Followers

Search my Blog

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG...

Assalamualaikum semua blogger dan selamat pagi..haaa dgr tajuk yg di ats pun dah tau kan apa topik kita hari ni...yaaa, nak cerita tentang usaha nak jadi senang dan bukan mudah nak jadi senang..kalau x berusaha x kan ada hasilnya..

Dalam setiap kehidupan kita ini semua org x nak hidup susah kan, semua nak senang dan bila nak kehidupan yg lebih baik dari sekarang kenalah berusaha utk mencapai apa yg diingini..Macam tu jgk lah dgn diri ini, Baru2 ini ada satu bidang yg amat disukai iaitu cokelat...Oleh kerana terjebak dgn cokelat ni pun secara x sengaja jadi ia terus menjadi minat sampai sekarang..Mungkin diri ini terlalu mentah dlm selok belok perniagaan on9 ni..Sbb x tau apa2 pun, kiranya zero dan sedikit demi sedikit akhirnya dapat berdiri setapak demi setapak hinggalah rasa yakin dlm diri utk maju ke depan betul2 kuat..Cuma perlu lg usaha utk berjaya lebih ke peringkat lebih tinggi..

Baru2 ni seorang sahabat cuba membantu dari segi membuat page di FB dan segala2nya dia yg buat aku cuma perlu sediakan code2 harga cokelat aku dan cara2 pakej dlm cokelat aku ni...Aku cuba tya pada huby tapi dia kata " cuba fikir sendiri, aku nak tgk awk fikir dan baru awk tau betapa susahnya utk berfikir dlm mencari rezeki" itulah jawapan dri huby aku...Aku ambil itu sebagai cabaran dri dia..hari ni dah masuk 2 hari tapi aku masih blur dan x da apa2 idea utk cokelat aku ni...kwn aku dah bertanya tentang ni, tapi aku masih dlm delema..Yg sebenarnya aku x tahu nak buat mcm mana, aku dah ada senarai harga dan aku x tahu nak letak dan buat mcm mana..aku mengaji x tinggi dan aku akui itu, cuma bila difikir2 balik rasa menyesal skrng sbb x nak belajar sungguh2 dulu...kalau dulu aku rajin belajar dah tentu aku ada kerjaya yg bagus..hidup pun mungkin lebih baik dan x perlu la pening memikirkan masalah skrng...

Hemmm pening jgk kepala ni nak fikir idea2 yg x mau dtng ni..mcm mana aku nak buatni, idea x masuk langsung dlm kepala..x tau nak wat mcm mana...xde ka sapa2 yg boleh tlg ni...adehhhh dah buntu dah ni, x boleh nak byngkan ckit pun..serabut dah kepala otak ni...hampehhh betul la...Haiiii kena buat jgk walau pun x tau..ini la namanya bukan senang nak jadi senang..Kalau nak senang kena usaha dan kesenangan x akn dtg bergolek kalau kita x usaha dgn sepenuh hati... Tabah dlm menghadapi cabaran hidup dan ada sokongan dri keluarga yg tersayang dah cukup utk aku teruskan kehidupan yg amat baru dlm hidup ini..Ini lah farsa baru dlm kehidupan aku utk lebih berjaya..bkn sekadar suri rumah biasa yg hya duduk tercorok kat dapur je..Harus ada cita2 walau pun xde kerja yg hebat dan pangkat yg tinggi...Tapi biarlah menjadi seorang yg berjaya dlm hidup...insyaallah amin....

MASA UNTUK BUAT COKELAT

Acara petang ni adalah wat cokelat, sementara menunggu kekacang2 semua siap di panggang didalam oven, rasanya sempat lagi ni nak tulis2 kat blog ni hehehe(lambat lepa  je kan)..badam2 tu pun ambik masa jugak nak masak dan sementara ia nak masak, nak story la cikit tentang cokelat ni kan...

Sebenarnya aku dalam bidang cokelat adalah bidan terjun je...mungkin aku suka cokelat dan cokelat kalau nak beli memang mahal dan kalau kita buat sendiri puas hati dan yang penting dah terbukti halal sebab kita yang buat sendiri..Dari suka2 terus jadi satu bisnes untuk aku..Banyak jugak la tempahan yang aku dapat...Aku rasa orang sekarang suka makan cokelat buatan tangan ni dari yang di impot tu kan..Aku sendiri suka dengan rasanya dan dalam masa yang sama aku masih memikirkan apa lagi jenis2 yang akan aku perbagaikan dalam cokelat aku ini..

