Followers

Search my Blog

Segmen Bloglist X-Change and Review Ur Blog by Kiz.Mari Join!

Assalamualaikum dan bertemu lagi, dah lama x de entry baru dan dah lama jgk x update lah kan..buka2 je dpt jemputan dri http://kizgarden.blogspot.com/2011/12/segmen-bloglist-x-change-and-review-ur.html so apa kata kita try lg pun tarikhnya pun dah dekat sangat harap2 x terlewat...


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni 
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

LAYAN RADIO ON-LINE


Semenjak kenal dengan radio on-line ni aku selalu happy dan dah jarang dengar radio lain dah.. bila masa aku on-line je mesti aku buka radio on-line ni, kerana bagi aku ini radio yng best dan bila2 masa kita nak wat permintaan lagu mesti di tunaikan..sebab tu aku sayang Dj2 radio ni, mereka semua the best lah..kalau korang nak dengar kat sini la mereka berada..  http://www.khaifm.com/Home/  .. klik je disini nanti boleh la dgr radio mereka...dan kalau nak join group plk bolehlah klik di sini plk... https://www.facebook.com/groups/129619320470775/?notif_t=group_activity ... cer la try bestttt pasti xnyesal pnya... Dj2 pun baik2 je...aku hari2 didsini la aku melepak..bila on je suis terus radio ni yg aku buka dulu..jom layan khaifm bersama2 saya...

COKELAT

~COKELAT ALMOND RINDU~
Percubaan untuk kali pertama sangat berjaya walaupun masih dalam jumlah yang sikit.. tak pe lah sebab ini pun hanya percubaan dalam bidang buat cokelat..walau pun baru sehari dah ada permintaan dan walaupun jumlahnya taklah banyak sampai beratus-ratus kotak tapi oklah buat permulaan..bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit...haaa aku pun harap-harap berjaya macam tu jugak.. walaupun sekarang permulaan hanya 20 kotak di masa akan datang siapa tahu mungkin akan bertambah... doa-doakanlah ya..

Maka bermulalah cabang baru untuk aku... mungkin inilah kemahiran aku so, buat apa di sia-siakan baik di gunakan.. sedikit sebanyak dapat juga aku menjana pendapatan dan menambahkan lagi duit pokek aku sendiri... tidaklah aku terlalu mengharapkan duit suami je kan.. dengan buat cokelat je dah cukup lumayan... harap-harap aku akan dapat banyak lagi tempahan selepas ini... aku pun kenalah cuba mencari-cari rasa-rasa baru untuk buat cokelat... dengan itu rasa dan bentuk akan di perbagaikan lagi... cokelat pertama buatan aku adalah cokelat almond dan rasanya sedap sangat dan anak-anak aku pun suka...

Pertama kali aku buat cokelat adalah pada hari raya dan bila bawa balik ke kampung semua sanak sadaura suka dengan rasanya..dari situ bermulalah minat nak buat cokelat ni...pada kali kedua aku buat cokelat pula huby aku bawa ke pejabat dia dan rakan-rakan pejabat dia semua suka dan dari situlah aku mendapat tempahan untuk buat cokelat..seperti yang aku cakap dari awal tadi, walaupun tak banyak oklah buat permulaankan dan pada hari Ahad akan bermulalah projet cokelat aku ini... cokelat aku setakat la ni ada 3 jenis rasa iaitu almond rindu, almond rice dan hazel canbery... tapi yang paling banyak dapat tempahan cokelat almond rindu sebab yang tu paling sedap depa kata...yang lain-lain pun ada jugak yang tempah cuma tak banyak macam almond rindu...soooo selamat berjayalah kat aku ye hehehe(bagi semangat kat diri sendirilah pulak)...oklah sampai sini dulu nanti-nanti kita cerita lagi nuuuu...

BLOGWALKING



Hai hai hai...letihnya hari ni, nak tau nape letih..haaa sbb hari ni satu hari asyik dok blogwalking je sampai dah kematu jarijemari ni dok pusing mouse tu hehehe..tapi penat2 pun seronok sbb dapat banyak kawan2 blogger..rasa penat pun xpe sbb seronok punya pasal...

Kadang2 rasa cemuih jgk nak buka FB memanjang kan, haaa bila dah rasa boring kat sini la kita lepak2 kan...cer citer sapa yg x lepak blog xde kan.. hari ni saja pun dah dapat banyak kawan2 baru so harap2 esok lusa akan dapat banyak lagi, bila tgk kat ruang folower tu bila nampak banyak angkanya rasa senang hati sikit.. taklah rasa macam xde orang nak kawan kan...apa2 pun blogger2 semua memang the best lah...kerana anda semua hidup ni semakin ceria dan kerana blog ni jugak aku mendapat kawan2 baru dari serata dunia..terima kasih kawan-kawan semua..

MAHAL vs. MURAH

sekadar gambar hiasan
Hai blogger2 semua..hari ini nak  kongsi satu cerita dengan anda semua, mungkin kisah ni dah banyak minggu tapi baru hari ini teringat nak tulis kat sini...tak pe kan hehehe..oklah citer dia macam ni..

Pagi tu kami sekeluarga pergi makan pagi la kat luar, sedap-sedap makan semua.. bila time pelayan tu kira berapa semua yang kami makan..punyalah terkejut tengok harga dia..abang kira balik lah..bukannya kita tak tau kan kalau minum teh tarik, milo ais, teh ais dan horlick ais berapa duit je kan..makan pulak nasi berlauk..sungguh pun makan nasi lauk pun bukannya yang mahal..anak lelaki ambik nasi dengan telur goreng , anak perempuan pulak nasi separuh je dengan telur jugak, abang ambik nasi dengan telur goreng dan sayur..aku pulak nasi dengan sambal tumis petai dan daging haaa cuba fikir xkan lah dia kira sampai RM26 lebih.. haaa bayangkan sarapan pagi je dah banyak tu..tu kira dah setanding makan sarapan kat hotel tu...sambil duk makan abang cuba kira balik(agak2 je la)..bukannya kita tak pernah makan kat kedai kan, lauk dengan harga siapa pun boleh agak2 banyak mana..ni dia kira sampai RM26 lebih kalau kami ni tak terfikir memang dah kena tipu dah la jawabnya..

Dah habis makan kami pun pi la nak bayar, sebelum abang nak bayar tu dia tanya berapa duit..pelayan tu pun cakaplah RM 26 lebih...lepas tu abang tanya dia betul ka dia kira..haaa nak tau dia cakap apa, dia boleh kata awat nak kira lain ka habaq makan apa..abang pun habag la apa yang kami makan dan minum..dia kira punya kira balik RM 16 lebih ja....haaaa tengok, punyalah dia tipu..dah tu boleh dia kata kat kami pulak.."saya bukan tau apa yang kamu makan ni saya kira yang kamu bagi tau saja"...haaa boleh dia kata macam tu, kami pun tak mau tipu la bab2 makan ni, nak wat apa tipu bukannya dapat apa pun..dah la dia cakap dengan nada yang sombong muka pulak tak manis langsung asyik masam je,belagak betul...dah tu tak mintak maaf pun kat kami..dia yang kira tak betul nak marah kat kami pulak..ada ka patut...

Orang kalau dah silap mintak maaf la, ini tidak...dia boleh duk belagak lagi...haaiiii geram betul la..kami semua masuk dalam kereta dan nak menuju ke kampung...yang sebenarnya singgah kat situ untuk sarapan sementara nak meneruskan pejalanan balik ke kampung...haiiii dari saat dan detik tu kami dah sepakat tak mau lagi pi makan kat kedai tu...buat sakit hati je, dah la tak mintak maaf, belagak pulak...makanan pun bukannya sedap sangat, aku masak pun lagi sedap dari kedai tu...hemmm meluat aku.

