Followers

Search my Blog

KELAHIRAN DAN KEMATIAN

sekadar gambar hiasan..
Hari ini adalah hari yg paling buat aku x gembira, walau pun org tgk aku ceria dan happy je tapi dlm hati x siapa tahu betapa hari ini aku sedih dan rindu pada seseorang yg aku sayang..semalam dan hari ini adalah hari yg x ingin aku lalui dalam hidup aku.. tapi aku x dapat nak elak dan  harus laluinya walau pun aku suka atau tidak..

Sebabnya hari ini adalah hari kembalinya anak bungsu ku kerahmatullah.. genap 3 tahun dia pergi dan semalam adalah hari lahir beliau dan hari ini hari kematian beliau..bohonglah kalau aku ckp aku x sedih, tentu la sedih sbb aku kandungkan dia dlm rahim ni 9 bulan lebih..kemana saja aku pergi aku bawa dia dlm rahim ku ini.. lahir2nya dia ke dunia ni x sempat pun aku nak pegang apa tah lg menyusukan dia lg x sempat..sbb lahir2nya dia ke dunia ni terus di masukkan ke NICU bayankan keadaan aku yg ketika itu baru melahirkan dan melihat keadaan anak aku yg kritikal dgn wayar2 beselirat di tubuh badannya airmata ibu mana yg dapat menahan keaadan ketika itu..aku coba x mau menangis dan nak tahan agar air mata ni jgn turun tapi tiba ja aku dlm bilik NICU dan terlihat saja kelibat anak aku, mula la air mata ni turun tanpa di suruh..sampai sekarang dah 3 tahun berlalu aku masih lagi ingat keaadan hari itu..sedih hanya ALLAH yg tahu..

Hidup perlu di teruskan dan org yg tiada x akn kembali lg dan yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan dan kenangan biarlah ianya tersimpan dlm hati ini selamanya.. Walau sedih harus di tahan agar hidup dapat di teruskan bersama2 org yg masih ada dalam hidup ini..

30 JAM TAK TIDUR2


Assalamualaikum..... hari ini bagun dengan penuh rasa kecerian dan semangat, maklumlah semalam selama 30jam x tidur2.. balik ja dari kenduri kawin berdekatan rumah ni terus tidur,tapi x lama jugak tidurnya pun... Cuma dapat tidur dlm 2 jam ja, tu pun dah kena gerak bagun solat hemm tapi mata punya la ngatok mcm x boleh nak bagun..gagahi jgk untuk bagun.. solat mana leh tinggalkan, bagun je terus capai towel dan mandi dan gi solat.. Habis je solat ingat nak sambung tidur tapi x jadi la plk.. Terus je capai laptop sambung tgk drama korea...haaaa kalau nak tau sbb apa yg boleh x tidur sampai 30 jam tu...haaaa ni la sbbnya tgk drama korea punya pasal hehehe...bkn apa x sedar pun yg masa dah berlalu, tgk2 org dlm rumah ni dah bagun tuk solat subuh ja...tapi x jgk habis di situ, lepas solat subuh ja sambung blk tgk drama korea sampai la dah dekat nak gi kenduri kawin baru la laptop ni di off kan...cian gak dgn laptop ni x rehat2 dia, kalau dia boleh ckp dah lama dia kata "tuan aku dah letih ni, lapar air dah ni..aku panas dah ni huhu " haaa cian kan laptop aku hehehehe...

Malam tadi ingat nak bukak la Facebook tapi x jadi sbb mata ni dah x larat nak angkat lagi, so mlm tadi ingat nat tidur awai la kononnya..tapi tetap dah dekat kul 12 lebih baru leh tidur.. tu pun sekejap jaga sekejap tertidur depan TV hehehe..bila betul2 jaga tgk2 jam dah 12 lebih dgn TV duk bercakap sorang tanpa ada yg menonton hehehe..Bagun terus off semua power dan off lampu terus naik katil tidur... sedar2 jam loceng dah bunyi gerak bagun subuh... so sekarang sambil aku duk basuh kain sambil duk menulis di sini la, mana lagi kalau bkn blog kesayangku ini..byk keja yg nak kena buat pagi ni tapi still nak kena bkk jgk blog ni, dah lama rasanya x bkk..bkn boleh tinggal lama2 blog ni nanti rindu hehehe...cuma hari ni ada sedikit pekara yg menyedihkan tetap kena wat mcm ceria..apa sbbnya aku x ceria biarlah di entry seterusnya aku storykan..

