Followers

Search my Blog

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog by Kiz.Mari Join!

Assalamualaikum dan bertemu lagi, dah lama x de entry baru dan dah lama jgk x update lah kan..buka2 je dpt jemputan dri http://kizgarden.blogspot.com/2011/12/segmen-bloglist-x-change-and-review-ur.html so apa kata kita try lg pun tarikhnya pun dah dekat sangat harap2 x terlewat...


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni 
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

LAYAN RADIO ON-LINE


Semenjak kenal dengan radio on-line ni aku selalu happy dan dah jarang dengar radio lain dah.. bila masa aku on-line je mesti aku buka radio on-line ni, kerana bagi aku ini radio yng best dan bila2 masa kita nak wat permintaan lagu mesti di tunaikan..sebab tu aku sayang Dj2 radio ni, mereka semua the best lah..kalau korang nak dengar kat sini la mereka berada..  http://www.khaifm.com/Home/  .. klik je disini nanti boleh la dgr radio mereka...dan kalau nak join group plk bolehlah klik di sini plk... https://www.facebook.com/groups/129619320470775/?notif_t=group_activity ... cer la try bestttt pasti xnyesal pnya... Dj2 pun baik2 je...aku hari2 didsini la aku melepak..bila on je suis terus radio ni yg aku buka dulu..jom layan khaifm bersama2 saya...

COKELAT

~COKELAT ALMOND RINDU~
Percubaan untuk kali pertama sangat berjaya walaupun masih dalam jumlah yang sikit.. tak pe lah sebab ini pun hanya percubaan dalam bidang buat cokelat..walau pun baru sehari dah ada permintaan dan walaupun jumlahnya taklah banyak sampai beratus-ratus kotak tapi oklah buat permulaan..bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit...haaa aku pun harap-harap berjaya macam tu jugak.. walaupun sekarang permulaan hanya 20 kotak di masa akan datang siapa tahu mungkin akan bertambah... doa-doakanlah ya..

Maka bermulalah cabang baru untuk aku... mungkin inilah kemahiran aku so, buat apa di sia-siakan baik di gunakan.. sedikit sebanyak dapat juga aku menjana pendapatan dan menambahkan lagi duit pokek aku sendiri... tidaklah aku terlalu mengharapkan duit suami je kan.. dengan buat cokelat je dah cukup lumayan... harap-harap aku akan dapat banyak lagi tempahan selepas ini... aku pun kenalah cuba mencari-cari rasa-rasa baru untuk buat cokelat... dengan itu rasa dan bentuk akan di perbagaikan lagi... cokelat pertama buatan aku adalah cokelat almond dan rasanya sedap sangat dan anak-anak aku pun suka...

Pertama kali aku buat cokelat adalah pada hari raya dan bila bawa balik ke kampung semua sanak sadaura suka dengan rasanya..dari situ bermulalah minat nak buat cokelat ni...pada kali kedua aku buat cokelat pula huby aku bawa ke pejabat dia dan rakan-rakan pejabat dia semua suka dan dari situlah aku mendapat tempahan untuk buat cokelat..seperti yang aku cakap dari awal tadi, walaupun tak banyak oklah buat permulaankan dan pada hari Ahad akan bermulalah projet cokelat aku ini... cokelat aku setakat la ni ada 3 jenis rasa iaitu almond rindu, almond rice dan hazel canbery... tapi yang paling banyak dapat tempahan cokelat almond rindu sebab yang tu paling sedap depa kata...yang lain-lain pun ada jugak yang tempah cuma tak banyak macam almond rindu...soooo selamat berjayalah kat aku ye hehehe(bagi semangat kat diri sendirilah pulak)...oklah sampai sini dulu nanti-nanti kita cerita lagi nuuuu...

BLOGWALKING



Hai hai hai...letihnya hari ni, nak tau nape letih..haaa sbb hari ni satu hari asyik dok blogwalking je sampai dah kematu jarijemari ni dok pusing mouse tu hehehe..tapi penat2 pun seronok sbb dapat banyak kawan2 blogger..rasa penat pun xpe sbb seronok punya pasal...

