Followers

Search my Blog

11.11.11

gambar hiasan saja
Pada hari khamis yang lalu adalah hari lahir anak cintamama dan pada hari berikutnya pulak iaitu semalam (hari jumaat) adalah hari dia meninggal dan dia pergi selamanya meninggalkan cintamama...banyak orang kata tarikh semalam 11.11.11 adalah tarikh yang sangat cantik dan ada ong la kan...tapi bagi cintamama tidak...tarikh itu memberi satu kenangan yang sedih pada keluarga cintamama...anak cintamama dah pergi meninggalkan cintamama semalam genaplah masuk dua tahun dan kalau dia ada pada hari ini tentu dia sudah pandai berjalan, berlari dan segala-galanya lah...

Biar pun semalam adalah hari pernikahan anak kawan cintamama..dan mereka berkahwin jatuh pada hari kematian anak cintamama pula..apa pun cintamama tetap mendoakan mereka agar bahagia dan biarlah duka itu cintamama saja yang tanggung..cintamama tak mahu merosakkan hari bahagia mereka dengan hari kematian anak cintamama pula...mungkin cintamama tak bertuah untuk memiliki anak ini dan dia lebih disayangi ALLAH...cintamama redha dengan segala yang terjadi dan cintamama dah menerimanya dengan hati yang terbuka..cuma terkilan sedikit saja...

Terkilan sebab cintamama tak sempat untuk menyusukan anak cintamama dan dia pergi sebelum sempat cintamama peluk dan cium dia...pilunya hati cintamama hanya ALLAH yang tahu bila terkenangkan dia pada tarikh keramat itu....sudahlah selama enam tahun cintamama menunggu tapi akhirnya pergi juga meninggalkan cintamama...sampai sekarang sudah masuk dua tahun dia pergi tapi tanda-tanda ahli baru masih tiada juga...memang cintamama susah untuk mendapat baby..bayangkan saja anak-anak cintamama dua-dua orang jarak diantara mereka sebanyak enam tahun dan yang bungsu ini pun enam tahun jugak..tapi tiada rezeki dia tidak sempat untuk berada didunia ini lebih lama...

Walau pun orang lain gembira tapi hati cintamama tetap merindui dia..bayangkan sembilan bulan cintamama kandungkan dia didalam rahim ini tetapi hanya dengan sehari dia tiada lagi dengan cintamama..sakitnya hati dan pedih atas kehilangannya tak dapat cintamama katakan lagi...cintamama harap suatu hari cintamama tak akan melupakan wajahnya yang comel dan tembam itu..cintamama rasa dia lah yang paling comel dari abnag dan kakaknya...apa pun ini mungkin takdir cintamama tidak dapat bersama dengannya...walau sedih hati sayang padanya dengan sepenuh jiwa raga ini..hanya dia yang cintamama rindui...dialah anak cintamama yang bernama Mohamad Ikhram...Ikhram sentiasa di hati mama...

UBAT OH UBAT..


Ubat...sememangnya ubat bukan kegemaran semua orang, tapi cintamama suka dengan ubat dan cintamama mudah untuk makan ubat...haaa disini cintamama nak cerita sedikit tentang pengalaman anak cintamama..dia bukan yang jenis suka makan ubat dan dia memang payah kalau cintamama nak suruh dia makan ubat..puas berkelahi baru boleh habis semua ubat yang dia kena makan...

Hari ini saja cintamama naik pening kepala sebab anak cintamama.. dia sakit kepala dan cintamama pun bawa dia ke klinik untuk diperiksa..doktor cakap dia kena migrane...balik di rumah nak makan ubat la kan, tapi ya ALLAH...punya susah, dah naik sakit kerengkong cintamama dok bertekak dengan dia, sebab dia tak boleh nak telan ubat tu... dari kecil sampai sekarang dah besar..dah tingkatan dua pun masih payah nak makan ubat..dulu semasa kecil dia payah nak makan ubat air, setiap kali nak makan ubat siap berjampi dulu adoi punya la pening kepala cintamama ni...hari ini pun dia payah nak makan ubat jugak, kena pulak ubat yang besar-besar lagi dia tak boleh nak telan..cintamama dah puas bercakap tapi dia tak boleh-boleh nak telan jugak..adoi sakit hati betul..