Sekarang aku masih mencari2 idea untuk buat cokelat aku lagi sedap dan semua orang ingin makan cokelat yang aku buat ni... Baru2 ni aku mendapat satu idea bila terasa cokelat yang huby aku bawa balik dari rumah kenduri...Sedap sangat rasanya dan aku rasa aku pun boleh buat macam tu...Aku ingat hujung bulan ni aku nak buat dan tukang merasanya siapa lagi kalau bukan ahli keluarga aku ni...nak2 lagi anak2 aku ni, lambat lepa je aku buat cokelat masing2 dok pakat mai terpa di dapur nak cikit nak cikit( katanya lah)...Tapi selalu depa merunggut sebab aku selalu bagi mereka cokelat yang reject hehehehe... Mana boleh bagi yang elokkan, nanti muflis la tokey hehehe...Dah dapat yang reject pun bagus dah tu sedap macam tu jugak cuma lubang2 je hehehe..Macam2 perangai anak2 ni kan..

Petang ni aku masih belum tahu nak wat jenis apa..Cuma ada satu je yang aku nak buat iaitu cokelat jenis lolipop dan aku cuba untuk buat agar ia sedap dan aku masih memikirkan perisa apa yaang aku nak campur dalamnya... Sekarang aku baru selesai memanggang hirisan badam dan badam cincang.. lepas dah habis semuanya ni maka akan bermula lah rutin aku untuk buat cokelat sekejap lagi.. Buat masa sekarang aku x dapat lah nak siarkan lagi gambar cokelat yang aku dah buat..lepas dah siap semua cokelat yang aku dah buat akan aku siarkan dalam blog ni...Tunggu tau untuk tengok hasilnya ok...oklah nak beransur dulu nak pergi siapkan cokelat pulak sebab kekacang semuanya dah siap dipanggang dah...sampai jumpa lagi di entry yang berikutnya tata...

CUTI vs LIMAU

Hemmm cam ne dgn cuti raya cina korang..sis mcm biasa duk rumah je x kemana pun, nak jln2 pun rasa x best sbb batuk masih belum baik sepenuhnya..rasa x best nak kemana..sampaikan ank2 dgn huby ajk balik kampung pun x mau..rasa leceh la nak blk bila keadaan diri x meyenangkan dan susah sangat..Kalau di rumah sendiri senang..nak terbatuk p la stail mcm mana pun xpa..Kalau blk umah mak mertua ni nak batuk kuat2 pun rasa x selesa... Dah la diri x sihat kang berjangkit plk penyakit kat org lain..Haaaa sapa yg susah mereka dan keluarga mereka jgk yg susah kan.. Hehehehehe..
sekadar gambar hiasan
Oklah..Citer bab cuti raya cina ni kan apa lg buah limau la...Sis mkn buah limau punya la byk, bayangkan dlm peti ais penuh dgn buah limau je..Hari2 mkn buah limau sampai berbiji2..Hemmm naik lemau dah ni hehehehe..Tapi dlm dok lemau2 tu pun mkn jugak x henti2..Nak2 lg kena buah limau yg manis sure la laju je mkn kan..Kalau masam apa lg dlm tong sampah la tempatnya.. Tapi nasib baik la setakat ini x jumpa lg yg masam, semuanya manis belaka.. Buah limau byk lg dlm peti ais ni..Bila nak habis pun x tau la.. Hari ni dah hari kedua kaum cina berhari raya dan kedai2 masih lg ditutup...hemmm jwbnya mkn sadin je la, nak msk mcm mana kelapa semua nak kena beli di kedai.. kalau semuanya kedai cina dah tentu2 la tutupkan.. Kedai melayu xde plk kat tempat sis ni...kalau nak ke pasar segan la plk rasanya..solutionnya mkn la apa yg ada... Hemmm mcm sis kurang sikit mkn nasi..so xpe la dgn mkn buah limau pun yg byk kerenah ni ank2 dgn huby la...haiiii setiap org ada seleranya..kadang2 rasa dah letih masak ni..mcm org bekerja la jgk kadang2 bosan dok wat keja yg sama, mcm tu jgklah sis yg cemuih dok masak je kejanya...sekali sekala nak jgk rehatkan diri ni tanpa perlu buat apa2...