Kadang2 rasa cemuih jgk nak buka FB memanjang kan, haaa bila dah rasa boring kat sini la kita lepak2 kan...cer citer sapa yg x lepak blog xde kan.. hari ni saja pun dah dapat banyak kawan2 baru so harap2 esok lusa akan dapat banyak lagi, bila tgk kat ruang folower tu bila nampak banyak angkanya rasa senang hati sikit.. taklah rasa macam xde orang nak kawan kan...apa2 pun blogger2 semua memang the best lah...kerana anda semua hidup ni semakin ceria dan kerana blog ni jugak aku mendapat kawan2 baru dari serata dunia..terima kasih kawan-kawan semua..

MAHAL vs. MURAH

sekadar gambar hiasan
Hai blogger2 semua..hari ini nak  kongsi satu cerita dengan anda semua, mungkin kisah ni dah banyak minggu tapi baru hari ini teringat nak tulis kat sini...tak pe kan hehehe..oklah citer dia macam ni..

Pagi tu kami sekeluarga pergi makan pagi la kat luar, sedap-sedap makan semua.. bila time pelayan tu kira berapa semua yang kami makan..punyalah terkejut tengok harga dia..abang kira balik lah..bukannya kita tak tau kan kalau minum teh tarik, milo ais, teh ais dan horlick ais berapa duit je kan..makan pulak nasi berlauk..sungguh pun makan nasi lauk pun bukannya yang mahal..anak lelaki ambik nasi dengan telur goreng , anak perempuan pulak nasi separuh je dengan telur jugak, abang ambik nasi dengan telur goreng dan sayur..aku pulak nasi dengan sambal tumis petai dan daging haaa cuba fikir xkan lah dia kira sampai RM26 lebih.. haaa bayangkan sarapan pagi je dah banyak tu..tu kira dah setanding makan sarapan kat hotel tu...sambil duk makan abang cuba kira balik(agak2 je la)..bukannya kita tak pernah makan kat kedai kan, lauk dengan harga siapa pun boleh agak2 banyak mana..ni dia kira sampai RM26 lebih kalau kami ni tak terfikir memang dah kena tipu dah la jawabnya..

Dah habis makan kami pun pi la nak bayar, sebelum abang nak bayar tu dia tanya berapa duit..pelayan tu pun cakaplah RM 26 lebih...lepas tu abang tanya dia betul ka dia kira..haaa nak tau dia cakap apa, dia boleh kata awat nak kira lain ka habaq makan apa..abang pun habag la apa yang kami makan dan minum..dia kira punya kira balik RM 16 lebih ja....haaaa tengok, punyalah dia tipu..dah tu boleh dia kata kat kami pulak.."saya bukan tau apa yang kamu makan ni saya kira yang kamu bagi tau saja"...haaa boleh dia kata macam tu, kami pun tak mau tipu la bab2 makan ni, nak wat apa tipu bukannya dapat apa pun..dah la dia cakap dengan nada yang sombong muka pulak tak manis langsung asyik masam je,belagak betul...dah tu tak mintak maaf pun kat kami..dia yang kira tak betul nak marah kat kami pulak..ada ka patut...

Orang kalau dah silap mintak maaf la, ini tidak...dia boleh duk belagak lagi...haaiiii geram betul la..kami semua masuk dalam kereta dan nak menuju ke kampung...yang sebenarnya singgah kat situ untuk sarapan sementara nak meneruskan pejalanan balik ke kampung...haiiii dari saat dan detik tu kami dah sepakat tak mau lagi pi makan kat kedai tu...buat sakit hati je, dah la tak mintak maaf, belagak pulak...makanan pun bukannya sedap sangat, aku masak pun lagi sedap dari kedai tu...hemmm meluat aku.