Haaa ini lah kisah aku sekeluarga bila harga makanan mahal nak mampus...haii nasib la kami ni dapat befikir dengan logik...kalau tak melayang ja RM10..hai RM 10 tu banyak jugak tu haiii nasib nasib...haaa sekarang cuba korang fikir kalau korang yang kena geram ke tak dan patut ke tak dia wat dek je kat kami, mintak maaf pun tak..kita kalau kita salah kenalah mintak maaf dan percakapan pun kenalah elok, bukak kedai makan kenalah berhemah dan mesra pelangan, kena jaga hati pelangan bukan sombong macam tu..kan kawan2, hemmm dah puas berceloteh ni nak undur diri dulu harap2 dapat lah dijadikan iktibar kalau jadi macam tu fikir dulu betul ke harga tu munasabah ka harga dengan apa yang kita makan...jangan diam diri je kalau tak kita yang kena tipu..oklah pergi dulu,jumpa lagi dilain entry.. bye bye... (*___^)y

SETELAH PENAT MEMILIH WARNA

Hai semuanya..sehari suntuk cintamama tak on9 FB ini lah hasilnya setelah berhempas pulas menukar latar belakang yang baru warna yang baru semuanya lah yang baru..akhirnya siap jugak dan cintamama berpuas hati dengan hasilnya...Mula-mula  ingat tak cantik tapi bila tengok elok-elok dan hasilnya cantik la pulak hehehe (masuk bakul angkat sendiri)...habis siapa lagi nak pujikan kalau cintamama sendiri yang tak puji blog cintamama cantik hehehehe...haaaa latar belakang yang ini cintamama tak tau la pulak nak bertahan lama mana...cintamama cepat jemu tengok benda yang sama so bila nak tukar..tukar je la kan...janji hati puas dan happy, orang lain nak kata apa pun biarlah..bukannya cintamama kacau depakan..janji cintamama gembira dan suka dengan warna ini...

Hijau...nak kata hijau lumut pun dia jugak nak kata hijau epal pun dia jugak...sooo cintamama gabungkan semua hijau agar nampak ceria dan mesra alam..hijaukan warna alam...cintamama kan suka keindahan alam so memang sesuai sangatlah dengan hijau kan...hemmm ok,tema blog cintamama pada kali ini adalah mesra alam(hijau yang damai)...sebelum ni warna unggu,memang la cintamama suka dengan warna unggu tapi hijau pun suka jugak.. buat masa sekarang cintamama nak gunakan warna hijau dan cantikkan warna hijau hehehe cer komen cer komen sikit...bagilah pendapat sikit cantik ke tak wajah baru blog cintamama ni...cantik tak cantik tak(dah macam eric leong cakap la pulak)hahahaha...

Oklah ya, sampai sini dulu cintamama berceloteh..oossppp jap jap ye, lupa pulak nak bagi tau yang lagu-lagu dalam ni semuanya dari OST(saund track) drama korea dan indon...yang indon tu ada satu je yang lain semuanya dari korea..hehehe maklumlah kan cintamama suka tengok drama korea, mana lagu yang cintamama rasa suka dan best tu cintamama ambikla buat tema lagu blog cintamama...harap suka mendengarnya dan kalau tak suka dengar senag je hanya pause je kat butang dia tu...haaa senang kan dan cintamama harap korang suka la ya...ok cintamama undurkan diri dulu buat masa sekarang kalau ada cerita lagi nanti-nantilah pulak ya cintamama kongsikan bersama...tata titi tutu SARANGHAE....

HONEYMOON...

Bila cuti sekolah je mesti la ada kenduri kawin kan...bila dah kawin tentulah pergi honeymoon, haaa ni nak citer kisah hari ni lah semasa masih di Cameron Highlands...pergi kemana saja mesti teserampak dengan pasangan yang baru berkahwin..semana kami ke tea house cameron valley teserampak dengan dua couple pengantin baru, inai masih merah di jari tangan dan kaki...mesti datang honeymoon la kan...kemudian ke tempat lain pulak, jumpa lagi dengan pasangan pengantin baru.. kerap sungguh jumpa, hari ni saja pun dah dekat bebelas orang pengantin baru yang datang honeymoon ke Cameron Highlands.... huhhhh ramai tu.

Best ke datang honeymoon kat sini???? Best laaaa, kalau tak depa tak datang Cameron Highlands la kan...nak-nak lagi pasangan pengantin baru dok pulak kat tempat yang sejuk-sejuk macam ni kan hehehehe tau - tau dah la... seronok bila tengok depa ni mesra dan bahagia..harap-harap biarlah meraka bahagia hingga keakhir hayat... cinta dan perkongsian hidup biarlah terus bahagai dan jangan dibiarkan ia musnah dan jagailah ia selagi hayat di kandung badan..

CINTAILAH PASANGAN ANDA DAN JAGAILAH DIA DENGAN NYAWAMU, HARGAILAH IKATAN YANG TERJALIN AGAR TIADA DI NODAI OLEH SIFAT CEMBURU BUTA...KEBAHAGIAAN MEMERLUKAN PENGORBANAN...

CUTI-CUTI MALAYSIA ( cameron highlands)

Hai teman-teman blogger semua... rasanya dah lama tak up date apa-apa entry baru, haaa hari ini nak cerita pasal holiday..sapa yang dah cuti-cuti Malaysia, tak dak ke??? Ok ok...sekarang nak cerita sikit tentang pengalaman bercuti ke Cameron Highlands...
Sekarangkan musin cuti sekolah so kami sekeluarga pergi ke Cameron Highlands, walau pun orang kata tak best kat situ tapi aku nak jugak pergi tau kenapa??? Haaa sebab ada Teh Cameron Valley..teh tu adalah kegemaran aku, teh tu kalau buat teh ais peerrhhhh sedap gilerrr...so, apa lagi kami sekeluarga pun ke Cameron Valley Tea House untuk minum la...he he he harga tak yah cakap la kan bukan macam harga teh panas biasa kat kedai mamak tu, sendiri mau ingat la kan.. aku dengan anak-anak pakat2 pekena nasi lemak, kami oder satu teko untuk kami sekeluarga..konon-kononnya nak try teh yg lain dari kebiasan kami minum la kan, so oder la teh masala... ingat rasanya sedap la macam teh yang dok minum selalu tu, rupa2nya teh tu campur halia..aduhh rasanya memangla kuranggg cikit tapi sebab harganya fuuhhh macam harga kat hotel sooo minum jugaklah bagi habis..sayangggg tu he he he...bukan selalukan nak pekena teh mahal..
Dah selesai minum dan makan kami pun ke destinasi yang seterusnya pulak.. haaa kemana lagi kalau tak ketempat kaktus, bermacam-macam jenis yang ada... ada yang kecil ada yang besar ada yang berduri ada yang tidak berduri apa-apa pun kaktus sejenis tumbuhan yang unik...niat di hati tu nak jugak beli tapiiii rasa macam nanti tak terjaga pulak dia so tak belilah, hanya ambik gambar..jadilah gambar pun kan,
Sekarang kita ke ladang bunga pulak..bunga memang kesukaan aku, aku suka ambil gambar bunga dan keindahan alam ciptaan ALLAH ini dan sesungguhnya ia amat sempurna dan damai bila lihat keindahan ciptaan ALLAH ini...banyak jugak gambar bunga yang di ambil tapi aku siarkan cikit je la nu...aku pantang nampak bunga yan cantik or lain dari lain mulalah nak ambil gambarnya....

Haaaa cuma ke ladang strawberi je yang aku tak sempat pergi, rasa hampa la jugak.. niat dihati tu nak ambil gambar buah strawberi yang cantik akhirnya tak boleh...cuaca di sana memang sejuk, udaranya pun sejuk je.. aku suka menghalakan wajah ke arah tingkap kereta bila keretaku menuju ke destinasi seterusnya, nyaman sekali bila angin yang sejuk itu membelai wajah ini..seronok sekali... dalam keseronokan itu tiba-tiba hilang rasa keseronokan, haaa nak tau kenapa?? Apa lagi, hujan la...di sana setiap petang akan hujan, risau jugak kalau ada tanah runtuh nanti tak pasal je tak boleh balik... nasib baiklah tak de apa-apa yang berlaku dan kami boleh kembali dengan selamat...

Ini lah kisah cuti-cuti Malaysia ku, sebenarnya bukan kali pertama ke sini..ini kali ke dua ku dan harap akan dapat kembali kesini, sebenarnya masih banyak tempat menarik yang masih tak dikunjungi... mungkin akan datang akan kembali lagi dan bila tiba masanya akan ku jelajah tanah Cameron Highlands ini sepuas-puasnya he he he he...so sampai sini dulu kisah ku, terima kasih la sebab sudi meluangkan masa membaca kisah ku yang boring ni.. he he he boring ke tak??? Kalau tak boring terima kasih daun keladi ada kisah akan ku coretkan lagi disini...

