Followers

Search my Blog

NAK BUKAK KEDAI MAKAN TAPI LAYAKKAH AKU?

sekadar gambar hiasan
Ini adalah impian yg cintamama inginkan sejak cintamama mula mengenali erti berdikari..tapi x semua impian akan menjadi kenyataan dan cintamama salah satu dari mereka yg impiannya entah jadi atau tidak... cintamama suka memasak dan cintamama ingin orang merasa apa yg cintamama masak dan dengan demikian cintamama ingin ada restoren sendiri...dulu cintamama selalu mengharapkan ada kedai sendiri dan menjadi tauke..tapi harapan tinggal harapan, mungkin keyakinan diri tu belum cukup dan ada jgk orang di rumah ni yg merasakan mungkin cintamama hanya hangat2 tahi ayam je...


Baru2 ni suami cintamama ada menyewa sebuah kedai untuk di buat bisnes car wash..tapi dia hanya menggunakan bahagian luar dan tepi dan belakang ja...bahagian dalam kedai x guna pun kalau guna pun cuma dua bilik di kedai tu ja sebab meyimpan barang2 untuk car wash..so cintamama cadangkan pada dia untuk guna ruang dalam tu untuk buat bisnes makan..tapi di tolak alasannya, sebab di depan kedai ni dah ada warung makan kawan mereka jugak la..sebab tiap2 petang situ la mereka duk lepak..cintamama cuma cadangkan ja dan lagi pun bukannya ganggu bisnes mereka pun...mereka bukak belah tengahari sampai petang dan cintamama nak bukak time pagi dan time makan tengahari..mereka jual makanan seperti laksa mee bihun dan air2 minuman...cintamama pulak belah pagi nak jual nasi lemak berlauk dan tengahari plk nak jual nasi berlauk  tuk makan tengahari...x ganggu pun kan.

Dah banyak kali dah pujuk ni tapi tetap x jalan jugak...tapi tadi, dia tanya "betul ke nak buat ni atau hangat2 tahi ayam ja, aku takut nanti wat sekerat jalan dah x larat.." itulah ayat yg di tanya pada cintamama ni...hemmm mula2 tu ingat macam dia nak bagi ja, bila fikir2 balik kalau la dia bagi buat adakah aku mampu untuk melakukannya.. tapi dengan semangat aku menjawab dalam hati "ya aku boleh sebab inilahminatku"...kalau satu hari dia bagi aku bukak kedai hemmm xde masa la untuk aku nak ber FB dan berbloging lagi...mungkin dengan cara ni berat badan pun akan sedikit turun, sebab letih wat kerja...aku berdoa sangat2 agar impian ku menjadi tauke restoran akan tercapai satu hari nanti..korang tolong la doa2kan sama ya agar impian cintamama tercapai ya..


MIMPI.......


Semalam cintamama bermimpi, sangat indah mimpi tu tapiiiii tetiba ja plk di kejutkan dgn jam loceng di tepi telinga...terbang melayang habis semua mimpi2 tu hehehe..nak tau x apa yg cintamama mimpikan haaaa kalau nak tau jom kita dgr sama2 k...

Cintamama mimpi yg cintamama bercinta dgn Fizo Omar hahahaha kelakarkan, adehhh memang lawak..kalau bagi pasangan dgn David Beckam ka ok gak ni Fizo Omar adehhh dah la muda, kalau David tu ok la sbb sama umur hehehehe...cintamama pun dah x ingat sangat isi kandungan mimpi cintamama tu, yg cintamama ingat cintamama bercinta dgn dia ja dalam mimpi tu...

Memang kelakar sangat..tapi best gak dapat bercinta dgn artis ni hehehe...mau tau kat laki cintamama for sure kena gelak punyalah...adehhhh ni gara2 duk tgk drama Julia sangat la ni.. padahal bkn ikut sangat pun sekali sekala ja tgk...cintamama byk tgk citer cina ja..drama2 melayu ni krng sikit tu pun kalau citer cina x best baru tgk drama melayu...cintamama punya citarasa ni lain dari yg lain so hehehe faham2 sendiri la kan...tapi apa2 pun ok latu dapat bercinta dgn artis, dlm mimpi pun minpi lah hehehe...itu lah mimpi hanya mainan tidur...bukannya menjadi kenyataan pun...

ANAK YG PMR, MAK YG BEDEBAR...