Hemmm... Ingat cuti2 mcm ni boleh la jgk rehatkan, tapi hampehh xde maknanya nak rehat2... Keja bertimbun2 dan keletihan tu dah biasa dah..Nama je ada hari ibu...Sepatutnya padahari ibu tu semua ibu2 perlu bercuti dari sebarang kerja dan p rehat2kan diri kat mana2 tempat percutian ka..Haaa tu baru dinamakan hari ibu..hari dri ibu2 membuat sebarang kerja dan hya berehat dari gangguan ank2 dan huby2 semua..ye tak...Sis ingat nanti nak wat mcm ni lah..bercuti pada hari ibu..hya seorang diri tanpa gangguan sesiapa pun..haaaa boleh gitu hehehehe

Walau bagaimana pun sis nak ucapkan Gong Xi Fa Cai pada kaum cina dan selamat bercuti pada semua blogger2 di luar sana..semoga gembira datang bertandang ke blog sis ni yg x seberapa la sangatkan..sampai jumpa lg di entry seterusnya tata titi tutu...

MENGAPA AKU CEPAT TERASA HATI..

Assalamualaikum...
Apa khabar para2 blogger sekelian, moga2 cuti anda penuh dengan keceriaan.. Hari ni dan hari2 seterusnya aku cuba untuk tak mau buka FB lagi.. Saja je dan nak try tengok lama mana aku boleh bertahan kalau x buka FB..Semalam aku terasa hati sbb FB dan aku telah membuat keputusan yg aku nak rajuk kejap(konon2nya la kan)hehehe.. Tapi selama mana aku boleh tahan dengan rajuk ni aku pun x tau..sedangkan bila line tenet xde sekejap pun aku mengelisah dan x leh duduk.. Inikan pulak line dok elok tapi aku tak mau bukak..Lagi la aku mengelisahkan.. Entah la, aku pun x tau sbb apa yg aku boleh terasa hati.. Kadang2 bila difikirkan mungkin sbb umur kot..

Ya la..Kebanyakan friends2 dlm FB tu byk yg muda2 dan kira2nya pangkat adk2 la.. Kalau ada yg berumur x byk, mungkin sikit je.. Oleh kerana aku ni dah berumur mungkin cepat terasa hati dengan yg muda2 ni..Kadang2 terasa diri dan ingin menangis dgn sikap mereka.. Seperti malam tadi, aku terasa sangat dan aku malas la nak story kat sini nanti depa baca x best la plk.. Aku hya dapat luahkan apa yg aku rasa dlm hati ni hya pada laman blog ni je.. Kadang2 aku rasa meluat dgn sesetengah org yg wat2 syok suci tu... Padahal umur baru setahun jagung dah pandai wat mcm tu.. Haiiii apa yg aku merpek ni, takkan marahkan seorang minah yg x berapa matang ni aku sampai jadi mcm ni..Hemmmm bosan bosan bosannnyyyaaaa

Ya ALLAH..tenangkan hati hamba mu ini yg lagi dlm kemarahan dan berikanlah hamba mu ini sedikit ketenangan agar dapat ia menjadi org yg waras semula dlm menempuhi hari2 yg mendatang..janganlah kau membuat hati ini dlm kebencian kerana diri ini tidak mahu mencari musuh.. Diri ini hya ingin memiliki kwn2 yg baik dan kau makbulkanlah doa hamba mu ini..Hidup didunia ini hya sementara dan tiada seesiapa yg akn kekal di dunia MU ini..

Tetiba air mata menitis bila aku memohon doa dan ketenagan dari ALLAH.. Aku jenis org yg mudah tersentuh dan cepat menitiskan air mata..Dalam aku sedang mencoret2 isi hati ini air mata mengalir dgn derasnya.. Mengapa hati cepat terasa dgn sikap sesetengah org dan bila kita diperlukan kita dilayan dgn baik dan bila kita x diperlukan kita dibiarkan begitu saja.. Mungkin aku sedar yg aku bkn lagi gadis suntil yg muda belia dan hya lah seorang ibu.. Mungkin sbb status ini aku merasakan yg aku x layak bersama org2 yg masih muda2 ni.. Tapi apa daya diri ini bila hati ini seronok dpt berkwn dgn mereka dan hya dgn mereka aku merasakan aku mempunyai byk adk..Walaupun adk2 sendiri pun belum tentu menyayangi aku begitu..Tapi aku gembira sbb aku mengenali adk aku ni dlm FB, hya dia yg selama ini selalu ambil berat tentang aku dan aku pun sayang dia mcm adk aku sendiri..

