Followers

Search my Blog

PERSAHABATAN YG TERJALIN


Hemmm mlm ni hingga la dah pagi ni, rasa terhibur dgn DJ ROY sampaikan mata yg nak tertidur pun boleh terjaga balik..Itulah penangan dari org yg bernama ROY...hati nak out dan nak tido tapi x p tido pun, akhirnya layan lagi radio di blog sambil tulis2 sedikit apa yg patut..
Walaupun mata dah rasa semacam je tapi oleh kerana kehadiran kawan2, suasana menjadi lebih meriah dan mcm tak mau off9 je...tapi tengok jam pun dah hampir ke 2:30 so tak jadi, terpaksa jugak undurkan diri..Kehadiran kawan2 dari GRFM jugak menceriakan kami disana..thanks POK DOGO DJ di GRFM yg aku rasakan memang terbaik, sora POK DOGO memang dinanti2kan aku setiap waktu..hehehe POK DOGO dgn taglinenya apa lagi kalau bukan aduhhh sayang...
Semua ni menceriakan hari2 aku yang kadang2 suram kadang2 cerah..Hemmm sayangnya aku pada sahabat2 di sana amat aku hargai dan tanpa korang semua yg telah menghiburkan, tak mungkin aku happy begini bila diri dlm keadaan yg sedih baru2 ni..Apa2 pun ija sayyammmm korang, semoga kita akan sentiasa bersahabat hingga akhir hayat kita selagi nafas masih ada dan selagi itulah juga kita bersahabat..aduhhhh sayanggg

BILA CEMBURU MENGUASAI DIRI

Salam para blogger yg beragama islam dan selamat pagi utk semua x kira apa agama yg dianuti.. Pagi2 ni nak share satu story tentang cemburu dan persahabatan...haaaa dgr tajuk dia pun cam menarik je kan...jom kita mulakan..
Ini kisah yg terjadi pada diri sendiri, bukan nak buka citer or malukan pihak2 tertentu tapi sakit hati ni dah x tahan lagi.. Hanya kerna like dan komen kat wall boy dia, dia cemburu dan bukannya sis komen apa pun just say hai and jwb salam, yg tu je.. Takkan sbb tu pun nak cemburu, sampai siap dia wat status kat wall dia kondem2 sis dan keluar ayt2 yg pedih..
Dimana rasa hormat dia sebagai org yg muda dan berpangkat adk dgn sis yg lebih tua hingga dia mengeluarkan kata2 yg xsedap didengar..kalau sis salah faham atau dia tujukan kat org lain itu x tau la, tapi bila jawapan yg dia bagi tu menjurus ke sis maknanya dia kata sis la...Sakit hati ni bila org yg kita anggap sebagai adk kita buat kita mcm ni..
Tergamak dia kata sis ni pompuan gatai x sedar diri dah kawin dah tua dan ada ank tapi duk mengatai dgn boy dia...kalau korang di tempat sis, apa perasaan korang bila baca..ni bukan antara dia dgn sis je yg baca tapi satu dunia baca..Sakit hati ni bila baca status dia yg mcm tu..Dalam hati ni x ada niat pun nak kacau org apatah lg nak mengatai  dgn boy org..
Sis sedar siapa diri ni dan masih ingat status diri yg dipegang tapi xpernah pun komen yg melebih2 dan sis tau batas2 pergaulan.. kalau korang x tau la kan, x kawin lagi tah2 dah lebih2 mcm org yg dah kawin...haaaa ni geram ni, jgn sampai sis keluarkan kata2 yg pedas yg x boleh korang terima...mulut sis ni pun boleh tahan kalau maki hamun org, jgn bagi aku marah(haaaa kan dah keluar bahasa aku).. 
Sis tak mau nak marah2 org tapi kalau dah melebihi tahap kesabaran diri ni, sabar sampai mcm mana pun lama2 akn meletup jgk kan..Sebelum lebih parah biarlah sis yg beralah walau pun sepatutnya dia sebagai adk yg patut beralah dan mintak maaf..dia sepatutnya siasat duduk pekara yg sebenar..Jangan hanya kerna cemburu buta dia hilang seorang kakak..walau pun dia mungkin x anggap diri ni sebagai kakak dia tapi apa daya diri ni terlalu baik dgn org dan akhirnya mcm ni yg dibalas..
Susah bila kebaikan kita disalah ertikan dan cemburu x bertempat..cemburu terlampau sangat akhirnya akn memakan diri sendiri..sesungguhnya hati ini ikhlas dalam bersahabat dan x mahu mencari musuh apatah lg skandel.. Sedar diri dah berkahwin dan salahkah sis kalau adk2 sis datang berbual dan meluahkan rasa hati mereka pada sis dan mtk sedikit nasihat dan tunjuk ajar..Itu sbb mereka hormat dan anggap sis mcm kakak mereka, tapi dia yg sis dah anggap mcm adk sendiri boleh cemburu hanya kerna like status di wall boy dia hemmmm susah nak puaskan hati semua org..
Andai ada yg rasa tergugat, xyah la rasa mcm tu..sis ni bukan siapa2 pun..hya seorang yg lemah dan x mahu mencari masalah dan dlm hidup nak ceria je..tapi oleh kerana pekara ini sis dah mengalirkan air mata padanya sampai mata sis bengkak2 sbb nagis je...sekarang sis nak tanya korang patut tak sis remove atau block je terus dia dan boy dia dri kamus fb sis...sis harap korang faham niat sis ni, sis bkn mencari salah sesiapa tapi jgnlah salahkan sis bila sis baik dgn semua org.. buat baik dgn org pun salah, semuanya serba tak kena..sekarang sis nak korang jwb dgn jujur dan ikhlas..salah ka sis like status boy dia ..apa gunanya kawan kalau x like status kawan2 dia kan...

