Followers

Search my Blog

TIADA JODOH ANTARA KITA :((


Rindunya cintamama pada anak saudara cintamama yang sorang ni... hanya 2 hari sahaja dia dalam jagaan cintamama..kalau tak dah tentu raya kali ni amat bermakna pada cintamama.. Dah lama cintamama inginkan ada suara tangisan dan ketawa si kecil yang bisa membuat hati cintamama senang dan ketawa..tapi sayang seribu kali sayang jodoh kami tak panjang..si kecil dah cintamama pulangkan pada ibunya..

Nama sikecil ni teramat2lah susah nak disebut..tapi sanak saudaranya hanya memanggilnya dengan panggilan YUYA... comel sangat2 si yuya ni, tu yang membuatkan cintamama sering teringat2kan dia..kalau ikut perjanjian cintamama dengan ibu dan ayahnya si kecil Yuya ini akan dijaga oleh cintamama sampai hari raya puasa ini atau pun lebih lama sikit..selagi keadaan ayahnya x baik selagi tu lah dia akan dijaga oleh cintamama..tapi, sebab keadaan dia yang asyik menangis 24 jam memaksa cintamama untuk menghantar kembali dia ke pangkuan ibunya..

Sewaktu dia dibawa ke Kedah dari Hospital Taiping, kelakuan dia baik sangat tak meragam pun..seronok agaknya sebab boleh naik kereta dan cintamama pun teruja jugak ni sebab dah lama tak ada anak kecil, perasaan tu memang best giler la kan..sampai saja kami ke bumi kedah maka bermulalah episod tangisan tak henti2 si kecil ni...dah bermacam2 cara di buat semua tak jalan, sampaikan cintamama, abang dan anak yang no 2 tidur berhamparkan toto di ruang tamu sebab si kecil tidur atas buai dan tangan cintamama ni asyik duk dalam buai ja tanpa henti menangguk dia tanpa henti dan tanpa tidur yang secukupnya sebab sekejap2 cintamama terkejut dan jaga dari tidur..memang tidur cintamama tak cukup, sebabkan sayangnya cintamama pada dia, tak apa dan cintamama pun tak kisah..asalkan dia tidak menangis lagi..

Cintamama ingat bila berlalunya hari pertama dia akan ok rupa2nya hanya mimpi disiang hari..hari kedua dia tetap menangis..bila cintamama suapkan botol susu dia tak mahu..dia tepis tangan cintamama, dia lapar tapi tak mahu hisap botol susu... bila dah lapar dan kejanya menangis saja lah dan cintamama dah tak tahu nak buat apa dah..dah habis doa dan berqatip depan buai dia...bila dia tidur ok la tapi bila dia terjaga mula la mulutnya melopong lagi..aduh, lama2 cintamama rasa dah tak boleh tahan dah dengan situasi ini dan cintamama pun kesiankan dia jugak..

Dalam sejarah cintamama tak pernah cintamama menangis sebab jaga budak kecil...tapi sebab Yuya cintamama menangis..time orang buka puasa ja dia wat perangai...hari last yang cintamama jaga dia sampai cintamama tak sempat nak berbuka puasa, hanya berbuka dengan segelas air ja dan tak sempat nak makan nasi pun..abang cintamama cakap lebih baik di pulangkan pada ibunya dari dia duk menangis yang tak tahu bila akan berhenti..kesian jugak kat dia..perut dia lapar tapi susu tak minum..cintamama tak sanggup tengok dia menagis sampai tersedu2..naluri keibuan cintamama tak sanggup melihat tanpa berbuat apa2..jadi keputusan yang tepat di kembalikan pada ibunya..lepas berbuka dan solat maghrib terus kami sekeluarga bertolak ke butterworth untuk ambil emak cintamama dulu dan kemudian terus bertolak ke hospital Taiping perak....
tidur nyenyak dia dlm kereta, time ni on the way ke taiping lepas berbuka
luas mata dia..comel anak sedara mak long ni..
 Sampai saja di hospital dia macam tau saja yang dia nak pergi ke ibunya..dia punya la seronok, nampak saja ibu dia, terus sua tangan nak suruh ibu dia dukung... Betul kan orang cakap anak2 kecil ni dia boleh rasa dan bau ibu dia.. bila dalam pelukan ibu dia mau pulak dia duk diam dan tak pulak dia menangis.. cintamama dah sayang pada si kecil Yuya dan dah banyak berhabis sebab nak bawak dia raya tahun ni..dah banyak baju raya yang cintamama beli kat dia tapi tak de jodoh nak beraya dengan cintamama sekeluarga...kalau tak tahun ni wahhh beraya sakan la cintamama dengan baby baru..walau pun bukan anak cintamama sendiri tapi anak sedara pun macam anak sendiri jugak.. cintamama pun tak bezakan dia dengan anak2 cintamama yang lain.. cuma jodoh cintamama dengan dia tak memungkinkan kami menjadi ibu dan anak.. huhuhuhu....sedih tu tak tau nak cakap la, teringat dia sampai sekarang..

Selesai saja kami hantar dia ke ibunya, kami gerak pulang ke butterworth dulu tuk hantar emak cintamama di rumahnya dan kemudian baru kami bertolak ke kedah pulak..sampai saja di rumah dah time sahur(4:40AM).. tapi nasib baiklah kami dah sahur di Kuala Kangsar dah pada pukul 1:30AM sebelum tu..so sampai je di rumah terus tidur la sebab mata dah ngatuk sangat sampai tak boleh nak celik dah..bangun saja subuhnya terus teringat kat si kecil Yuya dan air mata tiba2 ja mengalir keluar..tu baru 2 hari jaga, kalau la sampai sebulan lebih tup2 orang ambik balik sure cintamama jadi bodoh sat pa.. sebab terlalu rindu kat Yuya..hari ni dah hari ke 2 dia di pulangkan tapi cintamama masih merindui dia..bila terlihat saja gambar2 dia dalam handphone rasa macam nak menangis ja :( ..."maafkan mama ya Yuya...kalau Yuya mau minum susu dan tak nagis dah tentu mama bela Yuya..mama sayang Yuya kalau boleh mama nak jaga Yuya macam anak mama sendiri, mama harap ayah Yuya cepat sembuh dan Yuya dapat bersatu kembali dengan kakak, ibu dan ayah Yuya ok..kalau mama tak sayang Yuya mama tak akan berhabis duit ringgit dan masa tuk Yuya kan, mungkin jodoh Yuya dengan mama tak panjang dan kita tak berjodoh, mama harap Yuya selamat..mama sayang Yuya sepenuh hati mama.."

Huuuuuuuuuuuuuuuu rindunya cintamama kat dia...


0 comments:

Post a Comment