Followers

Search my Blog

UBAT OH UBAT..


Ubat...sememangnya ubat bukan kegemaran semua orang, tapi cintamama suka dengan ubat dan cintamama mudah untuk makan ubat...haaa disini cintamama nak cerita sedikit tentang pengalaman anak cintamama..dia bukan yang jenis suka makan ubat dan dia memang payah kalau cintamama nak suruh dia makan ubat..puas berkelahi baru boleh habis semua ubat yang dia kena makan...

Hari ini saja cintamama naik pening kepala sebab anak cintamama.. dia sakit kepala dan cintamama pun bawa dia ke klinik untuk diperiksa..doktor cakap dia kena migrane...balik di rumah nak makan ubat la kan, tapi ya ALLAH...punya susah, dah naik sakit kerengkong cintamama dok bertekak dengan dia, sebab dia tak boleh nak telan ubat tu... dari kecil sampai sekarang dah besar..dah tingkatan dua pun masih payah nak makan ubat..dulu semasa kecil dia payah nak makan ubat air, setiap kali nak makan ubat siap berjampi dulu adoi punya la pening kepala cintamama ni...hari ini pun dia payah nak makan ubat jugak, kena pulak ubat yang besar-besar lagi dia tak boleh nak telan..cintamama dah puas bercakap tapi dia tak boleh-boleh nak telan jugak..adoi sakit hati betul..

Adik dia pulak kalau bab makan ubat nak saja...si adik ni tak takut nak makan ubat berlainan dengan si abang dia... adik dia kalau kita suruh makan ubat dia senang makan dan tak banyak kerenah dan cintamama pun tak pening kepala sangat kalau dengan si adik ni..yang dok sakit kepala dengan si abang ja, hari ni si abang nak makan ubat migrane tapi cintamama yang nak migrane balik..awat yang tak migrane balik haaa dah dok bertempik dengan dia suruh telan ubat tu...dah la cintamama pun ada migrane jugak, tapi nasib baik la tak datang balik migrane cintamama ni hehehehe....

Korang pulak suka tak makan ubat dan payah atau senang makan ubat.. mari kongsi dengan cintamama pengalaman korang tentang ubat..ok..

0 comments:

Post a Comment