11.11.11

gambar hiasan saja
Pada hari khamis yang lalu adalah hari lahir anak cintamama dan pada hari berikutnya pulak iaitu semalam (hari jumaat) adalah hari dia meninggal dan dia pergi selamanya meninggalkan cintamama...banyak orang kata tarikh semalam 11.11.11 adalah tarikh yang sangat cantik dan ada ong la kan...tapi bagi cintamama tidak...tarikh itu memberi satu kenangan yang sedih pada keluarga cintamama...anak cintamama dah pergi meninggalkan cintamama semalam genaplah masuk dua tahun dan kalau dia ada pada hari ini tentu dia sudah pandai berjalan, berlari dan segala-galanya lah...

Biar pun semalam adalah hari pernikahan anak kawan cintamama..dan mereka berkahwin jatuh pada hari kematian anak cintamama pula..apa pun cintamama tetap mendoakan mereka agar bahagia dan biarlah duka itu cintamama saja yang tanggung..cintamama tak mahu merosakkan hari bahagia mereka dengan hari kematian anak cintamama pula...mungkin cintamama tak bertuah untuk memiliki anak ini dan dia lebih disayangi ALLAH...cintamama redha dengan segala yang terjadi dan cintamama dah menerimanya dengan hati yang terbuka..cuma terkilan sedikit saja...

Terkilan sebab cintamama tak sempat untuk menyusukan anak cintamama dan dia pergi sebelum sempat cintamama peluk dan cium dia...pilunya hati cintamama hanya ALLAH yang tahu bila terkenangkan dia pada tarikh keramat itu....sudahlah selama enam tahun cintamama menunggu tapi akhirnya pergi juga meninggalkan cintamama...sampai sekarang sudah masuk dua tahun dia pergi tapi tanda-tanda ahli baru masih tiada juga...memang cintamama susah untuk mendapat baby..bayangkan saja anak-anak cintamama dua-dua orang jarak diantara mereka sebanyak enam tahun dan yang bungsu ini pun enam tahun jugak..tapi tiada rezeki dia tidak sempat untuk berada didunia ini lebih lama...

Walau pun orang lain gembira tapi hati cintamama tetap merindui dia..bayangkan sembilan bulan cintamama kandungkan dia didalam rahim ini tetapi hanya dengan sehari dia tiada lagi dengan cintamama..sakitnya hati dan pedih atas kehilangannya tak dapat cintamama katakan lagi...cintamama harap suatu hari cintamama tak akan melupakan wajahnya yang comel dan tembam itu..cintamama rasa dia lah yang paling comel dari abnag dan kakaknya...apa pun ini mungkin takdir cintamama tidak dapat bersama dengannya...walau sedih hati sayang padanya dengan sepenuh jiwa raga ini..hanya dia yang cintamama rindui...dialah anak cintamama yang bernama Mohamad Ikhram...Ikhram sentiasa di hati mama...

UBAT OH UBAT..


Ubat...sememangnya ubat bukan kegemaran semua orang, tapi cintamama suka dengan ubat dan cintamama mudah untuk makan ubat...haaa disini cintamama nak cerita sedikit tentang pengalaman anak cintamama..dia bukan yang jenis suka makan ubat dan dia memang payah kalau cintamama nak suruh dia makan ubat..puas berkelahi baru boleh habis semua ubat yang dia kena makan...

Hari ini saja cintamama naik pening kepala sebab anak cintamama.. dia sakit kepala dan cintamama pun bawa dia ke klinik untuk diperiksa..doktor cakap dia kena migrane...balik di rumah nak makan ubat la kan, tapi ya ALLAH...punya susah, dah naik sakit kerengkong cintamama dok bertekak dengan dia, sebab dia tak boleh nak telan ubat tu... dari kecil sampai sekarang dah besar..dah tingkatan dua pun masih payah nak makan ubat..dulu semasa kecil dia payah nak makan ubat air, setiap kali nak makan ubat siap berjampi dulu adoi punya la pening kepala cintamama ni...hari ini pun dia payah nak makan ubat jugak, kena pulak ubat yang besar-besar lagi dia tak boleh nak telan..cintamama dah puas bercakap tapi dia tak boleh-boleh nak telan jugak..adoi sakit hati betul..

Adik dia pulak kalau bab makan ubat nak saja...si adik ni tak takut nak makan ubat berlainan dengan si abang dia... adik dia kalau kita suruh makan ubat dia senang makan dan tak banyak kerenah dan cintamama pun tak pening kepala sangat kalau dengan si adik ni..yang dok sakit kepala dengan si abang ja, hari ni si abang nak makan ubat migrane tapi cintamama yang nak migrane balik..awat yang tak migrane balik haaa dah dok bertempik dengan dia suruh telan ubat tu...dah la cintamama pun ada migrane jugak, tapi nasib baik la tak datang balik migrane cintamama ni hehehehe....

Korang pulak suka tak makan ubat dan payah atau senang makan ubat.. mari kongsi dengan cintamama pengalaman korang tentang ubat..ok..

SUASANA RAYA PUASA DAN KORBAN

Hai semua para2 blogger..rasanya dah lama tak up date status baru kat sini..Semuanya sihat tak,harap-harap sihat la kan..hari ini dah raya yg ke 3, banyak tak korban kat tempat korang..kat sini boleh tahan banyak jugak hehe...hari ini nak citer pasai apa ya,eemmhhhh apa kata kita citer pasai raya kali ni...

Raya korban dgn raya puasa rasanya suasananya tak sama kan..betoiii tak? Sbb...nak tau sbb dia, sbbnya kalau raya puasa suasananya sangat meriah  dan hapening sekali sambutannya..persiapan rumah pun wahhh super duper cantik kan..hehehe...kuih2 raya pun byk tak terkira tu tak termasuk duit raya lg..haaa duit raya utk raya puasa mesti kena siapkan kalau tak...tak best la kan hehehe..makanan pulak wahhh mcm2 ada, kiranya naik sakit perut jgk la mkn hehe..satu lagi kalau mkn ketupat heemmm mesti x ingat dunia punya kan...kalau ada ketupat dan lemang mesti la ada rendang dan serunding..sedappppp tu..

Haaaa kalau raya korban plk tak rasa sangat kemeriahan nak rayanya..sbb, persiapan pun ala kadar je..kuih pun rasa2nya x buat pa..kalau ada pun 2-3 jenis je kut...ketupat mesti ada la...selalunya raya korban ni byk benda makan yg simple2 je seperti laksa, bihun sup, nasi beriani, nasi tomato, lontong, soto dan mcm2 lagilah...mkn yg mcm tu selalunya di hari raya korban...sbb kalau raya korban ni byk kenduri yg nak kena pi..rata2 tempat mesti ada korban dan kalau ada korban mesti la ada kenduri hehehe..sedappppp... nak2 lagi rebus daging cicah air asam peerrrhhhh terangkat gitu hehehe...duit raya plk selalunya di hari raya korban x disediakan..tu pun ikut sesetengah org la kan..lain org lain ragamnya dan kalau yg berkemampuan dia sedialah duit raya...

Mungkin raya puasa kita rasa seronok nak raya sbb kita berpuasa selama sebulan dan kita x sabar menanti hari2 berakhirnya puasa utk merayakan hari yg gembira setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa dan tiba masanya kita merayakan raya puasa plk..tapi bagi raya korban kita x puasa dan kita boleh makan dan minum dan mungkin itu jgklah sbbnya kita x rasa apa2 dan tiba2 je dah nak raya plk...mungkin itulah perbezaannya suasana kedua2 perayaan ini...mungkin bdk2 rasa seronok tapi bg kita yg dah berumur xde rasanya lg...heemmm anda bagaimana plk, best ke x raya anda...

KESIAN KAT AKU SIRI 2...

gambar hiasan..
Assalamualaikum semua bloggers...rasanya dah lama x ada apa2 entry baru..jadi hari ni nak citer tentang kesedaran sivik seseorang manusia..mungkin topik ini mcm, dah kita kisahkan tapi hari ni nak jgk citer kesinambungan dri topik yg dulu tu...haaa apa lg kalau x pasai kucing yg menganggu kehidupan seharian ni la kan..

Bukan x suka kucing tapiiii x suka la dgn perangai tuan kucing yg x sedar tentang kita tu hidup berjiran dan kena la tahu menjaga hati jiran tertangga kan...kalau bela kucing setakat seekor dua di dlm rumah, tu boleh diterima pakai oleh setiap pemikiran otak ni...tapiiiii kalau dah membela tu sampai 4-5 ekor sapaaaaaa yg boleh tahan chaq.... dah la wat sangkar besar kat tepi perengan pagar rumah dah tu x reti nak jaga kebersihan sangkar kucing dia plk...sakit hati betoiiiiii, kalau korang la kan di tempat sis ni apa la yg  korang buat kan..

