluar..cintamama terus lari ke coridor menangis sendirian..tak sanggup cintamama nak tengok wajah dia yang dah tak de rupa dia lagi, cengkung habis muka dia dan badan tak usah cakap lah kurus kering...sedih hati cintamama melihat keadaan dia..adik cintamama telah meninggalkan 4 orang anak yg masih kecil2 lagi, kesian anak2 dia dah jadi yatim piatu..adik cintamam meninggalkan dunia ini di usia 25 tahun..usia yang terlalu muda kan, tapi nak buat macam mana dah takdir ALLAH yang dia pergi dulu..kami sekeluarga terpaksa menerima takdir ilahi ini...

Disaat cintamama menulis ni air mata cintamama dah mengalir dengan derasnya..cintamama rindu kat dia..bila tengok anak2 dia sebak hati ni,bagaimana agaknya keadaan anak2 dia semua..cuma dia mungkin terkilan sebab tak sempat melihat anak lelaki sulung dia..anak yang tu duduk dengan bekas isteri dia..mereka pun tak dapat di hubungi..cuma yang ada anak2 isteri sekarang ja..cintamama pun dah tak tau macam mana rupanya anak sedara cintamama yang sorang tu...terputus terus hubungan, sedih bila memikirkanya...

Disaat dia dikapankan didepan kami adik beradik, cintamama sebak sekali lagi...mak cintamama tak usah cakap la menangis tak terkira...adik2 yang lain pun macam tu jugak..cuma yang sedih tu sebab hari yang sama sebelum dia meninggal dia ada cakap dengan adik cintamama yang doktor bagi dia cuti tiga hari untuk balik raya, sebab dah ok sikit keadaan dia..dia siap suruh mak cintamama buat meruku dia nak makan dan dia cakap nak beraya dengan kami semua..raya cuma tinggasl seminggu je lagi waktu tu...keesokkannya cintamama terima kabar buruk dari mak cintamama yang adik cintamama muntah darah time dia makan nasi dan pengsan sampai kena buh oksigen kat dia...duk dalam beberapa saat selepas cintamama letak ja telipon, cintamama tengok ada miss call dari adik perempuan cintamama..cintamama pun terus call dia, dengan tangisan di hujung talian dia mensampaikan berita yang adik cintamama dah tiada didunia ini..beberapa saat saja adik perempuan cintamama sampai di hospital doktor menyampaikan berita yang jantung dia dah berhenti berdenyut... tak sempat jugak dia jumpa adik lelaki cintamama tu...yang sedihnya semasa dia menghembuskan nafas terakhirnya siapa pun tiada disisinya..isteri pun tiada tu yang cintamama sedih sangat..

Orang cakap bulan puasa ni seksaan kubur tiada...sebab bulan ramadhan, bila habis saja bulan puasa haaa maka akan terlaksanalah  hukum ALLAH di alam kubur...elok amalan eloklah disana kalau tak berjawablah dengan ALLAH...cintamama disini sentiasa mendoakan dia agar dia tenang dia sana aminnnn...andai kawan2 blogger cintamama menbaca entry ni diharap dapatlah kiranya sama2 mensedekahkan AL-FATIHAH pada arwah adik cintamama ye..aminnn

JOM2 BALIK KAMPUNG...


Salam sayang semua blogger2...wahhh hari ni cuma tinggal lagi 3 hari saja lagi nak sampai Hari Raya..tak sabar nak balik kampung dah ni..korang balik kampung tak? Mesti la balikkan, sapa yang tiada kampung tu jawabnya beraya di bandar lah kan..hemmm cintamama dah tak sabar nak balik ni, tapi cintamama balik pagi Sabtu(sehari sebelum raya)... banyak kerja yang tak selesai lagi ni kat rumah pun..kuih2 raya ada lagi 2-3 jenis yang tak siap, rumah pun tak kemas2 lagi, nak tinggalkan rumah mesti la kena kemas2 jugakkan nanti bila time balik dari kampung ke rumah sendiri tak lah terlalu stres bila tengok rumah kemas je kan... aduhhhh masa dah suntuk dah ni...tapi tetap sempat berblogger lagi hehehe...

