Followers

Search my Blog

JOM BERCUTI..


Haaaa...dah tgk ke tajuk kat ats, "jom bercuti"... cintamama nak bercuti minggu depan(khamis 21-23/06/2012)..dah x sabar ni nak pergi, ehhh lupa plk nak bagi tau kat mana nak bercutinya hehehe..ok lah..cintamama nak ke LANGKAWI...jom sapa nak ikut jom jom jom.. :))

Cintamama tak sabar ni nak ke pantai yg cantik yg bersih tempat2 yg menarik tgk matahari terbenam dan yg penting nak ambik gambar2 keindahan alam yg cantik2...sebab cintamama ni kan pencinta alam semesta :)) dan cintamama x sabar menbilang hari hingga tiba saatnya untuk ke sana...cintamama akan pergi 2 keluarga dan semestinya lah lagi meriahkan pergi ramai2... cintamama akan bertolak dari tempat cintamama petang maklumlah hari khamis tukan masih hari persekolahan lagi so kami kena la tunggu budak2 balik dari sekolah...lepas balik ja apa lagi haaaaa mandi2 siap2 nak ke kuala perlis la nak naik feri ke langkawi...feri pukul 6 petang...sampai kat jeti kuah rasa2nya mungkin nak dekat senja kut...

Nanti dah sampai x sabarnya nak jalan2...lama x ke langkawi, seingat cintamama hanya sekali ja cintamama p..tu pun time zaman sekolah menengah, time tu bukannya ada apa lagi, dataran lang tu pun bukannya ada pun..dah tua bangka ni baru la boleh p sendiri hehehe tua dah kan...Bye the way, cintamama akan kembali dgn gambar2 yg menarik tuk dikongsi dengan blogger2 semua k...bye bye cintamama out dulu...sampai sini je cintamama dapat becerita, balik dari langkawi nanti kita borak panjang2 lagi k...

DEMAM EURO...


Hai hai hai hai...salam bersua semuanya, anda semua sihat tak, cintamama sihat jugak cuma mata ni ja yang tak berapa nak tahan :(( dah macam panda...mau taknya, berjaga sampai ke pagi gara2 Euro 2012 ni lah... pagi ni saja pun cintamama tidur dah nak dekat subuh dah...haiiii selagi euro tak habis selagi tu la cintamama tidur lewat..apa boleh buat dah minat..

Korang yang kaki bola pun tentu macam cintamama kan...berjaga sampai ke pagi, kalau game tu mula awai tak pa la ni lewat2, haaa kena la tunggu kalau tak duk geram ja sebab tak boleh tengok..tapi cintamama ni kalau bab2 bola sanggup berjaga sampai ke pagi, kadang2 tu tak tidur sehari suntuk pun boleh tahan lagi...tapi game pagi tagi antara Spain dan Ireland memang the best la...Tores buh 2 gol, hemmm suka tengok tores...kalau la cintamama dapat tengok di sana mesti best kan..hemmm mimpi je la kan hehehe...

Tapi sapa2 nak sembang bab bola dengan cintamama ni tak yah duk kencing la dengan cintamama, walau pun cintamama tak tau main bola tapi minat tengok tu lagi kuat ...so jangan ingat hanya kaum lelaki ja yang suka bola eekkk...Bila dalam game yang macam ni tentu lasukar nak buat keputusan nak pilih pasukan yang mana kan...sebab cintamama ada 2-3 pilihan pasukan yang cintamama suka..yang pertama JERMAN yang kedua SPAIN yang ke tiga POTUGAL yang ke empat ENGLANG so bila salah satu pasukan ni bertembung sesama sendiri nanti tu yang akan menyulitkan cintamama nak wat keputusan..yang mana nak sokong, sebab bagi cintamama keempat2 ni ada kekuatan tersendiri...

Korang plk sokong yang mana??? hemmm ok lah dah penant dah cerita bab bola..nak rehatkan minda sat nak fikir topik lain pulak ye bye bye...

