Followers

Search my Blog

PENCURI CINTA (sinopsis)


*SINOPSIS ~ PENCURI CINTA*

Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafiz muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.

"Tapi tak mustahil abang utamakan Natasha dan beritahu dia segala-galanya, sampaikan makan malam ini pun kena ikut cakap dia, kalau Natasha tak bagi idea suruh abang ajak Laila keluar makan demi menegakkan konsep belaku adil yang disarankan oleh papa abang tu, adakah sekarang kita berjumpa di sini? Mungkin abang sedang duduk makan dengan Natasha dan meluahkan rasa tak puas hati tentang perangai Laila, kan?"~ LAILA.

"Nampak seperti hanya saya seorang saja yang berusaha keras menjaga hati keluarga kedua belah pihak, tapi siapa nak jaga hati saya? Saya letih seharian dengan kerja-kerja di pejabat dan selepas itu berkejar mendapatkan Laila dan kemudian Natasha. Saya puaskan hati mereka, tak mahu ada kompelin saya tak belaku adil, tapi di penghujung hari... siapa yang pedulikan saya?"~SAFUAN.

"Perasan boleh dipupuk, sayang boleh menjadi cinta yang mendalam. I tak salahkan you kalau you sayangkan Laila lebih daripada you sayangkan I, sebab I terima... Laila tu anak dara, I ni emak budak, kan?"~NATASHA.
~~~~
novel ni best sangat2, kisah cinta berpoligami dan kuasa sihir menguasai diri bila diri terlalu obses dengan cinta dan bagaimana suami perlu berlaku adil tapi di penhujung cerita ni Safuan hanya menikahi Laila dan hidup bahagia dengan cahayamata mereka yang comel..hemmm nak tau apa jadi dengan Natasha? haaa kena la beli dan baca apa yang terjadi pada Natasha..beli jangan tak beli..

SIAPA ORANG GAJIKU(sinopsis)


*SINOPSIS ~ SIAPA ORANG GAJIKU*

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sajaha. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang  degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasna. Sementara itu, kehadiran aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal Iskandar, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?
~~~~~
begitulah serba sedikt sinopsis novel yang bertajuk "SIAPA ORANG GAJIKU" tak rugi beli novel ni.. aku puas hati baca, sangat menarik dan ending dia pun best.. nak tau kena la beli ok...

MY NOVEL...

antara koleksi novel2 aku....
Novel dan aku tak dapat dipisahkan..macam aku dengan k-pop lah jugak :) Kalau nak dikirakan duit ringgit ni da tak tau dah banyak mana habis sebab novel ja.. Mungkin bagi orang lain itu satu pembaziran tapi aku tak kisah apa orang nak cakap yang penting itu hobi aku dan kita memang di galakkan rajin membaca, tak kisahlah baca apa jenis buku pun.. Jangan buku yang tak senonoh sudah la kan..

Rasa2nya dah tak terkira banyaknya novel yang aku baca sampai aku sendiri pun tak ingat.. Setiap kalai ke mall atau mana2 tempat yang ada kedai buku, mesti aku tak lepaskan peluang untuk tinjau2 apa novel2 yang terbaru dan yang belum aku baca lagi.. Bila dapat baca ia satu kepuasan dan mungkin bagi kaki2 novel dan love story mesti satu pendapat dengan aku kan, nak2 lagi facial expressions kita bermacam2 style.. sekejap tersenyum sekejap sedih sekejap tersipu2 malu dan yang paling syok tu ni mesti semua orang selalu alami bila baca novel love story hemm apa lagi kalau bukan nagis sampai bengkak mata2.. Semua yang aku sebut tu ada kat aku.. Kadang2 bila dah ending pun still nagis lagi.. Sampai orang kata kat aku " hai baca buku pun nagis".. Haaa tu la orang tak tau, kita bila baca novel ni kena menghayati baru masuk dalam jiwa story tu..kalau tak, tak akan faham story line dia.. Satu lagi kita mendapat kepuasan yang sangat2 seronok dan yang tu hanya kaki2 novel saja yang tahu..

Contoh novel yang paling banyak aku ulang baca adalah "Bicara Hati"... story dia sangat2 best dan bila di dramakan aku pun teruja sangat2 nak tengok.. Tapi akhirnya hampa sebab pada permulaan cerita dia ok best sangat macam yang dalam novel tapi bila dah sampai pertengahan dan ending dia mula dah lain sikit story line dia... Tapi kira ok lah...Ok lah aku pun dah penat duk pok pek pok pek duk story about novel aku ada masa kita pok pek pok pek lagi nuuuu hehehehe...