Hari ni hari Rabu dan esok Khamis budak2 sekolah dah bercuti, so time ni la nak kerah depa wat keja..ni bukan dera tau tapi tanggunjawab diri masing2... time ni la kena ajar depa buat keja kalau tak sampai bila2 nanti malas.. mula2 nak suruh depa kemas bilik masing2, cintamama tengok bilik anak dara dengan anak teruna cintamama...adoiiii naik pening, hari2 kemas pun letih haaa time ni la nak suruh depa kemas bagi elok2 balik..kalau cintamama nak buat huhhh letih tu...nak2 lagi bilik anak dara cintamama ni, punya la berselerak..ikut dan dia ja nak letak kat mana2 kain baju dia...cintamama dah letih dah nak kemas bilik dia..anak teruna cintamama pulak hemmm 2x5 la cuma kemas sikit la dari adik dia tu..cintamama sibuk nak wat biskut raya so depa kena kemas sendiri bagi bersih..cuma cintamama akan wat sportcek kat bilik2 depa nanti...

Berbalik ke topik kita tadi tentang balik kampung... raya pertama dan kedua cintamama akan berada di kampung suami dan raya ketiga dan kempat kami akan beraya ke Kuala Kangsar..dulu mak cintamama yang duk disana tapi sekarang mak cintamama dah balik duk dengan tok cintamama di Pulau Pinang so cuma adik2 cintamama saja yang ada disana..jadi cintamama nak bawak mak cintamama beraya disana dan tidur disana semalam..cintamama dengar dari mak cintamama yang adik ipar cintamama nak cari kijang time cintamama beraya disanan nanti...wahhh sedap tu daging kijang, korang penah makan tak...di tempat tinggal adik cintamama ni dekat dengan hutan so senang untuk depa berburu...dulu adik cintamam jamu makan daging rusa, sedap tau...tapi mak cintamama tak lalu hehehehe..dia cuma masak bagi kami adik beradik makan je tapi dia tak makan...

Nanti time raya di Kuala Kangsar kalau dah tak de rumah sedara mara nak pi melawat, cintamama cadang dengan mak cintamama nak pi berkelah ja..belah2 nu banyak jugak tempat2 berkelah..dah lama jugak tak pi berkelah..mesti seronok dapat berkelah dengan adik beradik cintamama...cuma sayang adik lelaki cintamama dah tak de, dia dah meninggalkan dunia ni seminggu yang lalu..cuma terkilan la tak sempat nak beraya dengan dia..kalau ada dia dan keluarganya tentu lagi meriah..tu yang raya kali ni rasa sedikit tak ceria sebab dia tak de...tetiba teringat dia la pulak :(((

Apa2 pun cintamama ucapkan "SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA BLOGGER2 YANG SELALU SINGGAH KE BLOG CINTAMAMA YANG TAK SEBERAPA NI" dan berhati2 semuanya ya bila memandu dijalan raya..ingatlah sentiasa orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda di hari yang mulia ini..ingat tau kalau mengantok berhenti rehat dulu ok..pada semuanya sekali lagi cintamama ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"


TIADA JODOH ANTARA KITA :((


Rindunya cintamama pada anak saudara cintamama yang sorang ni... hanya 2 hari sahaja dia dalam jagaan cintamama..kalau tak dah tentu raya kali ni amat bermakna pada cintamama.. Dah lama cintamama inginkan ada suara tangisan dan ketawa si kecil yang bisa membuat hati cintamama senang dan ketawa..tapi sayang seribu kali sayang jodoh kami tak panjang..si kecil dah cintamama pulangkan pada ibunya..

