Followers

Search my Blog

TERLANJUR MENCINTAIMU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Terlanjur Mencintaimu.

JOHAN Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaika. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

"Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis  Zulaikha, tak ada...dan  tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!" - Johan Iskandar.

TENGKU Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan. Disebabkan rasa takut yang mendalam, takut di tinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

"Bukan laut namanya jika airnya tidakberombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!" - Tengku Hanisa Zulaikha.

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?
~~~~~~~
Citer ni best sangat2 dan x rugi kalau beli.. cintamama suka sangat2 story ni..sampai berulang2 cintamama baca...

PABILA CINTA MEMANGGILKU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Pabila Cinta Memanggilku.

YANG AYESHA, seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, yop dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

"Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya, adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam atau pun awak." - Yang Ayesha.

ADAM HARITH, seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

"Nak ajak kawin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau Yang sayang Irfan lebih daripada Adam? Yang suka semua ini berlaku,Yang? Dua orang serentak menyayangi Yang?" - Adam Harith.

AMIRUL IRFAN, seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta, terutamanya cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

"Awak ni memang degillah sya... tapi tak apa. Kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..." - Amirul Irfan.

Di antara Adam Harith dan Amirul Irfan, siapakah yang menjadi pilihan Yang Ayesha?
~~~~~~~~
Tiada kata yg dpt cintamama katakan tengtang karya penulis SYAMNURIEZMIL ini..semua karya beliau sangat2 best..dlm 5 skala bintang cintamama berikan markah penuh iaitu 5 bintang, sebab citer ni memang best dan kita baca pun santai ja... kisah cinta tiga segi.. pergelutan antara kasih sayang keluarga dan cinta..perrhhh besttt beli cepat jgn x beli :)

LOVE YOU MR.ARROGANT. (sinopsis)


SINOPSIS ~ Love You Mr.Arrogant.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kawin dengan aku. Titik." - Zafriel Irham.

Demi sebuah janji, Zaara Aminah reda menerima kehendak Ilahi. Biar pun tiada cinta, Zaara Aminah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari di pijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Aminah tidak menyangka, keputusannya itu membuat hidupnya kacau-bilau melayan kerenah Zafriel Irham yangg berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya,. hidup Zaara Aminah tidak lagi aman. Kehadiran Hardy Hakimi , sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berllagak tu? aduhh.. tapi.." - Zaara Aminah.

