Followers

Search my Blog

BILA TIBA CUTI SEKOLAH..


Ehhhhhh dah nak tiba time cuti sekolah lah...hemmm cepat ja kan masa berlalu tup2 dah nak habis tahun dah.. Bagi tempat Cintamama hari ini(Khamis) adalah hari terakhir persekolahan dan esok(Jumaat) adalah bermulalah hari cuti panjang bagi anak2 Cintamama.. Bila tiba time macam ni anak2 la yg paling seronok dan yg paling tak seronok cintamama la hehehe sebab asyik dengar anak2 cintamama asyik bising2 ja (ehh gurau je, mesti la seronok..sapa kata x kan, cuma x larat la nak berteriak2 sbb kalau dah bertekak dua beradik tu, si abang suka menyakat si adik yg si adik pulak suka sangat duk melalak haaa mau x pening kepala cintamama)...

Cuma time cuti ni x rancang lagi nak wat apa dan apa aktiviti yg nak di lakukan kami sekeluarga.. Korang ada pendapat ke? cer bagi kat Cintamama apa yg best nanti boleh la Cintamama pilih2 yg mana Cintamama suka.. Oh yaaaa bila tibanya cuti sekolah ni hemmm apa lagi, yg pasti dan mesti pergi tiap2 tahun adalah Pesta Pulau pinang hehehehe...tu dah menjadi rutin setiap hujung tahun cuti persekolahan, Cintamama pun suka jugak sebabnya hehehe..Cintamama nak naik permainan2 yg mencabar kat sana.. Cintamama suka naik benda2 yg macam tu baru rasa mencabar tapi huby Cintamama selalu tak bagi Cintamama naik.. dia gayat dan takut habis tu dengan2 Cintamama dia tak bagi naik haiiiii geram betul... Dah lama Cintamama tak naik benda2 tu semua, last Cintamama naik pun masa sekolah menengah tu pun masa ke Genting, time tu Genting mana ada benda2 yg hebat2 macam sekarang ni, yg ada dulu hanya satu je rolerkoster tu pun x la tinggi sangat...tapi kalau sekarang niiiii hemmmm bestttt... tapi xde kesempatan lagi nak kesana.. Huby cintamama x nak pergi huhuhuhu sedih tau..

Cintamama teringin nak ke Genting.. Cameron Higland dah byk kali dah pergi, Kelantan pun dah banyak kali pergi jugak, Ipoh apa lagi..dah selalu sangat pergi, Melaka baru 2 kali, Terengganu pulak ada la 3-4 kali pergi, Pahang baru sekali ja, Penang pulak tak yah cakap la tu tempat Cintamama pun hehehe, Cintamama hanya teringin nak p Genting ja... haiiii bila la boleh sampai sana kan...

Oklah Cintamama ucapkan selamat bercuti pada adik2 yg masih bersekolah semoga cuti panjang ni dipenuhi dengan benda2 yg berfaedah dan jangan buat yg bukan2 k.. Jaga kelakuan dan diri sendiri, semoga cuti ini membawa banyak manafaat pada semua, selamat bercuti panjang semua da da  muuaahhh :)

0 comments:

Post a Comment