APA WAYANG KEGEMARAN KORANG

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Salam para blogger2 sekelian, letih jgk bila asyik terlompat sana terlompat sini, haaaa nak tau ke kemana yg cintamama duk lompat ni..hehehe tentu la kejap ke FB kejap ke blog...x letih namanya, kalau dibiarkan sedar2 tgk noti dah byk haaaa sure miss byk komen kan kalau x g jenguk kat sana sat....

Apa topik kita nak citer ye...hemmm apa kata kita bual tentang filem, ya la..filem yg mcm mana korang suka tgk dan apa filem yg korang suka...korang jangan la malu2 dan segan2 nak ckp kat sini, kite2 je yg tau kan hehehe..cer citer cer citer...tapi sebelum tu biarlah cintamama story ckit apa jenis citer yg cintamama suka ok...

Cintamama suka jenis filem love story, aksi, lawak yg ala2 cintan cintun ckit dan seram...tapi lebih pada love story dan aksi la...kalau tgk citer love story sure menangis sampai teresak2 lah...sbb air mata wanita mudah jatuh dan hati mudah tersentuh...kalau ada yg x mudah menangis, tu x tau la pompuan yg jenis mcm mana kan...kadang2 ada jgk lelaki yg menangis tgk filem sedih2 ni...korang caya x, hehehehe entahla kan, sapa yg rasa dia sensetif dia sendiri je yg tau kan...

Filem yg x memberi kesan pada hati cintamama adalah OMBAK RINDU sbb x menangis pun pada hal citer tu adalah yg plng best, kalau baca kat novel la...tapi bila tgk filem dia hancurrrr sbb xde fill tu yg xrasa  apa2..haaa citer yg satu ni memang cintamama suka sangat, nak tau citer apa haaaaaa tentu la citer korea..bagi p lah apa2 citer pun janji korea dan hero yg macho2 sure tgk x terkelip2 dah hahahaha...sbb minat kat mamat2 korea ni, minat xpe kan bukan boleh ambik pun hehehehe....lagi satu filem hindustan, kalau tgk aduhhh sure x sedar mak mertua lalu belakang..nuuu asyik duk leka tgk saif ali khan, hirtik roshan, shahrukh khan, shahid kapoor dan ramai lah lg tgh duk menari kat tb nu hehehehe....sampai mcm tu sekali la pnya minat...kalau tgk citer aksi, hemmm ni yg best ni...dengan2 cintamama sekali nak beraksi, apa xnya..mulut cintamama pun bising duk bunyi sama hahahahaha....akhir sekali bila tgk citer seram, haaaa yg ni yg takut ni...hati nak tgk tapi takut, akhirnya tgk di balik celah2 jari hehehehehe lawak x...sbb tu kalau tgk citer seram x suka tgk mlm2 takut termimpi2 plk..kalau tgk siang2 xpe.. xlah seram sangat kan sbb cerah...bila tgk sorang2 lg la takut...