Aku memanggil dia dik mie..Dik Mie seorang yg baik dan aku harap dia akn berjaya dlm hidup dia..walau pun dia ada kekurangan diri dia tapi dia tabah dan aku sayang dia..Adik Naz plk adk yg sangat jiwang dan dia terlalu suka seseorang tapi tiada balasan dri org tu..Aku kesian kat adk aku yg sorang ni..Entah bila dia akn bertemu dgn cinta sejati dia aku pun x tau.. Aku hya dapat mendoakan moga dia akn mendapat yg terbaik utk dirinya.. Adk aku yg seorang lg ni namanya Adk Apiz.. Dia seorang yg matang dan selalu memberi nasihat yg berguna pada adk aku yg bernama Naz ni.. Walaupun dia masih muda jgk, tapi pemikirannya matang.. Aku doakan moga dia akn mendapat yg terbaik utk dirinya jgk..Aku sayang semua adk2ku ini...Kerana mereka lah aku merasakan aku masih disayangi...Walaupun byk lg adk2 yg baik2 di FB tu tapi mereka bertigalah yg byk memberi aku semangat..terutama sekali adk Mie..sis syng u all sis hope u all boleh jadi adk yg baik utk sis sampai akhir hayat ini..Kamu semua selalu ada dlm doa2 sis...
dik mie
dik apiz


dik naz
Sebelum aku mengundurkan diri aku ingin segala kekusutan dlm hati ini dpt terungkai dan aku ingin menjalani hidup yg tenang.. Aku tak mau mencari masalah dgn sesiapa.. Biarlah hya aku seorang saja yg tahu dgn siapa yg aku x puas hati tu... Tak eloklah kita cakapkan namanya disini, bak kata org tua2 x baik mengaibkan org.. Jadi aku x mau la sebut2 nama dia kat sini... Cukuplah hati ini yg tahu siapa dia, mungkin dia masih x matang dan aku yg matang kenalah beralah dan x fikirkan sangat pekara ni.. Tapi aku tetap akn rajuk jgk pada FB..Aku nak tgk ada yg rindu kat aku x.. Kalau ada yg rindu maknanya aku masih disayangi dan ada yg ingat padaku.. Kalau x maknanya aku ni bkn sesiapa dlm diri mereka dan mungkin bkn sahabat bg mereka...Maaf andai aku terkasar bahasa..Biasalah bila hati tgh marah mcm2 yg kita nak luahkan dan ini hyalah sedikit saja yg aku rasa x puas di hatiku.. Sampai bertemu lagi di hari yg lain, maafkan diri ini andai ada yg terasa hati dgn penulisan aku ni.. Aku hyalah insan yg lemah yg hya mampu memohon maaf andai ada salah dan silap harap diampun... Apa2 pun aku sayang kwn2ku walaupun tiada yg sayangi aku....

KOREA MY DREAM DESTINATION.

Seoul korea...secantik tempatnya begitulah cantik di mata hati ini..ini lah tempat yang aku ingin sekali pergi selepas Jepun..cer lihat view yg indah ini cantikkan..teringin sangat nak sampai ke negara Korea ini.. bukan saja tempat yang cantik permandangannya jugak sangat indah dan macam gambar kat bawah ni aku teringin sangat nak lawati..selalu tengok kat tv je melalui cerita2 korea..kalau dapat tengok sendiri tentu best kan..
Kesenian yang dibina sangat indah dan ukiran2nya halus sekali.. itulah budaya korea macam budaya kita jugakkan penuh dengan kesenian begitu jugak negara2 lain, ada kesenian tersendiri...cuma aku teringin nak lihat istana ni..teringin sangat-sangat, memang la mustahil nak pergi kan tapi tak salah kalau kita punya angan2 untuk kesana dan tak mustahil jugak ianya akan tercapai..doakan je ya...
Haaa kat atas ni ada yang tak kenal ka??? Kenal kan,tentula semua kenal..ini la citer Winter Sonata.. citer yg mula2 sekali aku tengok dan aku jatuh cinta dengan korea dan orang2nya sekali..citer ni sangat sedih, berkali2 aku tengok pun tetap air mata mengalir..lagu2 dalam winter sonata sangat merdu dan indah..sampai kehari ini masih tidak jemu didengar walau pun dah banyak drama2 korea yang lain..tapi winter sonata tetap terbaik.. gandingan dua pelakon ni bagus sekali dan aku minat sangat kat hero yang sorang ni, sapa lagi kalau bukan Bae Yong Jun yang handsome dan kacak ni kan..
bae yong jun
park yong ha
Haaa yg ni pun pelakon winter sonata jgk..tapi sayangkan dia dah mati sebab bunuh diri..sayang sekali, muka lawa tapi mati muda..sebab tekanan jadi lagu tu.. ni lah hero no 2..handsome kan..last aku tengok citer yang park yong ha belakon aku pun tak ingat dah..tapi winter sonata ni besttt sangat...oklah,dah lari tajuk dah ni rasanya hehehehe...berbalik pada tempat2 yg aku nak kunjungi bukan saja di seoul korea tapi haaaa kat bawah ni la..cantik tak cer komen ckit cantik tak..kat sini la aku nak pergi dan ambil gambar sepuas2 hati aku..
jeju island
nami island
jeju island
Bila akan sampai pun tak tau la kan...tapi kena la belajar cakap korea kan..kalau tak haru jugak tu nak berkomunikasi..bukan semuanya pandai cakap orang putih...so doakan satu hari aku akan sampai tempat idaman aku ini...korea here i come wait for me...

