Followers

Search my Blog

TEMPAT PERCUTIAN YG MASIH DALAM PEMILIHAN

1-TERENGGANU MALAYSIA
2-MEDAN INDONESIA
3-MELAKA MALAYSIA

Cintamama setiap tahun kan pergi holiday, selalunya sekeluarga kami akan pergi beramai2 tapi tak de la ramai mana pun just 2 family.. Sebab bagi cintamama kalau konvoi ramai2 sanagt tak best cukup lah kalau dalam 2 family (2 buah kereta saja)... 2 tahun lepas kami 2 keluarga bercuti ke Langkawi tapi tahun lepas sebab keluarga cintamama sibuk sangat2 sebab tu lah tak de pergi mana2 pun.. Tapi tahun ni dah ada plan nak bercuti 2 family semula..

Kawan cintamama cadangkan pergi ke Medan Indonesia, tapi kos dia mesti tinggi kan.. Lagi pun ada apa yg best2 kat medan tu, setahu cintamama tempat orang gi shoping banyak la.. Cuma dalam fikiran cintamama ni dalam Malaysia pun belum pusing habis lagi dah nak keluar dari Malaysia.. Kalau ikutkan cintamama ada 2 tempat yg ada dalam fikiran cintamama.. Terengganu atau Melaka, tapi Melaka kami pernah pi dah, tu pun konvoi ramai2 masa tu pergi dengan kelab kereta, yg pi masa tu sebanyak 20 biji kereta, memang ramai la.. Tu kali kedua cintamama pi Melaka, kali pertama pula semasa kerja kilang tu pun sekejap je kerja nak ambik pengalaman jadi masa tu kilang tu nak bercuti ke Melaka jadi cintamama ikut la, time tu cintamama pun tak kawin lagi dan masih gadis sunti lagi hehehe...

Di pendekkan citer kalau pi Melaka balik nanti boleh singgah kat Nilai... Cintamama selalu dengar orang gi shoping kat situ, katanya murah2 hemmm murah macam mana pun tak tau lah selagi belum tengok dengan mata kepala sendiri kan.. Tu pun rasa macam semangat jugak nak pi... Terengganu pulak rasa2nya cintamama pun dah pergi sekali tu pun dengan konvoi yg cintamama ceritakan mula2 tadi... Dulu kelab kereta kami aktif konvoi ke semerata tempat cuma sekarang dah slow sangat..Jadi sebab tu cintamama suka hanya dalam 2 family ja yg pergi.. 

Ok, kalau Terengganu pula may be banyak pulau2 yg menarik tapi cintamama pun tak tahu sangat dimana dan bagaimana nak tahu tempat2 apa yg best..So lepas ni nak kena la search dalam google pulak kan :) Tak pe janji cintamama puas hati.. Tapi kalau pi Terengganu mesti terbayang2kan keropop lekor hemmm lapar dan2, haiii dah la bulan puasa ni hehehe...Nanti bila dh ada keputusan dan kami pun dah pergi haaa time tu cintamama akan postkan gambar2 yg menarik untuk tatapan kawan2 semua ya...

PUASA DI HARI KE 2


Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia ini, hari ini dah masuk 2 hari kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam..  So apa citer dengan puasa kawan2 semua.. Tak ada apa2 masalahkah, @ masih ada yang liat nak berpuasa ni :) .

Bagi cintamama dan keluarga  pula biasa2 saja, cuma pada hari pertama berpuasa anak bungsu cintamama terpaksa menahan sakit perut akibat perut masuk angin.. Nak bagi dia buka puasa pun sayang jugak sebab dah nak dekat sangat dah time berbuka cuma tinggal lagi setengah jam saja pun, sayang la kan kalau bukak time tu, betul tak kawan2... Tapi lepas saja dia berbuka time semua nak sembahyang dia muntah habis semua makanan yang di makan time berbuka tadi.. Kesian la pulak cintamama tengok dia.. Malam tu dia tidur awal dengan perut yang meragam tapi cintamama dah sapu minyak angin kat perut dia dah...

Hari ini hari ke dua dia berpuasa harap2 semuanya ok.. Cintamama tak mau la ajar dia selalu ponteng puasa sebab dia pun dah besar, dah darjah 4 pun(umur 10 tahun) so time ni la dia kena belajar, kalau demam ke tu tak pe la sebab ada alasan yang kukuh.. Kalau saja2 tak mau puasa hemmm tu tak boleh di biarkan.. Sebagai orang Islam kita wajib menunaikan apa yang di suruh dan elakkan apa yang di tegah.. Cintamama rasa semua ibu2 di dunia ni pun macam tu kan..

Cintamama harap Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan pada kita semua termasuklah keluarga cintamama juga.. Walau berat mana dugaan yang ALLAH berikan Cintamama harap semuanya akan di hadapi dengan tabah..

TERLANJUR MENCINTAIMU. (sinopsis)


Sinopsis ~ Terlanjur Mencintaimu.

JOHAN Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaika. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

"Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis  Zulaikha, tak ada...dan  tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!" - Johan Iskandar.

TENGKU Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan. Disebabkan rasa takut yang mendalam, takut di tinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

"Bukan laut namanya jika airnya tidakberombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!" - Tengku Hanisa Zulaikha.

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?
~~~~~~~
Citer ni best sangat2 dan x rugi kalau beli.. cintamama suka sangat2 story ni..sampai berulang2 cintamama baca...