Cuba bayangkan kehidupan sis selama dah nak dekat setahun pindah ke rumah sis ni...pagi2 bagun tido dah kena buka kipas angin..pintu dgn tingkap x usah ckp la memang x leh buka punya...kalau buka, ya ALLLAH bau dia semerbakkkk... pening tau kepala ni, tapi apa daya diri ni hanya menahan kemarahan dlm hati je la...nak ditegur takut marah or depa kecik hati plk...susah betoiiiii la...kalau time hujan turun lebat lagi la bau dia menusuk2 ke lubang hidung ni..sis bukan apa, cuma kain baju pun x sedap la nak sidai bau dia tu mcm melekat..tapi entah la kan...setakat ni x la lagi bau dia melekat di pakaian lagi, tapiiiiii kalau sampai melekat di pakaian memang nak kena dgn sis la depa ni....

Dah nak dekat setahun sis pindah masuk rumah sendiri  tapi bila nak wat kenduri kesyukurann dgn arwah je selalu terbantut...tau sbb apa??? haaaa apa lagi, bau tahi kucing tu la...mcm mana nak wat kenduri kalau dah bau dia kuat sampai mcm tu...nak mkn pun x lalu kalau dah bau busuk mcm tu...kadang2 kan sis saja la nak mkn dpn ruang tamu di rumah tapiiii, bila je terbau busuk yg menyucuk hidung ni terus terbantut selera mkn ni...haaa korang lalu ka mkn kalau dah bau tahi kucing lekat kat hidung korang...tentu x kan, mcm tu la jgk dgn sis...larat ka nak duduk dlm rumah je dgn pintu dan tingkap dok tertutup sepanjang hari...x larattttt oooooo...dah mcm org dok dlm penjara ja tau,lama2 x tau apa yg belaku kat luar...dah la lorong yg sis duduk ni x best, x mcm lorong rumah lama sis duduk..rumah lama jiran2 semua sis suka dan baik2 dan rasa happy lah kan...semua pun geng kita je...tapi bila dok sini xde kwn pun..ada tu ada la kwn tapi semua dah berumur yg baya sis ni kurang..huhuhuhu cian siskan....

Ok...kesimpulannya di sini ialah kita sesama manusia kena tahu menjaga perasaan org..sbb kita hidup berjiran kalau hidup sorang2 dlm hutan x pa la...hang nak busuk satu kwsan pun x pa..ni dok sebelah menyebelah, kena la jaga hati jiran2..tah2 jiran2 x suka ka kan, kena la prihatin dgn pekara2 yg mcm tu...x boleh la nak syokkk sendiri ja..kebersihan harus di utama kan..memang la dia basuh dan cuci sangkar tu api bkn hari2...kalau dah sangkar besar mcm tu dan kucing plk byk, kena la cuci selalu... kalau x mau jaga jgn bela kucing...meluatttttt betoiii la...sampai bila la harus di tanggung derita ni..

Kalau korang baca entry ni dan ada apa2 cadangan or nak kongsikan dgn sis komen la kat bwh ni ye...harap sis dpt cara penyelesaiannya...

BILA WARGA EMAS MAIN FUTSAL

Hai semua blogger..rasa2nya dah lama x ada entry baru. Ok, hari ni nak citer pasal aktiviti yg di jlnkan kat tempat tinggal sis..Pada pagi ni ada aktiviti utk warga emas atau dipanggil dgn "PROGRAM MESRA JIRAN EMAS"... haaa jgn x tau, program ni mengadakan petangdingan futsal antara warga2 emas ni...walau pun semuanya dah berumur wahhh jgn x tau semuanya masih ligat lagi menyepak bola hehehe...aktiviti hari tu bkn saja ada futsal malah ada servis moto modenas dan pemeriksaan kesihatan utk penduduk2 tmn tu..
pemeriksaan kesihatan dari klinik Bidong

Haaahhh yg ni sedang melakukan pemeriksaan kesihatan oleh misi2 dari Klinik kesihatan Bidong...misi2 ni tgh dok periksa kencing manis, darah tinggi dan mcm lg lah..sis pun periksa jgk, mula2 tu takut la jgk nak p periksa manalah nak tau kan kot2 ada kencing manis dgn darah tinggi... tapi alhamdullilah lah sbb dua2 x da cuma dinasihatkan kena turunkan lg berat badan sbb BMI x padan dgn tinggi sis so hehehe faham2 sendiri la kan..haaa satu lg kena la jaga pemakanan sbb paras gula pun agak2 tinggi la jgk... 8.3 tu tahap gula sis wahhh memang nak  kena jaga  ni, x leh minum yg manis2 sangat dah...
warga2 emas (ni semua nak main futsal ni)
 Haaaa yg ni lah peserta2 warga emas yg nak main futsal ni, ceehhh tgk ada gaya x depa...biasa la bila nak main kan mesti la ambik gambar ramai2 utk dijadikan kenangan kan..yg pasti depa happy dan semua terhibur, tu la semangat namanya..jgn ingat org tua2 ni x da stamina huwooo boleh tahan jgk depa lari hehehe..

tgh nak sepak bola..baik2
 Bila org2 tua main kan biasa la mcm2 gaya ada, kdng2 rasa nak tergelak pun ada...maklumlah perangai depa ni mcm2 fesyen yg pak lwk pun ada haiiii mcm2 lah... tapi mlm ni sure depa sakit satu badan hehehe mau x sakit urat tua , jem la hehehe...ada yg jatuh ada yg tergelincir yg belaga sesama sendiri haiiii kesian tgk depa..yg pasti seronok hari tu walau pun acara ni utk org2 tua dan kami sebagai penduduk taman memang patut memberi sokongan pada mereka..itulah namanya hidup bermasyarakat...saling bantu membantu..

moto sdg di servis oleh pekerja2 modenas
Aktiviti tu bkn saja utk depa main bola..haaa mcm kami penduduk boleh gak bawa moto p servis kat kempen servis yg modenas telah sediakan...bila kami bawa moto dpt lah kupon cabutan bertuah ..haaaa nak tau x apa hadiah dia, hadiah dia memang menarik iaitu sebuah basikal yg memang berbaloi la kalau menang...tapi apa kan daya sis x da luck la nak dpt basikal tu huhuhu...x pa la kan mungkin dah jadi rezeki org yg menang tu..apa2 pun memang menarik dan best aktiviti hari ni....last sekali kami semua di jamu dgn makanan yg di msk oleh penduduk taman ni...moga2 aktiviti ni akn diadakan lg dan ni semua membuat kami penduduk taman lebih saling membantu dan kita mestilah hidup dlm bermasyarakat, itulah tujuan aktiviti ni...

alif satar- lelaki seperti aku

Stacy - Kisah Dongeng

JOM KE LANGKAWI...

"PULAU LANGKAWI"
Haaa entry kali ni nak citer mengenai langkawi.

Langkawi oh Langkawi...sapa yg x pernah pergi Pulau Langkawi tentu semua pernah pergi kan..citer bab Langkawi ni tiba2 je rasa mcm nak pi je kan..dah lama rasanya x pergi Langkawi...seingat2 sis la kan, masa pi Langkawi dlu, time tu masa muda2 la..pi pun dgn mak ayah lg, rasa2nya dah berbelas tahun x pi...rasa nak pi la kali ni..tapi x tau la bila boleh sampai...bkn apa sis teringin sangat nak naik the sky bridge alaaa yg jmbtan gantung tu...haaa tu dia gambar dia kat bwh ni...haaaa mcm ne gayat x...sis x tau la gayat ke x, tapi sis ni kiranya lasak jgk lahkan..tapi x tau la kan dah berumur ni kot2 darah gemuruh..dlu masa muda ok ja..hehehe..

the sky bridge.
Berjaya beach resort.


Berbalik pada citer kita tadi..permandangan di pantai sangat cantik, kalau boleh nak je duduk kat situ kan..xyah blk umh pun x pe kan..hehehe kalau boleh la...tapi kalau org sana tentu best kan, hari2 main pasir pantai..pas tu plk boleh selalu tgk matahari terbenam..aduhhh bestnya...nak2 lg duk plk kat resort yg mcm kat ats ni..huuuu syiokkk giler tu, siap boleh tgk air laut lg kat bwh..hehehe 
Ni plk makam mahsuri, dlu masa dtg sini tmpt ni x la ctk mcm ni lg skrg tgk dah ctk...byk tmpt2 yg menarik yg boleh di lawati bersama keluarga dan sis akn go to langkawi one day and langkawi here i comeeeee...hahaha.    

