Followers

Search my Blog

"GEDIKNYA"

SEKADAR GAMBAR HIASAN..

Selamat pagi pada semua blogger, wah dah lama rasanya tak ada apa-apa entry baru yang nak di paparkan..banyak yang nak di storykan tapi masa yang tak mengizinkan... Seronok jugakkan sambil menulis sambil dihiburkan oleh radio internet http://www.khaifm.com/Forums/index.php sesiapa yang nak join klik la link tu ye...Oklah berbalik pada citer kita tadi, apa topik yang nak dikongsi pada kali ini...Hemmm mula-mula nak story tentang "GEDIK"....Ya gedik, mungkin topik ini agak panas dan mungkin tak semua dapat menerima tapi disini aku ingin memberikan sedikit kata2 yang bagi aku harus semua dengar dan masing2 fikir2kanlah apa yg baik dan tidak....

Ok..berbalik pada story gedik ni, nak citer la sesuatu kisah yg terjadi di satu group kat FB ni...tapi mungkin semua orang pernah melalui kerenah yang macam ni kan...Ok2, berbalik citer tadi... Kita kalau meminati sesuatu benda atau orang jangan la tunjukkan sangat..Orang boleh perasan dan bau aroma2 kegedikkan tu, bukan tak boleh nak suka pada seseorang tapi biarlah berpada..harus difikir apa yang kita tulis tu bukan hanya kita saja yang membacanya tapi seluruh dunia dapat membacanya... Bukannya cemburu atau dengki, cuma bila aku sendiri merasakan apa yang aku baca tu sangat meloyakan dan meluat, apatah lagi orang lain diluar sana.. Hemmm fikirlah sendiri jawapannya...

Kisah ini tentang seorang minah gedik, x kisah la sesiapa dan sesiapa yang merasakan dirinya gedik hemmm janganlah terasa hati sebab inilah kenyataan yang kejam... Ok, tentang topik ni.. Sudah lama melihat segala yang dia post kat wall group dan komen2 yang dia balas... Cara dia semacam dia meminati si A dan si B ini...cara dia berinteraksi dengan kedua2 orang ini amat membuatkan sesiapa yang baca terasa meluat dan aku salah seorang dari pembaca yang merasakan apa yang ditulis itu kedengarannya amat manja dan hanya dia yang memiliki si A dan B ini... mungkin kerana dari cara layanan si A dan B yang juga melayan gelagat gedit minah ni, tu yang membuat dia bertambah2 sakan lagi kegedikkannya di group tu..

Pernah jugak la aku merajuk sebentar pada group ni yang selama ini aku hanya mendengar mereka saja dan x pernah beralih arah pada yang lain dan sebab kejadian yang telah membuat aku sedikit terasa lalu aku beralih arah ke group lain untuk mendengar... Bukan tak sayang dengan yang lama cuma aku merasakan selagi minah gedik tu ada selagi itulah x akan aman disitu... Kenapa orang lain boleh berbicara biasa dan tiada ayat2 yang boleh membuatkan diri tu di kencam hebat macam ni kan...Padan jugaklah dengan orang yang melayan kerenah si gedik ni.. Sama2 gedik dan mungkin si A dan B ni hanya terpaksa melayan kerenah pendengar tetapi tak payah la terlampau over sangat..nampak sangat tu...

Bila dilihat pada rupa minah gedik ni memang la ayu tapi takkan kerana dia rasa dia ayu dah boleh wat perangai yang macam tu.. Malulah dengan orang sekeliling dan diri  sendiri... Dan pada si A dan si B ni rasanya rupa pun boleh tahan je mungkin sebab suara mereka yang membuat sesiapa yang dengar rasa terbuai dan meminati si pemilik suara itu... Tapi si A dan B pun salah jugak sebab melayan kerenah si gedik ni.. Cuba kalau mereka pun wat biasa dan selamba je.. Ini tak, duk layan sekali dengan ayat2 yang lagi membuatkan si gedit tu bertambah2 seronok... Haaaa apa lagi, bertambah2 gedik la dia kat dalam group tu..

Entah kenapa orang2 sekarang ni dah tak dak rasa malu pada diri sendiri dan pada ALLAH.. Cubalah malu sikit, ini tidah buat perangai yang membencikan dan mengaibkan diri sendiri... fikir la kalau post2 yang di tulis tu di baca oleh mak, ayah, sedara mara kita...Apa kata mereka dan tak malukah anda pada mereka, lebih2 lagi dengan mak dan ayah kita... Mereka mesti malu bila sedara mara tahu yang kelakuan anak mereka macam ni dan akan jaja habis kat adik beradik yang lain.. Fikirlah apa kesannya pada mak ayah kita... Jangan kerana sifat gedik dan gatai tu ada, habis semuanya musnah... nak gedik boleh dan tak ada sesiapa yang larang tetapi jangan di tempat yang terbuka macam tu.. hang nak gedik dengan si A atau si B, pi lah gedik x heran pun tapi jangan di tempat terbuka, pi la kat skype nu...dosa ka apa ka tanggung la sendiri.. Yang penting mata ni dah tak sakit melihat kegedikkan korang kat dalam group lagi..

Pada sesiapa yang merasakan diri tu gedik, sory la nak cakap kalau ada yang terasa.. benda ni hanya untuk difikirkan dan dikongsi dengan semua agar apa yang orang tak suka tu janganlah buat.. Ubah2lah perangai menjadi lebih elok.. Rupa dah ada tapi perangai je yang tak cantik...Cubalah kalau kedua2nya sama cantik tentu semua sayang..Maaf sekali lagi kalau entry kali ni agak pedih untuk dibaca...

0 comments:

Post a Comment