Ok, sekarang cuba korang plk citer apa filem yg korang suka tgk dan apa sebab musababnya .....xkan x leh kongsi2 sikit dgn cintamama kan...citer la, x kesian ka dah letih cintamama bercerita xkan xde yg nak share kut...sure korang suka tgk wayang kan haaaa citer la...xkan malu kut...adehhhhh malu la plk...

EHHH SAMA LA

SEKADAR GAMBAR HIASAN
Selamat pagi semua, hari ni baru je balik dari rumah org kawin, tapi x kawin lg la...baru p sersiang2 bawang..esk baru kenduri..letih jgk la. Tapi hari ni bkn nak citer tentang kenduri tapi tengtan latar belakang blog...

Punya la tukar latar belakang blog ni sampai x perasan yg blog ni sama dgn blog adk kite si CF tu, adehhh sama la plk kan...Tapi biar lah dah x larat nak tukar dah...biasa la kalau sama, nak wat camne dah satu compeny dia pnya latar belakang...sory ye dik CF sbb tersama, kak x tiru tau tersama je hehehehe..mungkin sbb mata ni terbekenan la sangat corak dan kala dia yg membuat aku nak latar belakang ni...harap2 xde la lagi apa2 perubahan lepas ni...letih oooo kalau nak ubah lagi, semua nak kena susun atur balik dan yg tu yg rumit dan fening tu hehehe...

Mungkin sesuai dgn status aku yg dah kawin ni kan..maka biarlah tempelet dia aku kekal kan..nak buang pun aku x pandai, kalau aku buang nanti habis la hilang dia punya riben love tu..yg tu la cantik dan kalau buang habis lah serinya...maka biarlah disitu dan aku pun bknnya pandai nak buang hehehe...lawak la aku ni, cakap tu mcm la dia pandai sangat tapi hampesss hahahaha...dik CF jgn marah ye sbb kita pnya blog sama tapi dik CF punya lagi cantik, yg kak pnya biasa2 je..maklumlah x pandai bab2 IT ni...buat pun main hentam je..jadi ke x belakang citer...janji aku ada blog hahahaha..wahhh gelak mengalahkan org menang judi..oppsss tersebut sudah, haippp x baik la sebut judi2 ni..adehhh apa la aku ni kan, ok2 stop dah cakap yg bukan2 ni..haiii apa yg aku melalut pun x tau lah...apa2 pun aku dah buas hati dah dgn latar belakang ni harap xde la lagi sebarang penukaran kan...

"GEDIKNYA"

SEKADAR GAMBAR HIASAN..

Selamat pagi pada semua blogger, wah dah lama rasanya tak ada apa-apa entry baru yang nak di paparkan..banyak yang nak di storykan tapi masa yang tak mengizinkan... Seronok jugakkan sambil menulis sambil dihiburkan oleh radio internet http://www.khaifm.com/Forums/index.php sesiapa yang nak join klik la link tu ye...Oklah berbalik pada citer kita tadi, apa topik yang nak dikongsi pada kali ini...Hemmm mula-mula nak story tentang "GEDIK"....Ya gedik, mungkin topik ini agak panas dan mungkin tak semua dapat menerima tapi disini aku ingin memberikan sedikit kata2 yang bagi aku harus semua dengar dan masing2 fikir2kanlah apa yg baik dan tidak....