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....hari ni cintamama rasa sangat bedebar sebab anak cintamama sedang berjuang di dewan peperiksaan... Cintamama harap dia dapat buat yang terbaik dan jawab soalan degan lancar... Heemmm, anak yang duk berjuang si mak pulak yang cemas hehehe....naluri ibu kan, mana la dia nak tenang selagi anak tak buat yang terbaik, sebab tu semua untuk masa depan dia jugak dan cintamama dengar2 itu adalah PMR yang terakhir untuk para pelajar, entah betul ke tak cintamama pun tak tahu la, kalau info yang cintamama dengar ni salah maka salah la cintamama kalau betul hemmmm betul la tu. :)) Setiap malam cintamama berdoa agar di permudahkan dan diberikan kesenangan pada anak cintamama agar dia dapat menjawab peperiksaan PMR dengan cemerlang... Setiap ibu bapa mahu kan agar anak2 mereka berjaya dan menjadi orang yang berguna, begitu juga dengan cintamama... Keinginan di hati untuk melihat si anak mencapai kejayan hingga ke menara gading dan menjadi insan yang berjaya... Tapi tu semua terpulanglah pada diri dia sendiri dan bagaimana dia membawa diri dia dan bagaimana dia menjawab soalan.. Cintamama harap dia tak bermain2 sangat... Hati ni rasa gelisah ja, takut pun ada jugak.. Bukan apa, takut2 kalau dia tak dapat jawab dengan elok... Tapi cintamama harap semuanya akan berjalan lancar lah untuk dirinya... Kalau dia berjaya, cintamama lah orang yang paling gembira di dunia ni.."YA ALLAH YA TUHANKU KAU PERMUDAHKANLAH JALAN UNTUK ANAKKU AGAR DIA BERJAYA DI DALAM PEPERIKSAANNYA DAN DAPAT MENJADI INSAN YANG BERGUNA DI MASA DEPAN, YA ALLAH YA TUHANKU KAU TERANGKANLAH HATI ANAKKU AGAR DIA MENDAPAT KETENANGANMU DAN BERILAH DIA AKAL YANG CERDIK AGAR IA MENJADI INSAN YANG BERGUNA UNTUK MASA DEPANNYA, AMIN AMIN".....itu lah yang selalu cintamama doakan setiap kali bersujud padaNYA dan moga2 doa cintamama diterima ALLAH.... amin....

MIMPI DAN IMPIANKU


Impian!!!!!!!!!!! adakah ianya sekadar impian atau mimpi... hemmm semua orang ada impian yang diingini, cuma apa impian tu hanya diri sendiri saja yang tahu kan.. Cintamama juga punya impian dan Cintamama tak tahu bila impian cintamama akan menjadi kenyataan, korang ada impian tak, hemmm mehh kongsi2 dengan cintamama...comments la sikit dan cer bagi tahu apa impian korang kat ruangan comments di bawah tu...bukan apa just for share sesama kita je...kalau tak nak pun tak pe jugak, tapi kalau ada yang sudi lagi ok...
impian pertama menunaikan Haji..
Impian Cintamama hanya ada 2 je...yang pertama cintamama nak menunaikan Haji dan ke Mekah, memang la tu semua tanggunjawab kita sebagai umat Islam dan sepatutnya menunaikan salah satu dalam  rukun Iman... cuma bila, tak tahu la, cintamama dah berdaftar dengan Tabung Haji dan akan menunggu panggilan pada tahun emmmm berapa tah , dah lupa la plk...tapi memang lambat la lagi, so kena la belajar dari sekarang apa2 yang patut.. cuma kalau ada duit lebih leh la pergi cepatkan mcm wat umrah ke...kalau tak de duit kite tunggu pergi Haji terus la ye :))
impian ke dua go to korea..
Impian yang kedua... Cintamama teringin nak ke Korea, nak melawat tempat2 yang cantik2 dan pulau2 yang ada di Korea dan kalau boleh nak duduk lama2 sikit di sana.. nak mengalami sendiri suasana di sana dan alami sendiri musim2 yang ada di sana, terutama sekali time winter..wahhhh kelas kau impian cintamama ni hehehe...yang for sure tak akan terjadi pa...hemmm tak salahkan ada impiam yang macam tu, mana nak tau satu hari ianya akan tercapai, siapa tahu kan kan kan...

Satu lagi bila dapat ke Korea of coz la benda pertama sekali nak tengok consert2 k-pop kat sana, nak jumpa artis2 kat sana..wahhhh sukanaya kalau betul2 terjadi, teringinnya nak jumpa idola2 Cintamama tu.. asyik tengok di tv je kalau dapat jumpa real orangnya aduhhhh mau lembik kepala lutuk pa hahahaha... adehhh apa pun tak boleh kan.. tak kisah la kalau orang nak kata apa pun kat cintamama, yang penting tu impian cintamama daru dulu sampai sekarang.. sekurang2nya ada jugak impian cintamama walaupun entah jadi kenyataan ke tak...haaaa korang ada ke tak???