LAVENDER YANG AKU SUKAI




Lavender....itulah haruman yg aku suka dan warna yg mendamaikan...keunikan bunga lavender membuat aku tertarik padanya..dan warnanya yg cantik sangat tenang..unggu adalah warna fav ku..kalau tak masakan blog aku pun warna unggu...ku rasa sangat tenang bila ku lihat warna lavender..
Bentuk bunganya yang berbagai2 ini buat aku lagi tertarik dan bohonglah kalau ada yang kata lavender ni tak cantik.. harumannya pulak buat orang jadi rindu pada harumannya dan boleh buat orang jadi tenang...
Cantikkan bunga lavender..walau pun bentuknya ada macam2 jenis tapi harumannya sangat memikat hati sesiapa saja yang mendekatinya..andai saja aku dapat bunga lavender ni tentu saja impian ku dah sedikit tercapai..walaupun tak dapat ke ladang lavender dapat memcium haruman dari bunganya saja sudah cukup bagi ku si peminat lavender..
Oh ladang lavender..bila kah agaknya dapat kita bertemu..bilakah agaknya dapat aku memelukmu dalam dakapanku dan bilakah agaknya dapat aku mencium haruman darimu..hemmmm harapan hanya tinggal harapan yang tak mungkin tercapai dek angan..hanya dapat bermimpi untuk melihatmu dari dekat dan cukup sajalah aku hanya dapat berilusi mencium haruman dari mu si lavender yang aku sukai...

ADUHAI SI PENCURI KABEL

gambar hiasan
Entry kali kisah pasal pencuri kabel...mengapa aku tiba2 nak cerita topik ni sebab aku dah tak larat dengan si pencuri-pencuri kabel yang tak de keja lain asyik mencuri je kejanya..semua ni menyusahkan orang2 seperti aku dan semua penduduk di tempat aku..

Kejadian curi kabel ni bukannya sekali terjadi tetapi berkali2 terjadi dan boleh dikatakan dalam masa selang sebulan akan terjadi benda yang macam ni..Apa kejadahnya yang depa nak curi kabel ni..Tak de keja lain ka nak buat, tu semua menempah maut saja..kalau selamat tak pa la ni kalau sampai meragut nyawa sapa yang susah, mereka dan keluarga mereka jugak yang susah..termasuk aku jugak yang susah sebab tak boleh nak call or berfacebook..

Sekarang benda ni jadi lagi kat tempat aku.. dah 3 hari line tak dak dan nak call keluar pun tak boleh, nak buka internet pun tak boleh... kalau sehari tak pa jugak ni sampai 3 hari..mujur la aku bagun pagi tadi tergerak hati nak angkat ganggang telipon..seronoknya dalam hati hanya tuhan je yang tahu..nak tau kenapa? Sebab line tenet dah ada dah...hehehe seronok la kan..

Dalam masa 3 hari tenet tak dak ni aku macam orang yang tak tentu arah..semua yang dibuat serba tak kena.. boring tahap gaban dah tu.. dalam masa 1 hari saja dah berpuluh2 kali aku angkat ganggang telipon kat rumah aku ni..bunyi ke tak??? Hemmm akhirnya hampeehhh tak de apa2 pun... bila dah  bosan semua yang di buat pun tak menjadi dan rasa meluat tu meluak2 kat si pencuri kabel ni..dalam hati dok tertanya2 pasai apa la yang depa selalu sangat dok curi line tenet ni.. pi la cari duit yang halal ni tak..mencuri je kejanya, hati aku ni rindu tak sangga2 dah kat kawan2 FB..nak2 lagi kat radio kegemaran aku si khaiFM tu...

Bila time tidur je aku tidur awai sangat.. tak pernah aku tidur seawai ni dalam seumur hidup aku..selalu aku tidur paling lewat dalam pukul 3:30 pagi tapi bila line tenet tak dak pukul 10:30 or 11:00 dah masuk tidur dah...tu pun kalau masuk tidur bukannya terus pejam mata ni.. dok mengelisah je kat atas katil..pusing kiri tak kena pusing kanan pun tak kena..akhirnya pukul berapa terpejam mata ni pun tak tau la.. aku tak biasa tidur awai2 ni so rasa serba tak kena la kan..