Citer tentang pantainya plk..aduhhh x usah ckp la kan...memang cantik...dpt plk jln di persisiran pantai tu dah ckup menenangkan jiwa...melihat keindahan alam semulajadi ciptaanALLAH sungguh cantik dan ketenangan itu selalunya tiada bila blk ke bandar..kan..pasirnya yg putih tu buat hati rasa happy...nanti nak dtg la kat sini...heemmm tapi bila lah kan akn sampai ke situ  pun x tau la..hehehe hope someday i will come here...nama je duk kedah tapi x sampai2 lg tmpt sendiri kan....sebenarnya byk lg tmpt menarik yg boleh kita lawati di langkawi ni..ni cuma salah satu je...by the way enjoy k...

GEMOK vs KURUS

"INI BKN AKU INI HYALAH CONTOH JE, HEHEHE"

Hari ni nak cerita skit tentang DIET..dietttt, memang la sapa pun kalau nak nmpk cantik mesti nak diet kan, nak2 lg nak badan mcm model tu... aku pun nak badan mcm tu jgk..tapi apa kan daya hajat x sampai2 lg..bukan x jelos tgk org yg badan cantik2 dan boleh pakai baju mcm2 fesyen..aku pun nak jgk mcm tu..bkn x pernah usaha tapi x turun2 jgk berat bdn ni...dulu masa zaman ank dara aku ni kiranya bdn memang kurus giler la hehehe...tapi bila dah ank sorang mulai lah bdn naik...mungkin sbb x jaga mkn kottt...msuk ank no 2 naik lg..sampai ank no 3 naik lg...hadoiiii mcm mana tu, diet dah x sanga2 dah tapi x turun2 jgk...

Kadang2 malu jgk bila nak jln dgn keluarga sbb rasa diri ini x cantik dan terfikir ank2 dan suami tentu malu sbb aku x cantik...huhuhuhu...dulu dah bermacam2 jenis ubt diet di telan tapi x nmpk hasil pun..mula2 tu turun la, tapiiii ckit je turunnye pun...kdng2 dah giveup utk diet...

Cuma baru2 ni kwn kena serangan jantung sbb colestrol byk dan dia nak kena psng spring kat jantung dia...mulai dari hari tu aku pun rasa aku kena jaga kesihatan diri dan kena cuba sekali lg utk diet...ini pun utk diri aku jgk..kalau bdn aku kurus tu dah satu bonus buat aku..dulu aku hya 46kg skrg 95kg haaaa byng kanlah mcm mana aku dlu kan...aku pun kdng2 malu tgk diri aku yg gedebab mcm ni..kadang2 menitis air mata sbb gemok... aku tau org dok mengata aku cuma aku sabar mungkin dia orang melawak..tapi dlm hati tuhan je yg tau hati ni menagis kerana kekurangan diri..rasa diri ini hina sangat hhuuawaaa...

Semasa aku menulis entri ni air mataku mengalir dgn derasnya..tiada aku sesali dgn bdn begini tapi aku jua nak memiliki bdn ku yg seperti dulu...aku tahu ank2ku malu sbb ibu mereka x mcm ibu org lain "kurus"...itu yg buat aku terluka...

Aku hya boleh berusaha utk menjaga diet aku dgn baik dan aku harap aku akn berjaya mendapat kembali tubuh bdn ku seperti dulu...kalau x dpt mcm ank dara tu pun x pa janji turun dan aku sihat...aku harap korang akn mendoakan aku agar aku berjaya menempuhi kekusutan yg aku tanggung dan hya aku yg bisa menolong diriku sendiri dan dgn sokongan moral korang aku akn lg berusaha dan aku ingin diriku sihat sesihatnya...insyaallah, aminnnn...

KESIAN KAT AKU :(

Assalamualaikum semua blogger...hari ni nak citer ckit pasai org yg pelihara binatang tapi x tau nak jaga kebersihan dan perasaan jiran tetangga...
Cuba korang fikir bela kucing pnyalah byk siap wat sangkar besar plk 2..tahi dia tu x yah ckp la kan byk mana dan baunya plk yaallahhhh pnya la busuk tak sangga2...bukan dia tak basuh sangkar tu, dia basuh cuma bkn hari2..kalau hari2 rasanya x lah bau sangat kan...ni, sampai lalat hijau(lalat tahi) tu pun mai dok hinggap...cuba bayangkan jiran yg dok sebelah ni sudah la...nak2 lagi bila time hujan turun baunya yg semerbak tu menusuk2 hidung ni...
Nak tegur, nanti takut bermasam muka plk.. jiran2 ni pyh nak kata apa pun, sbb dia dah dok lama mcm kak plk baru pindah ja kwsan tu, x syok la plk kan kalau pakat2 dok tarik muka kan...kita nak hidup dlm masyarakat ni nak aman damai x mau gaduh2 tapiiii kalau dah mcm ni gayanya mcm mana 2...cuba bayangkan tiap kali nak sidai baju kena dok tahan nafas, pnya la seksa.. sudah ja sidai baju terus ja lari masuk dlm umah, tau kenapa?? haaaa nak termuntah la sbb busuk sangat...sampaikan pintu umah pun pagi2 x leh nak buka, kalau buka ja pintu 2 pagi2 kan na'uzubilah menusuk hidung ni...sampai bila nak tutup pintu ja kan, kita pun nak tgk jgk permandangan dan hirup udara bersih kat luar umah...kalau mcm ni gayanya mcm mana nak hirup udara segar kan.. tu bknnya udara segar tapi udara yg teramat2 tercemar...yg hairan 2 kwn2 dia x bau ka udara busuk 2...
Yg menjadi kemuncak kemarahan ni kan...hari ni, tgh dok sapu sampah kat luar umah tetiba ja bau semacam... rupa2nya dah terpijak tahi kucing... haaaaa apa lg mula la naik angin kan, mulut ni apa lg mula la nak maki dan kata yg mcm2.. panas hati ni, sapa x berang kalau mcm ni.. last2 sekali tinggal mcm 2 ja sampah 2 sbb dah marah, sampai dah lupa tujuan asal lepas sapu sampah nak sidai kain plk..akhirnya tadi mlm baru sidai kain yg menjadi kerungsingan ini adalah kain tu nanti kena ka bau busuk tahi kucing 2...kain baju kita nak pakai sembahyang...letih la kalau mcm ni..kucing 2 plk selalu terlepas dari sangkar dia dan bila dah terlepas apa lg dok mai ke umah sebelah la(umah kak la)...
Org lain pun bela kucing tapi tau jaga kebersihan kucing dan kwsan sekeliling agar x ganggu tempat tinggal jiran2..ini dak, dia kira jaga kucing ja.. tahi yg berlambak2 2 biar sampai lalat tahi pun mai..kotor betoiiiii la..haiiii ni yg geram sangat ni...bila la akn berakhirnya seksaan ini dan bila kah dpt menghidu udara segar dan x pyh tutup pintu lg pada pagi2 hari...haiiiii, kucing oh kucing awt la yg kau wat hidupku sengsara dgn tahi mu yg busuk 2... huhuhwwauuuu..

BUAH KEGEMARANKU

Assalamualaikum semua, haaa hari ni nak citer skit sbb seronok dpt mkn cendoi timun betik...kalau sapa yg pernah mkn buah ni tentu tau la rasanya mcm mana dan sedap ka tak..tapi bagi sis sedap sangat2....dah lama x mkn buah timun betik ni, seingat2 la dah dkt berbelas tahun x mkn buah ni...payah cari buah ni, so bila tanam sendiri haaaa baru puas mkn...
Ni buah sulung pokok sis..x sat sis baru je buat and dah mkn pun..rasanya,waaahhhh segar je memang sedap... sapa2 yg x pernah try buah ni cuba la, buah ni sejukkan badan...memang best dan kita nak mkn kena masukkan santan dgn ais batu...santan kena kacau dgn gula dan garam la kalau x nanti x rasa plk lemak2 manisnya...bubuh plk ais batu perrrhhh terangkat tu, hehehehe......bijinya sis dah wat benih nanti boleh tanam lagi buah timun betik..
Buah timun betik  ni memang cara mknnya mcm ni (mcm mkn cendoi)...so hari ni sis nak kongsi pasai ni la...dlm dok gaduh2 arnab pi mkn pucuk pokok ni akhirnya dpt jgk sis yg mkn dulu buah dia..hehehe, lain kali bila nak tanam lagi buah ni nak kena buat pagar keliling pokok ni la...memang x leh dok biaq kat arnab tu, habis mati semua pokok..nasub baik la buah sulung ni dpt jadi dgn elok...kalau x kempunan sis nak mkn hehehe....apa2 pun sis dah happy sbb dpt mkn buah kesukaan sis yg dah lama sis tggu2 dan idam2kan dari zaman skolh lg....hehehe :)

KAKAK OH KAKAK

Haaaa...ni nak citer satu story kat korang la..story ni memang wat aku gelak, ni kisah ank pompuan aku ..