Aku hairan mcm mana org boleh tidur lama2 sedangkan aku x boleh dan satu lg jenis org yg tidur awai ni..jam dah kul 9-10 dah nak masuk tidur tapi aku ni plk kalau jam x ke angka 12 lebih x tidur2..paling awai aku tidur jam 12 tengah mlm dan paling lewat kul 3 pagi la dan paling2 lewat sekali x tidur2 sampai ke subuh hehehe...tapi selalunya time 3 pagi la baru tidur..apa aku buat sbb tidur lewat hemmm aku tgk FB kdng2 main games d FB 2 dan ada masanya aku tgk drama korean on9 tu yg boleh tidur lewat tu.. tapi x leh nak wat apa dah..mata ni dah set mcm tu dah x leh nak tidur awai melainkan badan ni betul2 letih sangat2 dan x larat haaaa time 2 baru la tidur awai..kalau x jgn harap la nak tidur awai mcm org lain tu ha..ok lah sampai sini dulu kita chit chat chit chat ada masa kita story benda lain plk k...selamat membaca dan jgn jemu2 lawat blog ni tau..sory kalau ada yg terkurang maklumlah manusia x lari dari membuat kesalahan..maaf ye...


BILA TIBA CUTI SEKOLAH..


Ehhhhhh dah nak tiba time cuti sekolah lah...hemmm cepat ja kan masa berlalu tup2 dah nak habis tahun dah.. Bagi tempat Cintamama hari ini(Khamis) adalah hari terakhir persekolahan dan esok(Jumaat) adalah bermulalah hari cuti panjang bagi anak2 Cintamama.. Bila tiba time macam ni anak2 la yg paling seronok dan yg paling tak seronok cintamama la hehehe sebab asyik dengar anak2 cintamama asyik bising2 ja (ehh gurau je, mesti la seronok..sapa kata x kan, cuma x larat la nak berteriak2 sbb kalau dah bertekak dua beradik tu, si abang suka menyakat si adik yg si adik pulak suka sangat duk melalak haaa mau x pening kepala cintamama)...

Cuma time cuti ni x rancang lagi nak wat apa dan apa aktiviti yg nak di lakukan kami sekeluarga.. Korang ada pendapat ke? cer bagi kat Cintamama apa yg best nanti boleh la Cintamama pilih2 yg mana Cintamama suka.. Oh yaaaa bila tibanya cuti sekolah ni hemmm apa lagi, yg pasti dan mesti pergi tiap2 tahun adalah Pesta Pulau pinang hehehehe...tu dah menjadi rutin setiap hujung tahun cuti persekolahan, Cintamama pun suka jugak sebabnya hehehe..Cintamama nak naik permainan2 yg mencabar kat sana.. Cintamama suka naik benda2 yg macam tu baru rasa mencabar tapi huby Cintamama selalu tak bagi Cintamama naik.. dia gayat dan takut habis tu dengan2 Cintamama dia tak bagi naik haiiiii geram betul... Dah lama Cintamama tak naik benda2 tu semua, last Cintamama naik pun masa sekolah menengah tu pun masa ke Genting, time tu Genting mana ada benda2 yg hebat2 macam sekarang ni, yg ada dulu hanya satu je rolerkoster tu pun x la tinggi sangat...tapi kalau sekarang niiiii hemmmm bestttt... tapi xde kesempatan lagi nak kesana.. Huby cintamama x nak pergi huhuhuhu sedih tau..

Cintamama teringin nak ke Genting.. Cameron Higland dah byk kali dah pergi, Kelantan pun dah banyak kali pergi jugak, Ipoh apa lagi..dah selalu sangat pergi, Melaka baru 2 kali, Terengganu pulak ada la 3-4 kali pergi, Pahang baru sekali ja, Penang pulak tak yah cakap la tu tempat Cintamama pun hehehe, Cintamama hanya teringin nak p Genting ja... haiiii bila la boleh sampai sana kan...

Oklah Cintamama ucapkan selamat bercuti pada adik2 yg masih bersekolah semoga cuti panjang ni dipenuhi dengan benda2 yg berfaedah dan jangan buat yg bukan2 k.. Jaga kelakuan dan diri sendiri, semoga cuti ini membawa banyak manafaat pada semua, selamat bercuti panjang semua da da  muuaahhh :)

JEMPUTAN KAWIN

sekadar gambar hiasan..
Wahhh dah masuk bulan 11 dah ni, nampak gayanya orang pun sibuk la nak kawin time2 macam ni..haaa apa lagi dah ada ke terima jemputan kawin.. Cintamama pulak dah berderek2 kad jemputan, nasib baik hanya 1 ja yg bertembung sama hari kalau tak kes naya ni hehehe... Bila time kenduri ni lauknya mesti ada daging...Adoiiii dah la daging yg dapat time raya korban tu pun duk belambak2 dalam peti ais, ni nak p makan kenduri pun ada daging jugak.. dah naik lemau dah makan daging je hari2..Cintamama hari2 bertukar2 menu daging hehehe.. nasib baiklah kesihatan masih baik, kalau tak hemmm naya Cintamama ni.. Lusa(Sabtu 10/11/2001) adalah jemputan kawin yg pertama harus Cintamama hadiri.. Mintak2 tu ada la lauk lain selain daging.. Dah cemuih dah asyik makan daging je hari2.. Pada yang dapat banyak jemputan kawin macam Cintamama... Cintamama ucapkan selamat menjamu seleralah ya..jom kita pi makan kenduri hehehe...