Followers

Search my Blog

MASA UNTUK BUAT COKELAT

Acara petang ni adalah wat cokelat, sementara menunggu kekacang2 semua siap di panggang didalam oven, rasanya sempat lagi ni nak tulis2 kat blog ni hehehe(lambat lepa  je kan)..badam2 tu pun ambik masa jugak nak masak dan sementara ia nak masak, nak story la cikit tentang cokelat ni kan...

Sebenarnya aku dalam bidang cokelat adalah bidan terjun je...mungkin aku suka cokelat dan cokelat kalau nak beli memang mahal dan kalau kita buat sendiri puas hati dan yang penting dah terbukti halal sebab kita yang buat sendiri..Dari suka2 terus jadi satu bisnes untuk aku..Banyak jugak la tempahan yang aku dapat...Aku rasa orang sekarang suka makan cokelat buatan tangan ni dari yang di impot tu kan..Aku sendiri suka dengan rasanya dan dalam masa yang sama aku masih memikirkan apa lagi jenis2 yang akan aku perbagaikan dalam cokelat aku ini..

Sekarang aku masih mencari2 idea untuk buat cokelat aku lagi sedap dan semua orang ingin makan cokelat yang aku buat ni... Baru2 ni aku mendapat satu idea bila terasa cokelat yang huby aku bawa balik dari rumah kenduri...Sedap sangat rasanya dan aku rasa aku pun boleh buat macam tu...Aku ingat hujung bulan ni aku nak buat dan tukang merasanya siapa lagi kalau bukan ahli keluarga aku ni...nak2 lagi anak2 aku ni, lambat lepa je aku buat cokelat masing2 dok pakat mai terpa di dapur nak cikit nak cikit( katanya lah)...Tapi selalu depa merunggut sebab aku selalu bagi mereka cokelat yang reject hehehehe... Mana boleh bagi yang elokkan, nanti muflis la tokey hehehe...Dah dapat yang reject pun bagus dah tu sedap macam tu jugak cuma lubang2 je hehehe..Macam2 perangai anak2 ni kan..

Petang ni aku masih belum tahu nak wat jenis apa..Cuma ada satu je yang aku nak buat iaitu cokelat jenis lolipop dan aku cuba untuk buat agar ia sedap dan aku masih memikirkan perisa apa yaang aku nak campur dalamnya... Sekarang aku baru selesai memanggang hirisan badam dan badam cincang.. lepas dah habis semuanya ni maka akan bermula lah rutin aku untuk buat cokelat sekejap lagi.. Buat masa sekarang aku x dapat lah nak siarkan lagi gambar cokelat yang aku dah buat..lepas dah siap semua cokelat yang aku dah buat akan aku siarkan dalam blog ni...Tunggu tau untuk tengok hasilnya ok...oklah nak beransur dulu nak pergi siapkan cokelat pulak sebab kekacang semuanya dah siap dipanggang dah...sampai jumpa lagi di entry yang berikutnya tata...

0 comments:

Post a Comment