Nama sikecil ni teramat2lah susah nak disebut..tapi sanak saudaranya hanya memanggilnya dengan panggilan YUYA... comel sangat2 si yuya ni, tu yang membuatkan cintamama sering teringat2kan dia..kalau ikut perjanjian cintamama dengan ibu dan ayahnya si kecil Yuya ini akan dijaga oleh cintamama sampai hari raya puasa ini atau pun lebih lama sikit..selagi keadaan ayahnya x baik selagi tu lah dia akan dijaga oleh cintamama..tapi, sebab keadaan dia yang asyik menangis 24 jam memaksa cintamama untuk menghantar kembali dia ke pangkuan ibunya..

Sewaktu dia dibawa ke Kedah dari Hospital Taiping, kelakuan dia baik sangat tak meragam pun..seronok agaknya sebab boleh naik kereta dan cintamama pun teruja jugak ni sebab dah lama tak ada anak kecil, perasaan tu memang best giler la kan..sampai saja kami ke bumi kedah maka bermulalah episod tangisan tak henti2 si kecil ni...dah bermacam2 cara di buat semua tak jalan, sampaikan cintamama, abang dan anak yang no 2 tidur berhamparkan toto di ruang tamu sebab si kecil tidur atas buai dan tangan cintamama ni asyik duk dalam buai ja tanpa henti menangguk dia tanpa henti dan tanpa tidur yang secukupnya sebab sekejap2 cintamama terkejut dan jaga dari tidur..memang tidur cintamama tak cukup, sebabkan sayangnya cintamama pada dia, tak apa dan cintamama pun tak kisah..asalkan dia tidak menangis lagi..

Cintamama ingat bila berlalunya hari pertama dia akan ok rupa2nya hanya mimpi disiang hari..hari kedua dia tetap menangis..bila cintamama suapkan botol susu dia tak mahu..dia tepis tangan cintamama, dia lapar tapi tak mahu hisap botol susu... bila dah lapar dan kejanya menangis saja lah dan cintamama dah tak tahu nak buat apa dah..dah habis doa dan berqatip depan buai dia...bila dia tidur ok la tapi bila dia terjaga mula la mulutnya melopong lagi..aduh, lama2 cintamama rasa dah tak boleh tahan dah dengan situasi ini dan cintamama pun kesiankan dia jugak..

Dalam sejarah cintamama tak pernah cintamama menangis sebab jaga budak kecil...tapi sebab Yuya cintamama menangis..time orang buka puasa ja dia wat perangai...hari last yang cintamama jaga dia sampai cintamama tak sempat nak berbuka puasa, hanya berbuka dengan segelas air ja dan tak sempat nak makan nasi pun..abang cintamama cakap lebih baik di pulangkan pada ibunya dari dia duk menangis yang tak tahu bila akan berhenti..kesian jugak kat dia..perut dia lapar tapi susu tak minum..cintamama tak sanggup tengok dia menagis sampai tersedu2..naluri keibuan cintamama tak sanggup melihat tanpa berbuat apa2..jadi keputusan yang tepat di kembalikan pada ibunya..lepas berbuka dan solat maghrib terus kami sekeluarga bertolak ke butterworth untuk ambil emak cintamama dulu dan kemudian terus bertolak ke hospital Taiping perak....
tidur nyenyak dia dlm kereta, time ni on the way ke taiping lepas berbuka
luas mata dia..comel anak sedara mak long ni..
 Sampai saja di hospital dia macam tau saja yang dia nak pergi ke ibunya..dia punya la seronok, nampak saja ibu dia, terus sua tangan nak suruh ibu dia dukung... Betul kan orang cakap anak2 kecil ni dia boleh rasa dan bau ibu dia.. bila dalam pelukan ibu dia mau pulak dia duk diam dan tak pulak dia menangis.. cintamama dah sayang pada si kecil Yuya dan dah banyak berhabis sebab nak bawak dia raya tahun ni..dah banyak baju raya yang cintamama beli kat dia tapi tak de jodoh nak beraya dengan cintamama sekeluarga...kalau tak tahun ni wahhh beraya sakan la cintamama dengan baby baru..walau pun bukan anak cintamama sendiri tapi anak sedara pun macam anak sendiri jugak.. cintamama pun tak bezakan dia dengan anak2 cintamama yang lain.. cuma jodoh cintamama dengan dia tak memungkinkan kami menjadi ibu dan anak.. huhuhuhu....sedih tu tak tau nak cakap la, teringat dia sampai sekarang..