Akhirnya line pun dah ok dah pagi ni, rasa semangat ni pun dah kembali ceria..aku ingat lepas raya cina baru nak ok..tapi mujurlah tak sampai raya cina, kalau tak mau mati kebosanan aku ni.. pada yang suka sangat curi kabel tu hentikan je la keja2 yang tak berfaedah ni..semua ni menyusahkan orang je..wat pa la yang dok wat keja2 macam ni..lagi baik buat keja yang halal dan terjamin keselamatan diri.. tapi kadang2 aku geram jugak kat orang2 yang tak reti nak fikir macam pencuri2 ni...bila wat sesuatu pekara tak fikir habis dan tak fikir panjang dah.. cuba la nak wat sesuatu pekara fikir baik buruknya dulu..barulah aman dunia ni...

Aku pun dah penat berceloteh bab pencuri ni..so kalau la ada2 yang terniat nak wat macam tu dan nak jadi macam kat gambar dibawah ni haaa buat la kalau tak sayang nyawa...ni semua keja yang bahaya dan sayangilah nyawa anda..kalau tak pun fikir dulu apa jadi dengan keluarga anda dan kalau dah berkawin dan ada anak fikir masa depan anak dan isteri...buat sesuatu fikir dulu ahli keluarga..
gambar hiasan

OMBAK RINDU (filem) VS OMBAK RINDU (novel)


Ptg2 mcm ni aku nak story mory la ckit pasal filem 'OMBAK RINDU' yg org duk sebut2 dan kata best sangat tu kan... Sampai dgr kata ada yg nagis dan habis tisu satu kotak lah dan ada yg kata malu la nak nagis sbb ada pakwe kat sebelah la..Haiii mcm2 yg aku dgr dan org kata bestttt sangat citer tu, rugi x tgk la katanya...Haaa ni aku nak citer ckit pasal filem yg korang best sangat tu kan..

Pada aku tajuk citer tu memang besttt..Memang xde yg boleh sangkal akn kekuatan citer tu dan jln citer memang menarik.. Bagi aku yg memang peminat novel2 cinta ni, memang aku salut citer ni bestt.. Apa yg aku nak story kan kat sini adalah filemnya tak seperti yg aku sangkakan dan lari byk dri novel sebenar.. Cuba bayangkan apa perasaan peminat seperti aku yg selama ini menanti2kan kedatangan filem Ombak Rindu ini, tapi akhirnya hampa dgn filem tu sendiri.. Yaaaa aku memang x puas hati dgn filem ni sbb dia x menceritakan seperti apa yg didalam novel.. Bagi aku bila diubah sesuatu naskah itu maka akn cacat lah pejalanan cerita sesebuah filem itu..Bagi yg x pernah baca novel Ombak Rindu mungkin dia org kata best sangat..Tapi bagi kami2 yg pernah membaca novel ini sampai berkali2 dan dah x terbilang kali dah, tentu rasa kekurangannya kan..

Dari awal cerita dah menunjukkan yg makcik si Izah tu sakit..tetapi dlm novel dia x sakit dan makcik dia dan pakcik Taha selalu mendera Izah.. Disitu dah lari dia pnya citer dan satu lagi bila dia berkawin dgn Hariz.. semasa dia belajar x pula ditunjuk di dlm filem tu dan yg sebetulnya dia belajar dulu dan kemudian dia kerja di compeny lain sebelum dia kerja dgn compeny Hariz sendiri..disitu dah nmpk sangat mereka ubah jln citer novel tu..memang x best rasanya bila tgk filem dia..rasa sangat kekurangan..mungkin ada yg sama pendapat dgn aku dan bagi aku filem ni x best langsung cuma lagu dia je yg dpt menyentuh aku tapi kalau filem ni langsung x...

Selalunya kalau aku tgk filem2 sedih mcm ni aku mudah menjatuhkan air mata dan utk filem ni langsung xde air mata aku yg keluar dan aku rasa dgn membaca novel dia lagi menyentuh perasaan aku..Novel Ombak Rindu ni dah lama ada dan aku baca novel Ombak rindu ni pada tanggal 29/11/2003 haaa byngkan tarik pun aku ingat, sbb kalau aku beli je novel aku akn catatkan bila aku beli dan siap sain lg..so aku ingat la kan..tgk lama ke x novel ni dan aku dah baca bkn sekali dah berkali2 sampai aku sendri pun dah x ingat dah berapa kali aku baca.. Dah 9 tahun novel ni aku baca dan bagi peminat novel seperti aku tentu la nak yg sama mcm naskah yg aku baca.. Bila ubah walau sedikit cacat la ceritanya walau pun akhirannya sama tapi x puas dan rasa syng je sbb citer ni best..

