Followers

Search my Blog

OMBAK RINDU (filem) VS OMBAK RINDU (novel)


Ptg2 mcm ni aku nak story mory la ckit pasal filem 'OMBAK RINDU' yg org duk sebut2 dan kata best sangat tu kan... Sampai dgr kata ada yg nagis dan habis tisu satu kotak lah dan ada yg kata malu la nak nagis sbb ada pakwe kat sebelah la..Haiii mcm2 yg aku dgr dan org kata bestttt sangat citer tu, rugi x tgk la katanya...Haaa ni aku nak citer ckit pasal filem yg korang best sangat tu kan..

Pada aku tajuk citer tu memang besttt..Memang xde yg boleh sangkal akn kekuatan citer tu dan jln citer memang menarik.. Bagi aku yg memang peminat novel2 cinta ni, memang aku salut citer ni bestt.. Apa yg aku nak story kan kat sini adalah filemnya tak seperti yg aku sangkakan dan lari byk dri novel sebenar.. Cuba bayangkan apa perasaan peminat seperti aku yg selama ini menanti2kan kedatangan filem Ombak Rindu ini, tapi akhirnya hampa dgn filem tu sendiri.. Yaaaa aku memang x puas hati dgn filem ni sbb dia x menceritakan seperti apa yg didalam novel.. Bagi aku bila diubah sesuatu naskah itu maka akn cacat lah pejalanan cerita sesebuah filem itu..Bagi yg x pernah baca novel Ombak Rindu mungkin dia org kata best sangat..Tapi bagi kami2 yg pernah membaca novel ini sampai berkali2 dan dah x terbilang kali dah, tentu rasa kekurangannya kan..

Dari awal cerita dah menunjukkan yg makcik si Izah tu sakit..tetapi dlm novel dia x sakit dan makcik dia dan pakcik Taha selalu mendera Izah.. Disitu dah lari dia pnya citer dan satu lagi bila dia berkawin dgn Hariz.. semasa dia belajar x pula ditunjuk di dlm filem tu dan yg sebetulnya dia belajar dulu dan kemudian dia kerja di compeny lain sebelum dia kerja dgn compeny Hariz sendiri..disitu dah nmpk sangat mereka ubah jln citer novel tu..memang x best rasanya bila tgk filem dia..rasa sangat kekurangan..mungkin ada yg sama pendapat dgn aku dan bagi aku filem ni x best langsung cuma lagu dia je yg dpt menyentuh aku tapi kalau filem ni langsung x...

Selalunya kalau aku tgk filem2 sedih mcm ni aku mudah menjatuhkan air mata dan utk filem ni langsung xde air mata aku yg keluar dan aku rasa dgn membaca novel dia lagi menyentuh perasaan aku..Novel Ombak Rindu ni dah lama ada dan aku baca novel Ombak rindu ni pada tanggal 29/11/2003 haaa byngkan tarik pun aku ingat, sbb kalau aku beli je novel aku akn catatkan bila aku beli dan siap sain lg..so aku ingat la kan..tgk lama ke x novel ni dan aku dah baca bkn sekali dah berkali2 sampai aku sendri pun dah x ingat dah berapa kali aku baca.. Dah 9 tahun novel ni aku baca dan bagi peminat novel seperti aku tentu la nak yg sama mcm naskah yg aku baca.. Bila ubah walau sedikit cacat la ceritanya walau pun akhirannya sama tapi x puas dan rasa syng je sbb citer ni best..

Sebab tu bila org kata tgk sampai menangis2, bila aku tgk xde pun yg sedihnya dan bkn hya itu yg dia tukar.. Tentang pejalanan citer drivernya iaitu pajcik Taha merangkap ayah si Hariz sendiri..pun di tukar sedikit... hemmm dapat kutipan berjuta2 sbb citer ni best tapi aku rasa nasib baik la aku x p tgk kat pangung wayang kalau x wat habis duit aku je dgn duit minyak keta..sbb x best langsung.. Baik aku baca novel dia lg aku mendapat kepuasannya dan bila aku baca novel tanpa kita sedar sendiri air mata akn mengalir tanpa disuruh dan mcm dah x leh disekat2 lg...bila ada bab yg lucu akn sendiri tergelak dan bila sedih dgn sendiri akn menangis dan bila penamatnya happy sangat pun dia akn menangis dgn sendirinya, tanpa dipaksa... Itulah penangan dari sebuah novel yg bernama OMBAK RINDU yg dapat menyentuh hati dan perasaan ini hingga rasa hati sayu sangat bila baca berkali2 pun x rasa jemu..

So kalau korang rasa apa yg aku rasa cer komen skit dan apa pendapat korang tentang citer ni..cer citer cer citer..citer laaa, dpt jgk kita kongsi2 pendapat..kalau x puas hati ckp je kat sini dan sama2 lah kita berkongsi so apa di tunggu lagi komen la ye..semoga korang x boring dgn apa yg aku cuba sampaikan dan kalau korang nak hentam pun xpe aku x kisah dan aku x sedih pun itu pendapat masing2 dan ini pendapat aku sebagai peminat siri novel cinta ini...selamat berkomen disini..

0 comments:

Post a Comment