Selesai saja kami hantar dia ke ibunya, kami gerak pulang ke butterworth dulu tuk hantar emak cintamama di rumahnya dan kemudian baru kami bertolak ke kedah pulak..sampai saja di rumah dah time sahur(4:40AM).. tapi nasib baiklah kami dah sahur di Kuala Kangsar dah pada pukul 1:30AM sebelum tu..so sampai je di rumah terus tidur la sebab mata dah ngatuk sangat sampai tak boleh nak celik dah..bangun saja subuhnya terus teringat kat si kecil Yuya dan air mata tiba2 ja mengalir keluar..tu baru 2 hari jaga, kalau la sampai sebulan lebih tup2 orang ambik balik sure cintamama jadi bodoh sat pa.. sebab terlalu rindu kat Yuya..hari ni dah hari ke 2 dia di pulangkan tapi cintamama masih merindui dia..bila terlihat saja gambar2 dia dalam handphone rasa macam nak menangis ja :( ..."maafkan mama ya Yuya...kalau Yuya mau minum susu dan tak nagis dah tentu mama bela Yuya..mama sayang Yuya kalau boleh mama nak jaga Yuya macam anak mama sendiri, mama harap ayah Yuya cepat sembuh dan Yuya dapat bersatu kembali dengan kakak, ibu dan ayah Yuya ok..kalau mama tak sayang Yuya mama tak akan berhabis duit ringgit dan masa tuk Yuya kan, mungkin jodoh Yuya dengan mama tak panjang dan kita tak berjodoh, mama harap Yuya selamat..mama sayang Yuya sepenuh hati mama.."

Huuuuuuuuuuuuuuuu rindunya cintamama kat dia...


TRIP TO LANGKAWI...

Gambar ni dah byk minggu dah tapi baru hari ni ada kesempatan nak upload dalam blog...Gambar2 ni semua time kami pi cuti2 malaysia hehehe...Banyak jugak tempat yang tak sempat nak pi...kalau ada rezeki lagi nak lagi pi tempat2 yang tak sampai lagi...so nikmatilah ya gambar2 ni ye..

saja suka2..
Haaa jangan terkejut pulak ye, saja je snap gambar anak pak arab ke mat saleh ke x tau la..sbb depa x cakap org putih pun nak kata ckp arab pun bukan jugak hemm cakap apa pun x tau la...suka sangat tengok anank dia , comei giler tu..mata ni x henti2 merenung je budak ni korang tentu setuju gdn cintamama kan yg budak ni sangat2 comei..heeeii geram tul tengok, kalau dapat anak yg muka mcm ni aduhhhh bestnya hehehe..


Ok dah sampai dah ke Tasik dayang Bunting...tempat ni ada sejarahnya tersendiri..tapi nak sampai ke tasik dia ni mak datuk lenguh giler macam nak tercabut urat2 badan semua..cintamama x mau pi dah kat sini cukup la sekali ja cintamama sampai kat Tasik dayang Bunting ni huhuhuhu...
TASIK DAYANG BUNTING.
Ok ni namanya Tasik Dayang Bunting, sebuah lagenda di Langkawi..perhatikan betul2 keadaan pulau tu ye..tentu korang nampak kepala, dada dan perut yg sedang hamil..ada sejarahnya mengenai tasik ni..cintamama pun x pandai sangat nak ceritakan hehe so kena la pi sendiri airnya yg sejuk dan permandangan yg damai sekali so apa lagi datang la..

Ok..dah sampai dah ke tasiknya..di tempat ni ramai pengunjung mandi manda, hemm mat2 saleh pun banyak gak hehehe biasa la depa dengan bikininya kalau nak mandi..kita ni orang islam takkan nak pakai macam tu pulakkan hehehe... 