Sebab tu bila org kata tgk sampai menangis2, bila aku tgk xde pun yg sedihnya dan bkn hya itu yg dia tukar.. Tentang pejalanan citer drivernya iaitu pajcik Taha merangkap ayah si Hariz sendiri..pun di tukar sedikit... hemmm dapat kutipan berjuta2 sbb citer ni best tapi aku rasa nasib baik la aku x p tgk kat pangung wayang kalau x wat habis duit aku je dgn duit minyak keta..sbb x best langsung.. Baik aku baca novel dia lg aku mendapat kepuasannya dan bila aku baca novel tanpa kita sedar sendiri air mata akn mengalir tanpa disuruh dan mcm dah x leh disekat2 lg...bila ada bab yg lucu akn sendiri tergelak dan bila sedih dgn sendiri akn menangis dan bila penamatnya happy sangat pun dia akn menangis dgn sendirinya, tanpa dipaksa... Itulah penangan dari sebuah novel yg bernama OMBAK RINDU yg dapat menyentuh hati dan perasaan ini hingga rasa hati sayu sangat bila baca berkali2 pun x rasa jemu..

So kalau korang rasa apa yg aku rasa cer komen skit dan apa pendapat korang tentang citer ni..cer citer cer citer..citer laaa, dpt jgk kita kongsi2 pendapat..kalau x puas hati ckp je kat sini dan sama2 lah kita berkongsi so apa di tunggu lagi komen la ye..semoga korang x boring dgn apa yg aku cuba sampaikan dan kalau korang nak hentam pun xpe aku x kisah dan aku x sedih pun itu pendapat masing2 dan ini pendapat aku sebagai peminat siri novel cinta ini...selamat berkomen disini..

TUKAR TEMPLATES LAGI..

ini hya heder dri templates sahaja..
Kenapalah aku suka sangat tukar2 templates blog aku ni..korang x tau aku pun x tau hehehe...rasa x puas di hati kut yg menyebabkan aku sering tukar2 templates ni..mula2 aku tgk cantik je pas tu dlm tempoh tertentu aku rasa jemu dan rasa dah x cantik..Aku tukarlah,hari ni je aku dah cuba dekat 2-4 templates dan akhirnya yg skrng ni aku gunakan..hemmm ok kut cantik kut..x??? Sebenarnya ada templates yg lg cantik dan aku berkenan sangat, tapi kena download dan aku dah download dah, tapi x boleh buka la plk fail dia utk aku safekan dlm aku pnya blog..hemm geram betul..bila la aku boleh pakai templates yg aku suka entah la.. Yg ni pun xpe kut kalau korang
x suka xpe la janji aku suka dan kalau aku x suka aku tukar la hehehe..

Sebenarnya penat keja tukar2 templates ni, sapa ckp x..penat oooo.. Mana nak kena susun balik semua sidebar2 yg lintang pukang beselerak habis pas tu nak kena buh blk lagu2 yg ada..Lagu sure hilang setiap kali tukar templates ni tapi kalau tukar backgroung x plk hilang haiii letihhh aku ckp..Sapa nak rasa letih mcm aku cuba la hehehe..Tapi memang la keja byk nak kena buat tapi setiap kali aku nak tukar aku ada la caranya nak simpan code2 lagu tu semua dan xyah la nak p cari lg kat u-tube tu, wat penat aku je kan..Ni pun aku tak tau sampai lama mana aku boleh tahan dgn templates ni dan harap2 lama la kan dan kalau aku jmpa yg lg cantik
rasanya aku tukar lg ye x?? Hehehehe apa pun x boleh hehehe..

Org kata aku pandai buat blog dah mcm pro..Hahahaha, nak tergelak aku.. Mana lah pandai aku ni, ngaji pun x tinggi nak kata keja hebat pun x jgk.. Setakat suri rumah sepenuh masa yg bergelumbang dgn sabun dan sampah je hehehe..Tapi terima kasih la sbb kata aku pandai yg sebenarnya x pun..aku buat blog ni pun tanpa sesiapa yg ajar pun..Aku cuba2 sendiri je dan jadi jgk kat aku yg x berapa nak pandai ni, aku rasa ada yg lagi cantik blog depa dari aku ni dan aku bersyukur dgn apa yg aku hasilkan dan puas hati walau pun kdng2 x..Cuma aku harap blogger2 semua dpt menerima kau dlm kelompok kalian dan aku menulis hya apa yg aku rasakan dlm hati aku dan aku x mau menguris sesiapa dan kita semua disini nak berkawan kan..eehhhh apa yg aku melalut ni..haiii dah lari tajuk dah ni hehehehe..

