Followers

Search my Blog

ADUHHHH DEMAM LAGI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua blogger2 sedunia....Rasanya dah lama tak menulis sesuatu yang baru, rindu tu ada tapiiii heemmm... Entahlah,mungkin sekarang lagi tak sihat..Batuk2 dan selsema melanda diri sebab tu rasa tak larat sangat, ni pun mengagahi diri tuk menulis... Di sebabkan rindu pada blogger2 semua dan kawan2 yang tak jemu2 datang berkunjung ke laman blog cintamama yang serba kekurangan ni, maka cintamama gagahi juga walaupun badan rasa seram sejuk je ni, macam nak demam pun ada jugak...

Oleh kerana Cintamama tak sihat so topik kali ni mengenai sakit lah ya... Demam ni tak siapa yang suka tapi kalau dah kena tu nak wat cam na lagi.. terima ja la dengan hati yang sebal hehehe.. Cintamama kalau dah kena demam selsema dan batuk2 ni for sure mesti sampai berbulan2 lamanya.. Kalau demam dah lega selsema dengan batuk mesti lambat lega... Sebab tu lah cintamama tak suka kalau kena selsema dan batuk, letih ooooo kalau duk batuk 24 jam je... mau tercabut urat2 kentuk hahahaha adehhhh apa pun tak boleh hahaha...
Ubat dah ambil tapi mesti megantok punya kalau makan ubat, nak2 lagi ubat selsema dengan ubat batuk adoiii lagi la power dia punya kemengantukkan tu... Tapi nak wat cam mana kan, kena lah makan jugak sebab nak baik cepat, kalau tak semua kerja terbengkalai dan tau2 ja lah kalau dah sakit ni nak wat kerja apa pun rasa malas dan letih... Kerjanya nak tidur ja memanjang, tapi namanya cintamama ni memang susah la nak tidur disinag hari ni... Melainkan badan dah teramat2 letih sangat barulah tertidur kalau tak jangan harap la nak tidur siang or petang...

Haiiii ni yang tak suka ni.. Bila selsema mesti nak meleleh ja kat hidung ni, haaa ni peringkat mula selsema bila dia mai peringkat ke 2 selsema tu dah mula pekat haaa yang tu pun tak leh nak tahan jugak... Mau sakit hidung2 kita punya duk lap hidung sebab nak buang hingus tu kan hehehe.. Sory la kalau cintamama cakap ni agak mengotorkan tapi semua orang pun macam ni jugak bila kena selsema ni kan...Cintamama pulak kalau selsema ni haaaa siap la tisu berkotak2 la habis sebab asyik duk mengelap hidung ja...kejap2 nak meleleh, nak sembahyang pun susah... Kena sumbat hidung dengan tisu baru boleh sembahyang kalau tak asyik duk meleleh nak sembahyang macam mana kan... so itu ja caranya dan yang penting cintamama menunaikan kewajipan cintamama pada yang ESA...

Asyik duk menulis2 ni cintamama lupa pulak yang cintamama tak makan ubat lagi...Hemmm suka tak suka, mengantok tak mengantok kena jugak makan kan..Nak baik cepat kena la makan ubat kalau tak macam mana nak cepat baik kan kan kan... Sekali lagi pada blogger2 yang membaca entry ni cintamama ucapkan terima kasih sebab sudi datang dan mengikuti apa saja yang cintamama tuliskan disini.. Dengan rasa rendah dirinya cintamama sekali lagi ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga dan cintamama harap semua teman2 seblogger menjaga kesihatan dan jangan dah kena demam macam cintamama ni nak wat kerja apa pun susah... Sampai kita jumpa lagi pada entry yang seterusnya dan cintamama nak out dulu untuk makan ubat... bye bye semua salam sayang dari cintamama untuk semua blogger2 sedunia yang mana sudi singgah di blog buruk cintamama ni mmuuuaahhhhhhhh love u all...................