HATI2 DENGAN FACEBOOK...


Ola ola ola!!!!...wahhh lama rasanya tak update entry baru, kawan2 blogger semua sihat2 tak, bagus la kalau semuanya sihat..cintamama pun sihat jugak...cuma sedikit keletihan dengan tugasan harian, walau pun penat kena jugak bertahan kan..cuma cintamama nak story sikit kat sini, tengahari tadi cintamama ada melihat satu program di tv3(WHI), topik dia mengenai 'TERPEDAYA DENGAN INTERNET'...memang la kalau salah langkah akan menjerat diri sendiri..bukan saja tu, drama2 tv baru2 ni pun ada menceritakan kisah bab2 terpedaya melalui FB ni...lelaki2 kacak menjerat gadis2 belasan tahu atau yg masih dalam persekolahan haiii apa nak jadi pun tak tau la...

Itu la salah satu benda yang tak elok di FB ni, macam2 hal yang belaku..gadis2 muda ni pulak cepat sangat termakan kata2 manis dan rayuan manja si lelaki hidung belang ni..cintamama kadang2 sedih melihat gadis2 mudah termakan pujuk rayu lelaki, seharusnya mereka harus pandai jaga diri..maruah dan mahkota mereka seharusnya dijaga dengan elok dan bukannya dengan mudah diserahkan pada lelaki yang dinamakan kekasih..bila dah terkena dan nasi sudah menjadi bubur semuanya dah terlambat tuk di sesalkan..menangis air mata darah sekali pun tidak akan dapat mengembalikan maruah diri dan kesucian yang telah tercemar... cintamama mengharapkan agar adik2 tak kiralah adik kandung atau adik2 angkat cintamama yang di FB pandai menjaga diri dan jangan terlalu mudah menyerahkan harga diri dan kesucian pada lelaki melainkan ia sudah sah menjadi suami anda semua...

Cintamama menulis disini bukannya nak memalukan sesiapa atau mengaibkan orang tetapi cintamama nak semua orang mengambil iktibar pada fenomena yang berlaku sekarang..sebab banyak sangat gadis2 muda yang terjerat dengan lelaki yang merayu melalui Facebook (FB)... sampaikan cintamama menyuruh anak cintamam yang perempuan mengremove semua kawan2 fbnya yg tak dikenali, bukan apa..cintamama takut pekara yg tak diingini berlaku sebab cintamama tahu anak cintamama masih muda dan tak tahu selok belok dunia ni dan budak2 ni senang dirayu...baik cintamama cegah sebelum terlambat...kalau dah terlambat semuanya dah tak berguna lagi...

Cintamama harap anak2 diluar sana pun berhati2 dengan kawan2 FB dan jangan terlalu mempercayai janji manis seorang lelaki yang tak dikenali...cintamama sayangkan semua adik2 yang mengenali cintamama sebab tu lah cintamama harap jaga lah harga diri agar tidak tercemar...nak bercinta boleh tapi mesti tahu batas2 pergaulan agar tak terjerat satu hari nanti...yang penting kalau masih belajar tu biarlah belajar bersungguh2 agar tak mengecewakan ibu bapa..ibu bapa dah penat bekerja menjaga kita dan berhabis wang ringgit kerna nak menyekolahkan kita tapi kalau ini yang korang balas..tak kah ini semua akan mengecewakan mereka..cintamama faham perasaan tu sebab cintamama pun seorang ibu dan cintamama seboleh2nya tak mahu anak2 cintamama menjadi begitu...sebab tu perlunya didikan dan ilmu agama yang secukupnya..satu lagi berkawan...berkawan perlu mencari kawan yang baik2 dan elok..kalau kawan itu elok maka kita pun jadi elok tapi kalau sebaliknya maka jadilah sebaliknya...sebab tu pentingnya mencari kawan yang sesuai...sampai sini saja cintamama berceloteh sampai jumpa lagi bye bye...