So...setiap dari kita ada impian cuma mustahil dan tidak je..apa2 pun biar lah kita bermimpi disiang hari dari tiada apa2 mimpi pun...kerna dengan hanya bermimpi baru membuatkan hidup kita lebih indah.. tak salah bermimpi dan tak salah punya impian, mana tahu satu hari ianya pasti jadi kenyataan yang kita tak duga...akhir kata dari cintamama gapailah impian mu hingga ke hujung dunia walau tidah tahu di mana akan berakhir kejar dan kejar lah ia agar ia menjadi kenyataan...byeeeee

BLOG CANTIK VS MALWARE


Assalamualaikum dan berjumpa lagi kita pada entry kali ini..dah lama rasanya tak up-date entry baru, hemmm tentu korang tertunggu2 kan apa yg cintamama nak story mory pulak pada kali ni :)) Terima kasih yang tidak terhinggalah pada kawan2 yang sudi membaca apa yang cintamama duk merapu kat blog ni..ehhh merapu ke tak hemmm korang sendiri lah yang putuskan, kalau merapu..merapulah kalau tak, tak lah kan...hehehehe...tapi sory la kalau yang datang melawat di blog cintamama rasa boring ke atau tak suka dengar lagu2 yang di blog cintamama ni hehehe, sory to say yang cintamama ni peminat k-pop(korea) so jangan marahhhh...dengar je lah kalau tak klik je butang stop kat player tu haaa nanti stop la lagu tu..tapi kalau anda pun peminat k-pop macam cintamama wahhh tu sudah bagus...ok, tak mau la cintamama cakap yang tak penting lagi sekarang cintamama nak story satu kisah hemmmm tentang apa ya??? meehhh kita story mory sama2...
sekadar gambar hiasan..
Kisah ni tentang dunia blog......Kalau nak di ikutkan cintamama dah melawat banyak blog kawan2 so cintamama rasa blog cintamama tak setanding dengan blog mereka, wahhhh tetiba rasa rendah hati ni...terus terang cintamama cakap di sini lah ye, cintamama bukan pandai sangat tentang IT ni..sekadar tahu apa yang patut tu pun sudah cukup bagus untuk cintamama, tapi cintamama nak belajar lagi tentang IT ni cuma rasanya umur cintamama ni dah tak sesuai kut untuk belajar so cintamama belajar sendiri la, kalau lingkup blog ni hemmm lingkup laaaa...adehhh apa pun tak boleh hehehe..

Cintamama teringin nak wat mcm blog orang lain yang ada macam2 kemudahan dan cangih mangih tu, sebab blog cintamama biasa2 je..cintamama tak tau la bila orang datang melawat depa kata blog awak kemas cantik itu begini lah..entah ye ka entah tidak..tapi kalau betul dan ikhlas cintamama bersyukur la sebab ada yang sudi memuji blog buruk cintamama ni...kalau tak hemmm nak wat cam mana lagi, wat bodoh je lah hahahaha....Buy the way, cintamama nak jugak buat macam blog orang lain cuma tak reti nak buat je..mungkin tak tau dari mana nak mula or apa2 je lah..
ni bkn yg cintamama punya, copy paste je...
Sebenarnya satu la gi yang cintamama risaukan, bila ada yang datang melawat membawa virus haaaa yang ni yang cintamama tak tau nak wat macam mana...cintamama bukannya pandai nak buang virus2 ni, haiii keepada yang membawa virus tu servis la dulu komputer anda sebelum melawat blog orang lain, bila dah kena blog yang anda lawat tu kesian kat tuan yang empunya blog...cintamama dah banyak kali kena hemmm, ehhh tak la banyak cuma 2 kai je hehehe...tapi, tetap tak suka lah, menyusahkan orang je..nak buka blog pun susah...kalau ada sesiapa yang tahu macam mana nak buang virus malware ni mehh la kongsi2 dengan cintamama ni..haiii susah hati betul dengan virus yang satu ni...memang menyusahkan hidup orang la...

Ok...berbalik blog yang cantik tadi, cintamama pun tak tau selama mana blog ni akan bertahan dengan wallpaper yang macam ni, bila cintamama dah boring for sure cintamama akan tukar dia punya wajah...sebab cintamama cepat bosan dengan sesuatu benda dan mata ni merasakan yang blog ni masih belum cukup sempurna buat cintamama dan cintamama nak ubah dia dan ubah dia lagi ...sesungguhnya cintamama nak mencari wallpaper or templet yang berwarna unggu, warna kesukaan cintamama..tapi x de tu yang bosan tu...hemmm..kalau dah jumpa for sure tak tukar dah kut hehehe...tapi apa2 pun ok je lah dengan apa yang ada ni, nanti orang kata tak tahu bersyukur pulak, dari tak tahu apa2 dah macam ni dah blog cintamama kan...

Pada dasarnya tak de sesiapa pun yang ajar cintamama buat blog ni...dari 0 hingga la cantik macam ni(ehhh teperasan la pulak hehehe) cintamama buat sendiri, padahal cintamama tak tahu macam mana nak bubuh chat box, nak buat itu nak buat begini dan macam2 lagi lah...akhirnya berkat kesungguhan cintamama, semuanya menjadi walau pun cintamama tak pandai bidang IT ni...tapi kalau orang nak suruh cintamama ajarkan wat blog, maaf la...cintamama tak tau nak ajar macam mana hehehe...sebab cintamama bab ajar mengajar ni lemah la cikit...al-maklumlah otak dah tua dah bekarat hehehe..hemmm ok lah sampai sini dulu lah cintamama gebang2 ye...ada masa lain kali cintamama wat story baru lagi ye..hope kawan2 tak boring baca apa yang cintamama duk merapukan ni...bye u all see next entry k...