Satu hari huby aku dpt tgkp dia sbb huby aku ada terbaca tulisan cinta2..kalau baca memang nak tergelak...amboiiii dah pandai ank aku ni x padan dgn kecik tu...hahahaha..tau ka dia apa makna "I LOVE U" tu, haiiii pening gak ni bila bdk umur 8 tahun ckp bab2 cinta...
Yg bestnya tu bila kita nak tya dia apa yg dia tulis tu, terus dia wat2 nak solat la pas tu nak tido la..tapi memang dia terus msuk tido..haaa tu nak elak dari kita soal siasat dia la tu...ank pompuan sorang ni memang mcm tu...bila kita nak suruh dia wat apa2 je dia mula la tido awai..dia sanggup msuk tido dri kena soal or apa2 lah...bahaya betoiii..tu baru kecik dah pandai dah mtk2 jgn lah dia dok fikir bab cinta2 ni lg...haiii aku dulu pun x pandai lg nak cinta2 ni tapi dia dah pandai la plk subut cinta2 ni...tah dia tau ke x apa makna cinta tu yg dia main tulis je....adoiiiii pening2...
Aku harap semuanya akn habis di situ sja..pelajaran yg paling utama dan bkn masanya nak fikir bab tu lg, baru umur 8 tahun...kain baju pun mak dok basuh lg...hahaha, nak tergelak aku..cinta konon...mcm la perangai ank2 ni..memang wat kita sakit kepala je...ni baru besaq ni, haiiii.

ARNAB OH ARNAB

Hai blogger semua, lama x jenguk sini..biasalah time2 cuti sekolah ni kenduri byk..nak kena tolong2 la apa2 yg patut kat rumah kenduri tu kan...tapi dlm bz2 ni pun rasa rindu la plk kat blog2 yg ada ni..so hari ni nak cerita skit tentang kebun saya...

Gara2 arnab sekor ni habis pokok2 yg ditanam nak mati..mcm ne dia mati...sbb si arnab ni mkn pucuk pokok, habis pucuk tu mati la dah x de sumber dia nak keluaq lg..dah mati terus, betoiii x..kalau dah pucuknya xde kot mana dia nak tumbuh lg...mcm ne dia nak menjalar lg..so lama kelamaan dia mati lah...sedih tau bila pokok yg kita jaga, siram dan bubuh baja tiba2 nak mati..dah la buah tu buah kesukaan kita..dah berbelas tahun x mkn...tiba2 jadi mcm ni plk...sakit hati  ni tau...

Yg geramnya si tuan arnab ni..lepas arnab dia ikut sedap dia je...bkn nak jaga arnab tu elok2,habis semua tanaman org dia mkn, silap hari bln arnab tu jadi satay kang..hehehehehe....sakit hati tau bila dlu mula2 tgk pokok tu segar je dan daun2 semuanya hijau2, memang best la tgk...tapi la ni sakit hati dan sakit mata memandang pokok tu..apa xnya, dah nak layu semua daun..xtau la sempat ke x mkn buah timun betik yg aku tanam tu...dah la buah tu sedap giler....susah kalau ada org yg xde tanggungjawab pada haiwan peliharaan sendiri...semua ni memang membuat aku benci la pada si arnab tu...tapi aku harap aku akn dpt juga mkn buah timun betik tu...sbb buah sulung dia dah besar tggu masa nak msk je ni...jgn time tu nanti kena curi dah le..kalau x ni memang dah kes naya ni...huhuhuhu...

APA TERJADI SELEPAS HABIS RAYA

Amboiiii dah lama x jenguk sini, cian blog ni asyik dok lyn blog yg lain ja blog ni mcm dah dilupakan ishkk2... Oklah topik kita hari ni tentang "mcm mana pokek korang selepas beraya"... 

Selalu bila time raya semua org seronok la kan shoping sana shoping sini, raya pun best je kan, sbb pakai baju baru dah la tu cantik2 plk kan.. cuti pun lama, haaa apa lg best la jgk blk kmpng beraya kan! tentu x ingat dunia kalau boleh beraya nak2 lg beraya dgn BF ke GF ke kan kan kan....hehehehe biasalah kalau masing2 dah ada couple tentu nak beraya dgn pakwe/makwe masing2 kan... 
Ok...dah habis raya tibalah time nak masuk kerja balik, haa time ni la yg x berapa nak msyuk sikit kan.. apa taknya pokek pun dah jadi ringan kan so terpaksalah berpuasa kat tempat keja...haaaa tu la bila beraya x ingat semua tu dan bila dah ingat semuanya dah terlambat...gaji utk raya selalunya tentu dpt awaikan...haaa ni nak tunggu gaji hujung bln pnya la lmbt lagi jadi terpaksalah jimat2... lain kali beringat bila berbelanja sbb kalau dah jadi mcm ni sapa yg susah, kita la yg susahkan...hehehehe....
Oklah..lain kali bila kita melakukan sesuatu mesti beringat dan harus berfikir tentang hidup selepas habis raya nanti...nak happy bolehhhh tapi kena la berpada2 happy tu...jgn time raya je happy habis raya monyok je muka tu kan..hehehehehe...apa2 pun beringat2 lah sebelum terjadinya kelaparan selepas raya..tata....

SAMPERIT OH SAMPERIT


Hai semua..sihat tak???? Mesti la sihat kan, kalau tak, tak best la nanti nak raya...topik kita hari ni KUIH RAYA... haaaa cakap tentang kuih raya ni, buat sis teringat masa mula2 sekali nak buat kuih raya..time tu mana la pandai lagi mcm sekarang kan... first time sis buat kuih raya, kuih tu x serupa kuih hahahaha..tau apa jadi dgn kuih tu, kembang giler kuih tu dah la tu x msk pulak dlmnya..hehehe, ni gara2 x pandai la kan..konon2nya nak belajar sendiri la... kuih yg sis x boleh buat sampai skrg kuih samperit..haaa kuih tu memang sis punya favorite pun...mintak kat org nu mintak kat org ni (mintak resepi la hehe) depa bagi tapi bila sis buat x jadi pun...dlm hati mula la kata "depa ni bagi kat aku resepi x betoi ka, tipu betoi la  depa ni kedekut ilmu..." haaaa mula la dlm hati kata mcm2 kan...

Tapi memang kenyataannya sis sampai skrg x reti buat kuih samperit...sis pun x tau apa yg silapnya kuih samperit sis tu... haaaa skrng sis dah pandai buat kuih..mcm2 kuih sis boleh buat...sis x belajar kat sapa2 pun, sis belajar sendiri je...buku resepilah yg menjadi guru sis...alhamdullilah skrg bila time raya je x pyh oder kuih kat org dah...sis buat sendiri je, buat sendiri lebih sedap dari yg beli kat tepi jln kan...dapat pun byk dari yg beli..kalau beli ada 50 biji je dan kalau kita buat sendiri sekurang2nya lebih dari 100 biji kita dapat...tu la untungnya buat sendiri..pertama sedap kedua banyak dan ketiga jimat....

Heemmmm... sis pun dah nak mula buat kuih raya ni...mungkin hari Ahad ni nak mula buat kuih dah..ingat2 tu dlm 6-7 bekas je nak buat...tapi tgk keadaan dulu la larat ke tak...maklumlah x de sapa yg nak tlg sis buat..ada ank dara pun kecik lagi, bukan tau tlg tau mkn bagi habis adalah..hehehe, nak harap ank teruna..heemmm pun x boleh pakai...nampaknya terpaksalah bertungkus lumus seorang diri...letih tu jgn cakap la, tapi nak raya punya pasai x pa....tapi terkilan la x boleh buat samperit...mkn kat rumah org memang la boleh, tapi malu la nak mkn byk2..kalau ada kat rumah kita nak mkn byk mana pun x pa kan...hehehehehe....ok lah ini sajalah yg sis boleh citerkan...nanti kita jumpa lagi di lain entry ok...SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA BLOGGERS.....

