Followers

Search my Blog

KEMBALI DIA KE RAHMATULLAH....

sekadar gambar hiasan..
Seminggu yang lalu adik lelaki cintamama telah kembali ke rahmatullah akibat sakit, setelah selama sebulan terlantar di hospital akibat jangkitan kuman yang pada mulanya hanya di paru2 kemudian dengan cepat ia merebak ke hati dan kemudian jangtungnya...

Semasa cintamama melawatnya di hospital, cintamama menjadi sebak, cintamama tak dapat nak menatap wajahnya lagi, air mata cintamama terus mengalir keluar..cintamama terus lari ke coridor menangis sendirian..tak sanggup cintamama nak tengok wajah dia yang dah tak de rupa dia lagi, cengkung habis muka dia dan badan tak usah cakap lah kurus kering...sedih hati cintamama melihat keadaan dia..adik cintamama telah meninggalkan 4 orang anak yg masih kecil2 lagi, kesian anak2 dia dah jadi yatim piatu..adik cintamam meninggalkan dunia ini di usia 25 tahun..usia yang terlalu muda kan, tapi nak buat macam mana dah takdir ALLAH yang dia pergi dulu..kami sekeluarga terpaksa menerima takdir ilahi ini...

Disaat cintamama menulis ni air mata cintamama dah mengalir dengan derasnya..cintamama rindu kat dia..bila tengok anak2 dia sebak hati ni,bagaimana agaknya keadaan anak2 dia semua..cuma dia mungkin terkilan sebab tak sempat melihat anak lelaki sulung dia..anak yang tu duduk dengan bekas isteri dia..mereka pun tak dapat di hubungi..cuma yang ada anak2 isteri sekarang ja..cintamama pun dah tak tau macam mana rupanya anak sedara cintamama yang sorang tu...terputus terus hubungan, sedih bila memikirkanya...

Disaat dia dikapankan didepan kami adik beradik, cintamama sebak sekali lagi...mak cintamama tak usah cakap la menangis tak terkira...adik2 yang lain pun macam tu jugak..cuma yang sedih tu sebab hari yang sama sebelum dia meninggal dia ada cakap dengan adik cintamama yang doktor bagi dia cuti tiga hari untuk balik raya, sebab dah ok sikit keadaan dia..dia siap suruh mak cintamama buat meruku dia nak makan dan dia cakap nak beraya dengan kami semua..raya cuma tinggasl seminggu je lagi waktu tu...keesokkannya cintamama terima kabar buruk dari mak cintamama yang adik cintamama muntah darah time dia makan nasi dan pengsan sampai kena buh oksigen kat dia...duk dalam beberapa saat selepas cintamama letak ja telipon, cintamama tengok ada miss call dari adik perempuan cintamama..cintamama pun terus call dia, dengan tangisan di hujung talian dia mensampaikan berita yang adik cintamama dah tiada didunia ini..beberapa saat saja adik perempuan cintamama sampai di hospital doktor menyampaikan berita yang jantung dia dah berhenti berdenyut... tak sempat jugak dia jumpa adik lelaki cintamama tu...yang sedihnya semasa dia menghembuskan nafas terakhirnya siapa pun tiada disisinya..isteri pun tiada tu yang cintamama sedih sangat..

Orang cakap bulan puasa ni seksaan kubur tiada...sebab bulan ramadhan, bila habis saja bulan puasa haaa maka akan terlaksanalah  hukum ALLAH di alam kubur...elok amalan eloklah disana kalau tak berjawablah dengan ALLAH...cintamama disini sentiasa mendoakan dia agar dia tenang dia sana aminnnn...andai kawan2 blogger cintamama menbaca entry ni diharap dapatlah kiranya sama2 mensedekahkan AL-FATIHAH pada arwah adik cintamama ye..aminnn

0 comments:

Post a Comment