Haaa ini lah kisah aku sekeluarga bila harga makanan mahal nak mampus...haii nasib la kami ni dapat befikir dengan logik...kalau tak melayang ja RM10..hai RM 10 tu banyak jugak tu haiii nasib nasib...haaa sekarang cuba korang fikir kalau korang yang kena geram ke tak dan patut ke tak dia wat dek je kat kami, mintak maaf pun tak..kita kalau kita salah kenalah mintak maaf dan percakapan pun kenalah elok, bukak kedai makan kenalah berhemah dan mesra pelangan, kena jaga hati pelangan bukan sombong macam tu..kan kawan2, hemmm dah puas berceloteh ni nak undur diri dulu harap2 dapat lah dijadikan iktibar kalau jadi macam tu fikir dulu betul ke harga tu munasabah ka harga dengan apa yang kita makan...jangan diam diri je kalau tak kita yang kena tipu..oklah pergi dulu,jumpa lagi dilain entry.. bye bye... (*___^)y

SETELAH PENAT MEMILIH WARNA

Hai semuanya..sehari suntuk cintamama tak on9 FB ini lah hasilnya setelah berhempas pulas menukar latar belakang yang baru warna yang baru semuanya lah yang baru..akhirnya siap jugak dan cintamama berpuas hati dengan hasilnya...Mula-mula  ingat tak cantik tapi bila tengok elok-elok dan hasilnya cantik la pulak hehehe (masuk bakul angkat sendiri)...habis siapa lagi nak pujikan kalau cintamama sendiri yang tak puji blog cintamama cantik hehehehe...haaaa latar belakang yang ini cintamama tak tau la pulak nak bertahan lama mana...cintamama cepat jemu tengok benda yang sama so bila nak tukar..tukar je la kan...janji hati puas dan happy, orang lain nak kata apa pun biarlah..bukannya cintamama kacau depakan..janji cintamama gembira dan suka dengan warna ini...

Hijau...nak kata hijau lumut pun dia jugak nak kata hijau epal pun dia jugak...sooo cintamama gabungkan semua hijau agar nampak ceria dan mesra alam..hijaukan warna alam...cintamama kan suka keindahan alam so memang sesuai sangatlah dengan hijau kan...hemmm ok,tema blog cintamama pada kali ini adalah mesra alam(hijau yang damai)...sebelum ni warna unggu,memang la cintamama suka dengan warna unggu tapi hijau pun suka jugak.. buat masa sekarang cintamama nak gunakan warna hijau dan cantikkan warna hijau hehehe cer komen cer komen sikit...bagilah pendapat sikit cantik ke tak wajah baru blog cintamama ni...cantik tak cantik tak(dah macam eric leong cakap la pulak)hahahaha...

Oklah ya, sampai sini dulu cintamama berceloteh..oossppp jap jap ye, lupa pulak nak bagi tau yang lagu-lagu dalam ni semuanya dari OST(saund track) drama korea dan indon...yang indon tu ada satu je yang lain semuanya dari korea..hehehe maklumlah kan cintamama suka tengok drama korea, mana lagu yang cintamama rasa suka dan best tu cintamama ambikla buat tema lagu blog cintamama...harap suka mendengarnya dan kalau tak suka dengar senag je hanya pause je kat butang dia tu...haaa senang kan dan cintamama harap korang suka la ya...ok cintamama undurkan diri dulu buat masa sekarang kalau ada cerita lagi nanti-nantilah pulak ya cintamama kongsikan bersama...tata titi tutu SARANGHAE....

HONEYMOON...

Bila cuti sekolah je mesti la ada kenduri kawin kan...bila dah kawin tentulah pergi honeymoon, haaa ni nak citer kisah hari ni lah semasa masih di Cameron Highlands...pergi kemana saja mesti teserampak dengan pasangan yang baru berkahwin..semana kami ke tea house cameron valley teserampak dengan dua couple pengantin baru, inai masih merah di jari tangan dan kaki...mesti datang honeymoon la kan...kemudian ke tempat lain pulak, jumpa lagi dengan pasangan pengantin baru.. kerap sungguh jumpa, hari ni saja pun dah dekat bebelas orang pengantin baru yang datang honeymoon ke Cameron Highlands.... huhhhh ramai tu.

Best ke datang honeymoon kat sini???? Best laaaa, kalau tak depa tak datang Cameron Highlands la kan...nak-nak lagi pasangan pengantin baru dok pulak kat tempat yang sejuk-sejuk macam ni kan hehehehe tau - tau dah la... seronok bila tengok depa ni mesra dan bahagia..harap-harap biarlah meraka bahagia hingga keakhir hayat... cinta dan perkongsian hidup biarlah terus bahagai dan jangan dibiarkan ia musnah dan jagailah ia selagi hayat di kandung badan..