Oklah yg penting pasal templates ni dah selesai dan harap korang suka walau pun aku suka jgk hehehe, mcm2lah aku ni kan..Cuma aku masih mencari2 satu lg wiget yg aku nak tapi bila aku buat x jadi, bila buat kat blog aku yg lain2 jadi kat sini je yg x jadi.. Aku pun x tau apa masalahnya.. Hemmm x mau jadi pun biaq p lah nu, nanti2 jadi kut.. kut je la hehehe.. Hari pun dah petang ni dan aku pun melalut yg bukan2 dah ni.. So sampai sini dlu kut aku merepek nanti2  kita jumpa lagi ye tata titi tutu....

TERNYATA KAMU(EREN ft.ROMI)

MEMANG KU AKUI AKU YANG BERSALAH
TIADA KATA YANG MESTI TERUCAP
JANGANLAH TAKUT PADA KENYATAAN
YANG KAU FIKIRKAN SALAH
TERNYANTA HANYA KAMU KASIH
YANG BISA MEMBUAT KU HIDUP
YANG BISA MENGERTI DIRIKU DISAAT INI
SO YOU ARE MY BEST THING IN MY LIFE
EVERY TIME I MISS YOU OH BABAY
PLEASE DON'T GO AWAY FROM ME BABY
TONIGHT AND HERE WITHOUT YOU

PELENGKAP HIDUPKU(EREN FT. ROMI)

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang..
aku bagai bintang yg tak ditemani malam..
Melihat dirimu ada senyuman canda dan tawa..
yg membuat aku tak ingin pergi darimu..
Teringat janji lamamu kepadaku..
Teringat aku teringat..
Teringat saat kau masih ada disini..
Temaniku sepanjang hari..

Bila kau pergi jauh ingatlah aku..
bila ku disampingmu peluk tubuhku..
Bila kau rindu aku panggil namaku..
ku datang menemuimu..
Peluk erat jasadku jangan lepaskan..
tetaplah kau disini arungi malam..
Kerna hanya dirimu belahan jiwa..
pelengkapku dindunia..

THANK YOU FRIENDS

gambar hiasan
Dalam hidup perlu ada kawan2 yg saling membantu dan saya beruntung sbb dapat mengenali Nur Farizan dan Bro Corp.. Kerana mereka aku kenal erti satu persahabatan yg mungkin kalau org lain pun x akn bantu kita tanpa kita kenali siapa yg kita nak bantu... Mereka sangat baik, walau pun kami hanya saling mengenali dlm laman FB saja... Kerana mereka terhasillah laman Page aku sendiri..kalau aku yg nak buat memang x terbuatnya.. So bagi aku hadiah dari Bro Corp ini sangat bermakna dan Nur Farizan yg byk membantu aku dlm mempomosikan cokelat yg aku buat..

Bila agaknya dapat kami bersua entah la kan.. Seorang di ujung sana seorang di ujung sini seorang lagi nun di sana nu hehehe..Bila dapat berjumpa entah la kan.. Mungkin satu hari akn dapat bertemu jgk..Walau pun aku tidak tahu bila masanya harap akn dapat berjumpa jgk satu masa nanti dan doa itu akn menjadi kenyataan insyaALLAH aminnn...

Jadi aku  ucapkan terima kasih x terhingga pada mereka berdua.. Tak terbalas budi rasanya dengan pertolongan mereka itu.. Walau pun diri ini hanya insan biasa yg x mengenali apa itu IT tapi dgn bantuan kawan2 semua aku dah sedikit mahir dlm bidang ini dan aku masih byk yg perlu belajar lg dan aku tak akn rasa jemu untuk belajar..Kerana tanpa ilmu kita bagai katak di bwah tempurung.. Mungkin suatu hari benda yg aku belajar akn berguna pada ku dan ini lah yg akn aku lakukan moga aku akn berjaya dlm bidang cokelat... Dimasa2 akn datang aku akn cuba mencari lg kelas2 agar ilmu yg aku ada ini walau sedikit dapat dipertingkatkan lg kemahirannya..

Mengaji x tinggi so ini je lah yg dapat aku buat dan semoga impian aku untuk menjadi seorang yg berjaya akn tercapai..Mungkin ini lah azam tahun baru aku.. Berjaya dlm bisnes cokelat..Harap2 lepas ni akn ada tempahan dari kwn2... Sekali lg aku ucapkan terima kasih Bro Corp dan Nur Farizan, terima kasih banyak2 atas segala bantuan yg diberi..