Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....hari ni cintamama rasa sangat bedebar sebab anak cintamama sedang berjuang di dewan peperiksaan... Cintamama harap dia dapat buat yang terbaik dan jawab soalan degan lancar... Heemmm, anak yang duk berjuang si mak pulak yang cemas hehehe....naluri ibu kan, mana la dia nak tenang selagi anak tak buat yang terbaik, sebab tu semua untuk masa depan dia jugak dan cintamama dengar2 itu adalah PMR yang terakhir untuk para pelajar, entah betul ke tak cintamama pun tak tahu la, kalau info yang cintamama dengar ni salah maka salah la cintamama kalau betul hemmmm betul la tu. :)) Setiap malam cintamama berdoa agar di permudahkan dan diberikan kesenangan pada anak cintamama agar dia dapat menjawab peperiksaan PMR dengan cemerlang... Setiap ibu bapa mahu kan agar anak2 mereka berjaya dan menjadi orang yang berguna, begitu juga dengan cintamama... Keinginan di hati untuk melihat si anak mencapai kejayan hingga ke menara gading dan menjadi insan yang berjaya... Tapi tu semua terpulanglah pada diri dia sendiri dan bagaimana dia membawa diri dia dan bagaimana dia menjawab soalan.. Cintamama harap dia tak bermain2 sangat... Hati ni rasa gelisah ja, takut pun ada jugak.. Bukan apa, takut2 kalau dia tak dapat jawab dengan elok... Tapi cintamama harap semuanya akan berjalan lancar lah untuk dirinya... Kalau dia berjaya, cintamama lah orang yang paling gembira di dunia ni.."YA ALLAH YA TUHANKU KAU PERMUDAHKANLAH JALAN UNTUK ANAKKU AGAR DIA BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAANNYA DAN DAPAT MENJADI INSAN YANG BERGUNA DI MASA DEPAN, YA ALLAH YA TUHANKU KAU TERANGKANLAH HATI ANAKKU AGAR DIA MENDAPAT KETENANGANMU DAN BERILAH DIA AKAL YANG CERDIK AGAR IA MENJADI INSAN YANG BERGUNA UNTUK MASA DEPANNYA, AMIN AMIN".....itu lah yang selalu cintamama doakan setiap kali bersujud padaNYA dan moga2 doa cintamama diterima ALLAH.... amin....
0 comments:
Post a Comment