CINTAILAH PASANGAN ANDA DAN JAGAILAH DIA DENGAN NYAWAMU, HARGAILAH IKATAN YANG TERJALIN AGAR TIADA DI NODAI OLEH SIFAT CEMBURU BUTA...KEBAHAGIAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN...

CUTI-CUTI MALAYSIA ( cameron highlands)

Hai teman-teman blogger semua... rasanya dah lama tak up date apa-apa entry baru, haaa hari ini nak cerita pasal holiday..sapa yang dah cuti-cuti Malaysia, tak dak ke??? Ok ok...sekarang nak cerita sikit tentang pengalaman bercuti ke Cameron Highlands...
Sekarangkan musin cuti sekolah so kami sekeluarga pergi ke Cameron Highlands, walau pun orang kata tak best kat situ tapi aku nak jugak pergi tau kenapa??? Haaa sebab ada Teh Cameron Valley..teh tu adalah kegemaran aku, teh tu kalau buat teh ais peerrhhhh sedap gilerrr...so, apa lagi kami sekeluarga pun ke Cameron Valley Tea House untuk minum la...he he he harga tak yah cakap la kan bukan macam harga teh panas biasa kat kedai mamak tu, sendiri mau ingat la kan.. aku dengan anak-anak pakat2 pekena nasi lemak, kami oder satu teko untuk kami sekeluarga..konon-kononnya nak try teh yg lain dari kebiasan kami minum la kan, so oder la teh masala... ingat rasanya sedap la macam teh yang dok minum selalu tu, rupa2nya teh tu campur halia..aduhh rasanya memangla kuranggg cikit tapi sebab harganya fuuhhh macam harga kat hotel sooo minum jugaklah bagi habis..sayangggg tu he he he...bukan selalukan nak pekena teh mahal..
Dah selesai minum dan makan kami pun ke destinasi yang seterusnya pulak.. haaa kemana lagi kalau tak ketempat kaktus, bermacam-macam jenis yang ada... ada yang kecil ada yang besar ada yang berduri ada yang tidak berduri apa-apa pun kaktus sejenis tumbuhan yang unik...niat di hati tu nak jugak beli tapiiii rasa macam nanti tak terjaga pulak dia so tak belilah, hanya ambik gambar..jadilah gambar pun kan,
Sekarang kita ke ladang bunga pulak..bunga memang kesukaan aku, aku suka ambil gambar bunga dan keindahan alam ciptaan ALLAH ini dan sesungguhnya ia amat sempurna dan damai bila lihat keindahan ciptaan ALLAH ini...banyak jugak gambar bunga yang di ambil tapi aku siarkan cikit je la nu...aku pantang nampak bunga yan cantik or lain dari lain mulalah nak ambil gambarnya....

Haaaa cuma ke ladang strawberi je yang aku tak sempat pergi, rasa hampa la jugak.. niat dihati tu nak ambil gambar buah strawberi yang cantik akhirnya tak boleh...cuaca di sana memang sejuk, udaranya pun sejuk je.. aku suka menghalakan wajah ke arah tingkap kereta bila keretaku menuju ke destinasi seterusnya, nyaman sekali bila angin yang sejuk itu membelai wajah ini..seronok sekali... dalam keseronokan itu tiba-tiba hilang rasa keseronokan, haaa nak tau kenapa?? Apa lagi, hujan la...di sana setiap petang akan hujan, risau jugak kalau ada tanah runtuh nanti tak pasal je tak boleh balik... nasib baiklah tak de apa-apa yang berlaku dan kami boleh kembali dengan selamat...

Ini lah kisah cuti-cuti Malaysia ku, sebenarnya bukan kali pertama ke sini..ini kali ke dua ku dan harap akan dapat kembali kesini, sebenarnya masih banyak tempat menarik yang masih tak dikunjungi... mungkin akan datang akan kembali lagi dan bila tiba masanya akan ku jelajah tanah Cameron Highlands ini sepuas-puasnya he he he he...so sampai sini dulu kisah ku, terima kasih la sebab sudi meluangkan masa membaca kisah ku yang boring ni.. he he he boring ke tak??? Kalau tak boring terima kasih daun keladi ada kisah akan ku coretkan lagi disini...