LAVENDER..


Lavender....tiada apa yg dapat di gmbrkan dgn lavender selain cantik dan wangi...juga mendamaikan...warnanya saja dah buat org yg melihatnya rasa damai dan tenang... Inilah warna kesukaanku, warna yg memberiku inspirasi dlm kehidupan...bila saja hati tidak tenang, kelembutan lavender sudah cukup buat ku gembira dan wangian aromaterapinya juga boleh mendamaikan jiwa yg lagi berduka....

Lavender.... inilah dia kesukaan semua wanita dan gadis...bohonglah kalau tiada gadis yg x suka lavender, lavender amat cantik...tiada yg dapat menandingi keharuman dan kecantikan lavender...andai dapat berada di taman lavender..ohhhh sungguh gembira hati ini...mungkin suatu hari akan tercapai segala apa yg di hajati...sesungguhnya lavender adalah cinta hatiku..cinta yg damaikan hati ini...hehehehe

Lavender....kaulah haruman yg menyerlahkan seluruh hidupku dan kau lah penyeri warna peribadiku...tiada warna dan haruman lain yg dapat menganti kau lavender dlm hati ini..sesungguhnya kau la haruman yg ku sayangi....
Assalamualaikum semua... lama x singgah sini, rasa rindu plk...asyik dok jenguk kat tempat lain je sampai blog ni dah lama x kemas kini... semua sihat tak, sihat kan..ok la tu kalau sihat, kita kena la sihat2 selalu dlm bulan ramadhan ni kan.. nanti kalau sakit sapa yg susah..kita jgk kan, nak kena ganti posa la...haaa,tentu x mau kan. Hari ni nak cerita sikit tentang gelagat ank2 kecil di bln posa ni..hehehehe....... Ni kisah ank sis la, tiap2 hari bila balik sekolah je muka dia mula la wat sedih...apa lagi nak mtk buka la, sis wat tak tau je...kalau nak diikutkan kerenah dia hari2 dia nak buka, lagi pun syng la posa dah lebih dari setengah hari tinggal beberapa jam je lagi nak waktu berbuka, syng kan...lama2 dia pun snyp la,dah x bising2 dah... itu lah kerenah dia tiap2 hari bila balik sekolah... yg syok tu, bila pagi pi sekolah dia ceria je, bila time balik dan sampai di rumah dan2 muka tukar jadi masam...haaaa tu semua taktik la tu nak suruh sis kesian kat dia...hahahaha..mcm2 la perangai ank2 ni kan...tapi alhamdullilah lah dia masih boleh bertahan sampai hari ni dah 11 hari kita brpuasa... sis harap dia boleh lah sampai habis posa sebulan tu. Kadang2 kesian gak tgk dia, tapi kena keraskan hati ni , kalau x sampai bila pun dia x leh posa...sis pun dah janji nak bagi duit raya kat dia kalau dia posa habis..tentu la dia seronok... hemmm jenuh la nak kena tgk dia belakon hari2 letih lps balik sekolah...sabar je lah kan, nak wat camne lagi wat dono je lah...

NASIB BAIK DAPAT MAKAN..

sekadar gambar hiasan
Beberapa hari yg lepas aku sibuklah dok msk didapur..punyalah msk x ingat apa dah ni, lauk semua dah siap msk dah aku pun tgk jam dah nak dekat pukul 7..lagi 5 minit je lagi nak pukul 7..tup2 aku tertengok kat periuk nasi karan, aku perasan lampu periuk karan tu x nyala..apa lagi terus pi buka tudung periuk la, tgk2 memang betoi apa yg aku fikir...rupa2nya aku x letak nasi lagi....nasib baik tergerak hati ni nak tgk periuk kalau takkkk haiii minum air je la jwbnya...hehehehehe.
Aku pun apa lagi cepat2 la piletak nasi..nasib baik la hanya ambik masa dlm 20minit je nasi nak msk..sempat jgk lah aku sekeluarga mkn nasi haiii...mcm mana lah boleh terlupa, dah tua agknya aku ni asyik dok lupa ja hehehehe...tu la kan, kalau usia dah meningkat apa yg dok difikir pun x tau..mintak2 kejadian yg mcm tu x berulang lagi...kesian ank2 aku kalau x leh mkn nasi.. heeemmm tapi akhirnya semua pun dah kenyang walau pun kejadian pada hari tu amat lucu bagi aku.



PENING PENING....

Hari ni dah puasa yg kedua dah, nak msk apa ya ptg ni, haiiii ni baru hari ke 2 belum lagi 2 minggu dah tak tau nak msk apa... pusing gak ni fikir apa yg nak di mskkan... kalau laki aku ni mcm laki org lain senang la citer kan...mau gak mkn lauk luar sekali sekala... laki aku tak mau la, dia lebih suka mkn lauk bini dia gak yg msk...kdg2 kita pun nak gakkan rasa lauk luar kan3x... kita pun jemu la asyik mkn lauk yg kita msk je nak gak tukar2 selera... jwbnya x merasa la kalau dah mcm ni pnya caranya...

Haaa...sapa kata senang jadi surirumah sepenuh masa, ingat kejanya x susah ke mcm org keja pejabat...org keja pejabat guna otak je..tapi keja rumah ni guna tenaga...penat oiiii.... dah la tu, x habis2 plk kejanya.. siap je wat semua keja boleh la rehat jap kan... tapi bila balik je ank2 dari sekolah haaaa... time tu mula la nak berselerak balik rumah tu... penat oiii mengemas x habis2, dah habis mengemas nak memasak pulak nak bagi ank2 dan suami mkn... dok kat dapur pun letih dik oiii, mana panas api lah..haiii mcm2 lah...susah jadi org dapur ni(org pompuan)....so...sekali sekala tu nak gak kan mkn luar..

Apalah salahnya kan bawa isteri dgn ank2 mkn luar bukannya nak luak pun pulus dlm wallet tu kan... sekurang2nya hati isteri pun seronokkan... tapi saya kira ok la kan sbb dpt laki pun boleh gak bertolak ansur kan...kalau la dapat yg x leh nak kata apa mampuiiih aku hahahaha... so, ok lah lagi dgn hidup mcm ni... sekurang2nya x kebulur dpt gak pakai dan mkn...ada setengah2 nu apa pun x da..lagi kesian kan...jadi kesimpulannya bersyukur dgn apa yg ada dan jgn tamak...huhuhuhu....heeemmm....

JOM TIDO

waahhh....semalam aku x tido,mlm ni pun kira2nya lewat jugaklahkan...patut la mata ni dah rasa berat pun rupa2nya aku dah ngatok...x pernah rasanya aku tido selewat ini...ngatoknya, mata pun pedih dah ni...heemm aku pun nak masuk tido dah la..nanti nak bagun sahur plk..

My Dream Island...

kepulauan bali..bestnya kalau dpt p kan..
jeju island..pulau impian ku,berlari2 dlm rimbunan bunga2 yg indah..
pulau tioman, memang cantik dah lama nak p kat sini..pulau impian

SAHUR JOM SAHUR..

Hari ni sahur pertama.. mungkin terlalu  seronok nak sahur aku sampai x tido lagi..ni jap lagi terus masak utk sahur pulak.. jam pun dah hampir 3:34 pagi, mata x ngatok ... heemmmm terus sahur lah kan, blogger2 semua dah sahur ke.. kalau belum jom lah sahur dgn sis ya...hehehe, sis pun pagi ni nak msk apa pun x taulagi ni... pada yg belum bagun tu bagun cpt ya kita sahur sama2 ...selamat bersahur semuanya, semoga puasa pertama berjalan lancar ok...sis nak gi masak dah ni...ok jom sahur..
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA PADA SEMUA WARGA BLOGGER YANG BERAGAMA ISLAM..SEMOGA PUASA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH YANG MAHA ESA....SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERSAHUR PAGI NI YA...