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Aminah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada  waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Aminah terus menanti..
~~~~~
Ok citer ni bg cintamama best jgk..dlm 5 skala bintang cintamama bg 4 setengah bintang.. sbb dia hehehe kena la baca sendiri hehehe beli jgn x beli tau... besttttt

MY PRECIOUS IRIS (ulasan)


Hemmm korang dah baca ke belum novel ni..Cintamama baru habis je, tapi mcm x seronok la plk sbb sebelum baca novel ni sepatutnya kena baca I LOVE U STUPIT dahulu baru boleh sambung baca MY PRECIOUS IRIS ni... baru la x pening kepala memikrkan..oleh sbb cintamama sudah tersalah beli hehehe..jadi terpaksa la langkau dulu..sebenarnya novel ni kesinambungan dari I LOVE U STUPIT(ILUS) sbb cintamama x tahu bagamana stoy dlm ILUS so xleh la cintamama nak bg rumusannya..

Cuma bg MY PRECIOUS IRIS (MPI) ni permulaan story dia agak memboringkan tapi tengah2 dan pengakhirannya sangat2 best dan sampai menangis2 cintamama.. Banyak jgk ayat2 yg kadang2 cintamama pening dan memikir sbb byk sangat bahasa2 yg dalam dan kadang2 kena baca betul2 baru faham..Kalau orang lain rasanya dah giveup nak baca novel ni tapi oleh sbb cintamama kaki novel tegar so cintamama anggap ini sebagai cabaran untuk cintamama.. 

Ok..berkenaan novel ni yg paling membuat cintamama menangis bila time Iris membaca wasiat terakhir suaminya yg merupakan video... sampai nagis2 sbb ayat suaminya sangat2 puitis dan menyentuh jiwa dan itulah wasit terakhir suaminya..cintamama beria2 la nagis sbb laki dia mati tapi last2 citer rupa2nya x mati pun, cuma koma... sbb cara penulis bercerita mcm suami Iris dah mati, tu yg buat cintamama tergelak di pengakhiran cerita ni hahahaha...

Hemmm kalau korang nak tahu bagaimana kesudahan citer ni hemmm beli la cepat..lg elok kalau korang beli I LOVE U STUPIT dan MY PRECIOUS IRIS bersama2 baru x pening mcm cintamama ni hehehehe.. Selamat membeli dan membaca ya kaki2 novel..

BILA ANAK BUAT PERANGAI MULA KEPALA PUN PUSING


Assalamualaikum blogger2 semua... sebenarnya cintamama lagi susah hati, tak tahu dengan siapa dah cintamama nak cakap.. hari2 anak cintamama selalu bagi kepala cintamama sakit, hari ini saja dada ni sakit macam dah nak meletup.. sejak dia berkawan dengan orang yang salah ni, perangainya jugak semakin menjadi2.. Sakit dah kepala ni, elok2 duk sekolah agama dah berhenti dan sekarang pi sekolah menegah biasa pulak..Ok lah kalau dia dah kata dia x leh nak ikut kan.. tu pun dia nak berhenti sekolah dah x mau sekolah.. Tapi cintamama tak bagi la, sayang sangat2 sebab tahun depan ja nak ambik SPM..  

Kita sebagai mak ni selalu fikir tentang masa depan mereka tapi mereka x pernah nak fikir semua tu.. Yang depa tau hanya nak enjoy dan seronok2 ja.. Cintamama x mau satu hari nanti dia menyesal sebab x sekolah dan ada sijil.. Memang la depa la tengah umur macam ni x fikir apa, asyik nak happy ja.. Bila ibu menegur tu ada la benda yang si ibu x suka dan ibu lakukan apa pun demi kebaikan anak2 tu sendiri tapi si anak selalu x pernah nak dengar cakap ibu ni dan selalu melawan kata balik ada la.. Bukannya x di nasihat dah jenuh dah nasihat ni di beri tapi masuk angin keluar asap ja la... Ini la kalau dah tersalah pilih kawan, kalau pilih kawan yg baik dan pandai jadi baik dan pandai la kita kalau pilih kawan yg jahat kita pun akan terikut2 menjadi jahat.. Aduh pening la kepala ni duk memikir hal anak2..

Hari ja dia keluar rumah dari pukul 8 pagi sampai la ni dah pukul 6 setengah sampai dah nak malam dah ni dia x balik2 jugak.. Sampai kan dsembahyang jumaat hari ni pun x pi..Cintamama pun x tau nak wat macam mana dah dengan dia ni..nak di pukul dah besar panjang.. sejak berkawan dengan budak2 yg kaki ponteng sekolah dia pun dah pandai ponteng sekolah.. sampaikan lari dari rumah pun dia dah biasa buat.. cintamama ni dah menangis x tau la banyak mana dah..kalau nak di ikutkan dia berdoasa besar sebab membuat kan cintamama ibunya menjatuhkan airmata .. bukan dia x tahu apa dosa jika ibu terasa atau buat ibu menangis tapi dia buat jugak..Cintamama dah x larat nak nagis dah... YaALLAh apa lah dosa cintamama sampai dapat anak yg macam ni..dulu kecik2 xde la dia jahat sangat..Baik orangnya dan dengar cakap mak ayah tapi sekarang semakin menjadi2 perangainya... 

Cintamama bukan nak memburuk2kan anak cintamama tapi ini sebagai pengajaran pada remaja2 yg selalu nak enjoy dan melawan cakap mak ayah dia,,, Sekolah la selagi ibu dan ayah masih mampu nak tanggung anda besekolah.. Memang sekarang ni seronok tapi di masa depan, bila nak cari kerja semuanya nak pakai sijil SPM..dulu2 boleh la pakai sijil PMR ja tapi di masa akan datang dah x laku dah sijil PMR ni..Hnaya SPM saja yg di pandang... Selagi boleh belajar lah sampai ke peringkat yg tertinggi dan buat mak ayah berbangga.. Bukannya buat mak ayah pening hari2 memikirkan masalah anak2 semua.. Satu lagi cintamama nak titik beratkan disini berkawan biarlah dengan orang yang sepatutnya..semakin banyak gejala yang tidak elok dan macam2 hal yang menjadi masalah dan semua tu punca keruntuhan moral anak2 muda sekarang..

Maish belum terlambat untuk anak cintamama untuk berubah..cintamama sentiasa mendoakan agar ALLAH melembutkan hati dia dan jangan melawan cakap.. Biarlah dia menjadi orang yg baik2 dan kalau segala doa cintamama ni di kabulkan ALLAH cintamama lah ibu dalam dunia yg paling seronok sekali.. Cintamama selalu nak kan yg terbaik untuk anak2 cintamama tapi mengapa dia x pernah nak faham hati cintamama..cintamama sayang kan dia.. kalau cintamama x sayang dia dah lama cintamama wat x peduli kat dia..tapi cintamama sayang dia..hanya dia anak lelaki yg cintamama ada.. sudah la adik bungsu lelaki dia dah xde di dunia ni..hanya adik perempuan yg dia ada.. kalau dia pun perangai x elok macam mana dia nak jaga adik perempuannya.. macam mama nak tunjuk teladan yg baik untuk adik dia.. Hadoiii pening pening...