Ok..berbalik pada story gedik ni, nak citer la sesuatu kisah yg terjadi di satu group kat FB ni...tapi mungkin semua orang pernah melalui kerenah yang macam ni kan...Ok2, berbalik citer tadi... Kita kalau meminati sesuatu benda atau orang jangan la tunjukkan sangat..Orang boleh perasan dan bau aroma2 kegedikkan tu, bukan tak boleh nak suka pada seseorang tapi biarlah berpada..harus difikir apa yang kita tulis tu bukan hanya kita saja yang membacanya tapi seluruh dunia dapat membacanya... Bukannya cemburu atau dengki, cuma bila aku sendiri merasakan apa yang aku baca tu sangat meloyakan dan meluat, apatah lagi orang lain diluar sana.. Hemmm fikirlah sendiri jawapannya...

Kisah ini tentang seorang minah gedik, x kisah la sesiapa dan sesiapa yang merasakan dirinya gedik hemmm janganlah terasa hati sebab inilah kenyataan yang kejam... Ok, tentang topik ni.. Sudah lama melihat segala yang dia post kat wall group dan komen2 yang dia balas... Cara dia semacam dia meminati si A dan si B ini...cara dia berinteraksi dengan kedua2 orang ini amat membuatkan sesiapa yang baca terasa meluat dan aku salah seorang dari pembaca yang merasakan apa yang ditulis itu kedengarannya amat manja dan hanya dia yang memiliki si A dan B ini... mungkin kerana dari cara layanan si A dan B yang juga melayan gelagat gedit minah ni, tu yang membuat dia bertambah2 sakan lagi kegedikkannya di group tu..

Pernah jugak la aku merajuk sebentar pada group ni yang selama ini aku hanya mendengar mereka saja dan x pernah beralih arah pada yang lain dan sebab kejadian yang telah membuat aku sedikit terasa lalu aku beralih arah ke group lain untuk mendengar... Bukan tak sayang dengan yang lama cuma aku merasakan selagi minah gedik tu ada selagi itulah x akan aman disitu... Kenapa orang lain boleh berbicara biasa dan tiada ayat2 yang boleh membuatkan diri tu di kencam hebat macam ni kan...Padan jugaklah dengan orang yang melayan kerenah si gedik ni.. Sama2 gedik dan mungkin si A dan B ni hanya terpaksa melayan kerenah pendengar tetapi tak payah la terlampau over sangat..nampak sangat tu...

Bila dilihat pada rupa minah gedik ni memang la ayu tapi takkan kerana dia rasa dia ayu dah boleh wat perangai yang macam tu.. Malulah dengan orang sekeliling dan diri  sendiri... Dan pada si A dan si B ni rasanya rupa pun boleh tahan je mungkin sebab suara mereka yang membuat sesiapa yang dengar rasa terbuai dan meminati si pemilik suara itu... Tapi si A dan B pun salah jugak sebab melayan kerenah si gedik ni.. Cuba kalau mereka pun wat biasa dan selamba je.. Ini tak, duk layan sekali dengan ayat2 yang lagi membuatkan si gedit tu bertambah2 seronok... Haaaa apa lagi, bertambah2 gedik la dia kat dalam group tu..

Entah kenapa orang2 sekarang ni dah tak dak rasa malu pada diri sendiri dan pada ALLAH.. Cubalah malu sikit, ini tidah buat perangai yang membencikan dan mengaibkan diri sendiri... fikir la kalau post2 yang di tulis tu di baca oleh mak, ayah, sedara mara kita...Apa kata mereka dan tak malukah anda pada mereka, lebih2 lagi dengan mak dan ayah kita... Mereka mesti malu bila sedara mara tahu yang kelakuan anak mereka macam ni dan akan jaja habis kat adik beradik yang lain.. Fikirlah apa kesannya pada mak ayah kita... Jangan kerana sifat gedik dan gatai tu ada, habis semuanya musnah... nak gedik boleh dan tak ada sesiapa yang larang tetapi jangan di tempat yang terbuka macam tu.. hang nak gedik dengan si A atau si B, pi lah gedik x heran pun tapi jangan di tempat terbuka, pi la kat skype nu...dosa ka apa ka tanggung la sendiri.. Yang penting mata ni dah tak sakit melihat kegedikkan korang kat dalam group lagi..