Adik dia pulak kalau bab makan ubat nak saja...si adik ni tak takut nak makan ubat berlainan dengan si abang dia... adik dia kalau kita suruh makan ubat dia senang makan dan tak banyak kerenah dan cintamama pun tak pening kepala sangat kalau dengan si adik ni..yang dok sakit kepala dengan si abang ja, hari ni si abang nak makan ubat migrane tapi cintamama yang nak migrane balik..awat yang tak migrane balik haaa dah dok bertempik dengan dia suruh telan ubat tu...dah la cintamama pun ada migrane jugak, tapi nasib baik la tak datang balik migrane cintamama ni hehehehe....

Korang pulak suka tak makan ubat dan payah atau senang makan ubat.. mari kongsi dengan cintamama pengalaman korang tentang ubat..ok..

SUASANA RAYA PUASA DAN KORBAN

Hai semua para2 blogger..rasanya dah lama tak up date status baru kat sini..Semuanya sihat tak,harap-harap sihat la kan..hari ini dah raya yg ke 3, banyak tak korban kat tempat korang..kat sini boleh tahan banyak jugak hehe...hari ini nak citer pasai apa ya,eemmhhhh apa kata kita citer pasai raya kali ni...

Raya korban dgn raya puasa rasanya suasananya tak sama kan..betoiii tak? Sbb...nak tau sbb dia, sbbnya kalau raya puasa suasananya sangat meriah  dan hapening sekali sambutannya..persiapan rumah pun wahhh super duper cantik kan..hehehe...kuih2 raya pun byk tak terkira tu tak termasuk duit raya lg..haaa duit raya utk raya puasa mesti kena siapkan kalau tak...tak best la kan hehehe..makanan pulak wahhh mcm2 ada, kiranya naik sakit perut jgk la mkn hehe..satu lagi kalau mkn ketupat heemmm mesti x ingat dunia punya kan...kalau ada ketupat dan lemang mesti la ada rendang dan serunding..sedappppp tu..

Haaaa kalau raya korban plk tak rasa sangat kemeriahan nak rayanya..sbb, persiapan pun ala kadar je..kuih pun rasa2nya x buat pa..kalau ada pun 2-3 jenis je kut...ketupat mesti ada la...selalunya raya korban ni byk benda makan yg simple2 je seperti laksa, bihun sup, nasi beriani, nasi tomato, lontong, soto dan mcm2 lagilah...mkn yg mcm tu selalunya di hari raya korban...sbb kalau raya korban ni byk kenduri yg nak kena pi..rata2 tempat mesti ada korban dan kalau ada korban mesti la ada kenduri hehehe..sedappppp... nak2 lagi rebus daging cicah air asam peerrrhhhh terangkat gitu hehehe...duit raya plk selalunya di hari raya korban x disediakan..tu pun ikut sesetengah org la kan..lain org lain ragamnya dan kalau yg berkemampuan dia sedialah duit raya...

Mungkin raya puasa kita rasa seronok nak raya sbb kita berpuasa selama sebulan dan kita x sabar menanti hari2 berakhirnya puasa utk merayakan hari yg gembira setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa dan tiba masanya kita merayakan raya puasa plk..tapi bagi raya korban kita x puasa dan kita boleh makan dan minum dan mungkin itu jgklah sbbnya kita x rasa apa2 dan tiba2 je dah nak raya plk...mungkin itulah perbezaannya suasana kedua2 perayaan ini...mungkin bdk2 rasa seronok tapi bg kita yg dah berumur xde rasanya lg...heemmm anda bagaimana plk, best ke x raya anda...