Hari ni hari Rabu dan esok Khamis budak2 sekolah dah bercuti, so time ni la nak kerah depa wat keja..ni bukan dera tau tapi tanggunjawab diri masing2... time ni la kena ajar depa buat keja kalau tak sampai bila2 nanti malas.. mula2 nak suruh depa kemas bilik masing2, cintamama tengok bilik anak dara dengan anak teruna cintamama...adoiiii naik pening, hari2 kemas pun letih haaa time ni la nak suruh depa kemas bagi elok2 balik..kalau cintamama nak buat huhhh letih tu...nak2 lagi bilik anak dara cintamama ni, punya la berselerak..ikut dan dia ja nak letak kat mana2 kain baju dia...cintamama dah letih dah nak kemas bilik dia..anak teruna cintamama pulak hemmm 2x5 la cuma kemas sikit la dari adik dia tu..cintamama sibuk nak wat biskut raya so depa kena kemas sendiri bagi bersih..cuma cintamama akan wat sportcek kat bilik2 depa nanti...
Berbalik ke topik kita tadi tentang balik kampung... raya pertama dan kedua cintamama akan berada di kampung suami dan raya ketiga dan kempat kami akan beraya ke Kuala Kangsar..dulu mak cintamama yang duk disana tapi sekarang mak cintamama dah balik duk dengan tok cintamama di Pulau Pinang so cuma adik2 cintamama saja yang ada disana..jadi cintamama nak bawak mak cintamama beraya disana dan tidur disana semalam..cintamama dengar dari mak cintamama yang adik ipar cintamama nak cari kijang time cintamama beraya disanan nanti...wahhh sedap tu daging kijang, korang penah makan tak...di tempat tinggal adik cintamama ni dekat dengan hutan so senang untuk depa berburu...dulu adik cintamam jamu makan daging rusa, sedap tau...tapi mak cintamama tak lalu hehehehe..dia cuma masak bagi kami adik beradik makan je tapi dia tak makan...
Nanti time raya di Kuala Kangsar kalau dah tak de rumah sedara mara nak pi melawat, cintamama cadang dengan mak cintamama nak pi berkelah ja..belah2 nu banyak jugak tempat2 berkelah..dah lama jugak tak pi berkelah..mesti seronok dapat berkelah dengan adik beradik cintamama...cuma sayang adik lelaki cintamama dah tak de, dia dah meninggalkan dunia ni seminggu yang lalu..cuma terkilan la tak sempat nak beraya dengan dia..kalau ada dia dan keluarganya tentu lagi meriah..tu yang raya kali ni rasa sedikit tak ceria sebab dia tak de...tetiba teringat dia la pulak :(((
Apa2 pun cintamama ucapkan "SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA BLOGGER2 YANG SELALU SINGGAH KE BLOG CINTAMAMA YANG TAK SEBERAPA NI" dan berhati2 semuanya ya bila memandu dijalan raya..ingatlah sentiasa orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda di hari yang mulia ini..ingat tau kalau mengantok berhenti rehat dulu ok..pada semuanya sekali lagi cintamama ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"
0 comments:
Post a Comment