Pada sesiapa yang merasakan diri tu gedik, sory la nak cakap kalau ada yang terasa.. benda ni hanya untuk difikirkan dan dikongsi dengan semua agar apa yang orang tak suka tu janganlah buat.. Ubah2lah perangai menjadi lebih elok.. Rupa dah ada tapi perangai je yang tak cantik...Cubalah kalau kedua2nya sama cantik tentu semua sayang..Maaf sekali lagi kalau entry kali ni agak pedih untuk dibaca...

KEJAP ADD KEJAP OUT....

Hai para blogger...sempena cuti2 ni, x kemana2 ke???? Bagi sis plk x kemana pun, skrg selalu hujan belah petang, nak jln2 pun rasa susah dan x seonok je.. Tapi hari ni nak cerita tentang FB...hemmmm mcm mana ye nak terangkan, ok2.. mula2 nak ucapkan terima kasih banyak2 pada teman2 yg dah add sis di FB dan sudi jadi kawan walau pun jarak umur kita jauh berbeza..dalam berkawan x pandang semua tu, asal ikhlas berkawan umur x jadi masalah...berbalik pada cerita tadi, sis ada sedikit terkilan pada teman2 yg baru ni jgk..bukan semua sesetengahnya saja... pada mula2 mereka add sis, kenapa x fikir panjang dan siasat status sis ni, berapa umur dan semuanyalah..sis bukannya tutup ruang status diri..semua boleh tgk...dah tertulis disitu ada umur dan status sis...kalau rasa nak kawan add je dan rasa x sesuai x yah la add..ni wat hati sakit je bila dah penat2 kita aprove dia suka2 hati plk nak remove...hemmm geram jgk bila bagun pagi tgk angka friends menurun, bknnya x pernah jadi mcm ni, dah selalu sangat cuma hari ni yg ketara sangat..dari angka 775 tinggal 763 haaaaa sapa nak jawab tu...

Bukannya di kejar angka yg byk tapi rasa sedih la cikit dan dah berkali2 dah sis bagi amaran di FB kalau serius nak kwn baru add kalau x jgn dok gatai2 tangan nak add..wat org meluat je, bila ada yg nak kwn kita plk x mau sbb dia mcm syot ckit perangainya dan bila kita nak berkawan korang x ikhlas dlm persahabatan plk...haru biru sungguh la...kalau nak di kata x matang, semua dah ada akal fikiran yg waras dan boleh berfikir dgn hati yg tenang.. bknnya nak salahkan sesiapa tapi hati sedikit terguris bila kita anggap mereka kwn kita dan mereka plk sebaliknya...betulah org kata mencari kawan sejati ni bukannya mudah dan kwn bila dlm senang memang byk dan bila kita dlm kesusahan semua lari lintang pukang...haaaa, disini kita boleh lihat siapa yg benar2 kwn baik kita...

Berbalik pada add meng-add tadi, cukup2 lah korang add...jgn sampai lepas ni sis x aprove langsung permintaan friend korang..geram di hati ni masih lagi sakit dan kalau diikut kan hati mau je nak tau siapa la yg dok add pas tu leave mcm tu je...hampehhhh betul org yg mcm ni...org yg mcm ni memang x boleh dibuat kwn..wat semak ruang FB je...hemmmm ok lah geram di hati pun dah agak cool cikit...lepas ni nak wat dono je...mampus pi la korang nak jdi lagu mana pun ...ada aku kesah, aku tak kesah langsung...haaaaa tu dia dah keluaq dah bahasa2 kasar yg kalau boleh nak dielakkan...tapi main dgn sakit hati ni apa pun tak bolehhhh....