DAPUR KU MELETUP...

sekadar gambar hiasan
Nak cerita la sikit kisah yg terjadi kat sis beberapa hari yg lalu...waktu ni sis tgh dok masak,tiba2 sis terperasan satu cahaya kecil diruang permukaan dapur sis..dapur sis tu permukaan dia kaca so memang thn panas pun...tapi bila sis sentuh kat cahaya kecil tu, panasnya punya la tak leh tahan rasa mcm nak melecur ja tangan ni...sis pun try la letak tapak tangan sis kat tempat yg dkt dgn tungku dapur, x panas pun..sis pun apa lg terus tutup api la takut jadi apa2...Waktu tu atas dapur dok msk sambal tumis petai dgn udang...tak berapa saat lepas sis tutup api, tup2 satu letupan kecil bunyi "poop"....sis pun terkejut la waktu tu, pusing2 ja kepala tgk2 beterabur semua kaca di merata tempat...hancur habis sampai tinggal rangka ja dapur tu...nasib baik kaca tu x pecah tajam2 kalau x mesti kaca tu dah kena sis sbb sis berdiri sebelah dapur ja...cuma kenalah sikit kaca di kaki kan sbb kaca tu terbang merata tempat...cuma dah dia pecah mcm cermin kereta tu so x lah bahaya sangat... tapi tetap takut jugak... Bila fikir2 balik, permukaan dapur sis pecah tentu sbb cina yg mai perbaik dapur sis tu punya angkara...dia mai cuci dapur nak bagi api deras la konon, tapi dia p buang lapisan kertas timah di bawah permukaan kaca tu dan dia x bubuh balik...sis rasa pasai tu la dapur tu meletup, sbb dia x tahan panas...heemmmm, melayang beratus ringgit sbb dapur tu saja pun beratus... Akhirnya terpaksalah guna dapur gas biasa ni, nak beli yg jenis tu pun nak guna duit byk jgk dah la nak puasa pas tu nak raya pulak..memang dugaan sungguh...tapi apa2 pun aku selamat...dapur biasa pun biasalah...so hati2lah wahai kaum ibu bila berada didapur, jaga keselamatan diri dan hati2 dgn peralatan dapur... kejadian ini tak dapat dilupakan dalam sejarah hidup sis dan ianya sentiasa dalam ingatan

PERKARA YG LWK TERJADI PADAKU...

Hari ini menjadi sejarah dlm hidupku bila aku cuba2 belajar utk melakukan semua pekara dgn sendirinya.. Mula2 aku kekok tapi aku beranikan diri, mujur ada kwn yg membantu, kalau x tentu xkan berjln lancar kerja ni... Pengalaman pertama kali belajar buka akaun sendiri tanpa bantuan huby dan aku berjaya walau pun pada mulanya ada cikit kekalutan kat bank...Apa taknya, mcm mana la aku boleh x ingat no umah aku sendiri...lawak betul kan, mujur kwn aku tlg aku call my huby dan semuanya dah ok... Huby aku siap boleh perli lagi "nama suami dia ingat x".. tu perli aku la tu ha ha ha ha ha... kesimpulannya disini aku mendapat pengalaman baru mcm mana nak buka akaun sendiri dan buat pembayaran melaui on9..So lepas ni xyah lah aku kalut2 nak ke pejabat pos nak bayar bil nu bil ni lagi...semuanya melaui on9 ja, mungkin bagi org lain akn kata aku ni kolot lah sbb buta IT.. Tapi sekurang2nya aku mahu belajar walau pun kdng2 aku slow sikit, dulu zaman aku mana ada semua ni dan skrnglah masanya aku nak belajar dan aku rasa belum terlambat utk semua itu...Waahhhh, akhirnya aku dapat jgk apa yg aku nak dan aku harap aku akn berjaya semoga ALLAH menberi jlnNYA agar aku akn keluar dari masalah aku... Di mana ada kemahuan di siti ada jlnnya dan dgn usaha baru kita akn berjaya...aku pun nak berjaya mcm org lain jgk...Tapi kiranya hari ni memang lwk utk aku dan aku hargai pertolongan kwn aku tu...TQ sangat2, harap aku pun akn berjaya mcm dia...
Petang ni sis g Tanjung Dawai dgn fmly sis.. biasala shoping ikn2 kering wat bekal utk bulan puasa ni...sis kalau bulan puasa ni bila sahur ja x lalu la nak mkn yg lauk kira mewah la kan kalau aym dgn sotong ka...memang xlalu..kalau hari per1 hingga seminggu tu boleh tahan lg..tapi pas tu xlalu la..mesti ada telur masin dgn ikn bilis bila nak mkn sahur... ikn bilis plk kan sis suka msk cili msm2 manis gitu..sedap, ada rasa pedas ckit msm ckit wahhh dah teliur dah ni....mcm nak wat esk ja...hehehehe. Haaaa hari ni ja kira2nya habis jgk la kan duit tu..tapi xpa utk mkn punya pasai ok jaa ...bknnya kita wat yg bkn2 kan...hemmm dah x berapa minggu ja lg nak puasa ni...x sabar la plk kan...nanti bln puasa jenuh la kepala sis nak memikirkan menu apa yg nak dimsk utk berbuka...haiiiiiii x puasa lg dah pusing dah ni..hahahaha
Hai blogger fan, lama sis x tulis apa2 kat sini...ni semua gara2 org curi kabel lah, sis xleh nak guna internet sampai 10 hari....bosan tu xyah ckp la, teramat2 bosan sampai deman sis... tapi skrng dah baik dah, berbalik cita tentang org curi kabel tadi kan...sis pun hairan, napelah yg diaorang buat keja mcm tu...kalaulah tgh2 dok curi tu kan, sesuatu yg buruk terjadi...haaaaa sapa yg nak jawab tu....ni menyusahkan sis dan org2 yg mengguna line yg sama...dlm dunia ni masih byk lagi keja yg halal ni keja yg x halal jgk depa nak buat... sis bukannya nak mendoakan yg xbaik untuk sipencuri tu tapi sis mintak sangat supaya lain kali buatlah keja yg halal dan xlagi menyusahkan semua org.... sis geram bila sis xleh nak buka blog dan fb...tapi skrng, sis dah x marah lagi,semuanya dah kembali ke asal...

INILAH NASIBKU...

walau penat seharian bertungkus lumus wat keja rumah..tapi blog ni lah yg menjadi peneman dikala sunyi...nak tgk astro pun dah xleh dah,huby sis dah potong kononnya nak boikot la konon(dgn kwn2 dia la)... yg merana sis la tension gila...dah nak tgk citer korea kesukaan sis dah xleh... nasib baik ada gak blog ni boleh gak conteng2 apa yg sis rasa nak conteng hehehehe.... mula2 xda astro kan rasa semacam ja,semua adalah..heee memang xleh la dah macam cacing kepanasan ja gayanya...inilah bahananya bila xleh tgk astro...sooo nak wat camno wat bodoh ja la, hahahaha.....kalau sis nak tgk citer korea sekarang sis tgk kat internet..tapi tu la, lambat la sikit..bukan xtau dok login pun lambat gak...cemuihhh la....apa pun sis kena la biasakan balik macam dulu, masa2 xda astro dulu..haaiiii kenalah kan nak wat camno lagi terpaksalah sesuaikan diri ni...rindu sangat2 nak tgk citer korea ni....terima dalam pasrah, huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

IMPIAN

Dah masuk bulan 7 dah nu..sekejap ja,bulan depan dah nak puasa pas tu raya pulak... masa berlalu sat ja nu, pejam celik pejam celik dah nak habis tahun pas tu dah nak masuk 2012 pulak... umur pun makin meningkat,masa berlalu dengan cepat sekali... rasa2nya baru ja tahun 2011 kan..ni dah nak habis dah tahun 2011 nak jumpa 2012 pulak... impian korang ada yang dah tercapai tak untuk tahun 2011 ni atau pun masih dok tang tu jugak, tak kan nak bawak ke tahun 2012 kot... impian sis untuk tahun ni masih belum tercapai lagi huhuhuhu....nampak gayanya kena bersambung ke tahun depanla....korang pulak macam mana dah tercapai ke belum????????
Assalamualaikum...pagi ahad semuanya dah kesekolah, so tinggal sis sorang2..nak ajak huby jalan2 pun kenalah tunggu anak2 balik dulu kan... Tapi, nak jalan kat mana hujan2 ni kan... Hari ni awal hujan turun dari subuh sampai la ni tak berhenti lagi, sis pun risau gak ni...kalau la tak berhenti sampai tengahari nanti, macam mana la sis nak pi ambik anak2 kat sekolah...mintak2 tu hujan berhentilah satgi nu...