 Sampai saja kat jeti kuah dah nak dekat senja dah tapi cuaca tetap masih cerah lagi..naik2 je ke jeti hemmm apa lagi ternampaklah panorama yang bagi cintamama sangat cantik pada cintamama la..korang pulak cintamama x tau la kan..hemm so tunggu apa lagi snap la gambar apa lagi wat koleksi hehehe..

Haaa korang pandai tak main jetski ni, cintamama x pandai..teringin gak nak naik tapi x pandai berenang la pulak..nanti jatuh dalam laut tu haaa mati cintamama, baik x yah je huhuhu..so tangkap gambar orang je la jawabnya hehehe... 


Ni pulak namanya Dataran Lang..tengok besar tak helang tu....cintamama suka gambar ni nampak cantik hehehe perasan betul la cintamama ni kan..kata gambar yang ditangkap sendiri cantik hahaha biar lah janji cintamama suka kan...

Ok dah sampai pulak ke Kota Mahsuri..jom kita ronda2 kat sini pulak, kami sampai sini pun dah petang sangat dah kira2 dekat pukul 6 petang..dah nak dekat tutup dah pun..tapi alang2 dah sampai x kisah la masuk jugak lah..
Yang ni la Makam Mahsuri..Lagenda Langkawi, orang kata cantik sungguh Mahsuri ni...betul atau tak hanya orang2 zaman tu ja yang tahu...kita hanya baca buku sejarah je kan, cantik kata orang cantik lah dia..tapi rasa2nya memang cantik kut sbb keturunan Mahsuri pun cantik dah tentu la Mahsuri lagi2 cantik kan..
Yang ni la keturunan Mahsuri, tengok cantik kan...sory gambar x berapa nak clear maklum la snap dalam bingkai kat kota mahsuri ja huhuhu 

Kalau ikut kat papan tanda tu katanya tu la kediaman keluarga Mahsuri dulu...masih elok kan, tapi cintamama tak berani nak naik dan tengok kat dalam...biasa la rasa bergerun sikit hehehe, penakut betulkan cintamama ni..maklumlah dah petang sangat dan orang pun dah tak dak, cintamama sekeluarga dan keluarga kawan cintamama saja...masing2 dah berpecah ronda2 kat dalam kota Mahsuri ni..

Tengok la anak dara cintamama ni asik berposing je kejanya..yang cintamama pulak tukang ambik gambar diaorang duk redy nak berposing ja..
Anak dengan bapak ni pun lambat lepa ja nak berposing gak ni hehehe..sapa yang tukang ambik gambarnya hemmm cintamama la jugak kan..

Ok..ni kat Underwater world..kat dlm ni banyak jugak la gambar2 yg cintamama ambik tapi nak bubuh kat sini rasa macam banyak la pulak gambar2 tu..biasa la kalau masuk dalam tu banyak tangkap gambar binatang la hehehe...
KAWASAN ORIENTAL VILLAGE TEMPAT YG ADA KERETA CABEL TU.
Gambar yang last sekali tu sayang sangat tak boleh pi..sbb kawasan tu masih dalam baikpulih...so hanya boleh tangkap gambar dari atas je la..ni la tempatnya filem DON dilakonkan..

Banyak lagi gambar2 yg ada tapi tak larat nak bubuh la..cukup je la banyak ni...nanti korang pulak rasa tak larat nak scrol sampai bawah hehehe...tahun depan nak ke tempat lain pulak, tapi masih dalam perancangan dan tengah kumpul duit balik huhuhu...bukan sikit2 belanja nak gi jalan2 ni...tapi cintamama cuma nak bagi tau yang tahun depan mungkin akan ke TERENGGANU atau PAHANG..masih belum di putuskan lagi..ok lah semoga terhibur melihat gambar2 dari cintamama dan happy jugak ye bila dengar lagu2 dari blog cintamama..almaklumlah peminat k-pop... ^_^Y