Followers

Search my Blog

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG...

Assalamualaikum semua blogger dan selamat pagi..haaa dgr tajuk yg di ats pun dah tau kan apa topik kita hari ni...yaaa, nak cerita tentang usaha nak jadi senang dan bukan mudah nak jadi senang..kalau x berusaha x kan ada hasilnya..

Dalam setiap kehidupan kita ini semua org x nak hidup susah kan, semua nak senang dan bila nak kehidupan yg lebih baik dari sekarang kenalah berusaha utk mencapai apa yg diingini..Macam tu jgk lah dgn diri ini, Baru2 ini ada satu bidang yg amat disukai iaitu cokelat...Oleh kerana terjebak dgn cokelat ni pun secara x sengaja jadi ia terus menjadi minat sampai sekarang..Mungkin diri ini terlalu mentah dlm selok belok perniagaan on9 ni..Sbb x tau apa2 pun, kiranya zero dan sedikit demi sedikit akhirnya dapat berdiri setapak demi setapak hinggalah rasa yakin dlm diri utk maju ke depan betul2 kuat..Cuma perlu lg usaha utk berjaya lebih ke peringkat lebih tinggi..

Baru2 ni seorang sahabat cuba membantu dari segi membuat page di FB dan segala2nya dia yg buat aku cuma perlu sediakan code2 harga cokelat aku dan cara2 pakej dlm cokelat aku ni...Aku cuba tya pada huby tapi dia kata " cuba fikir sendiri, aku nak tgk awk fikir dan baru awk tau betapa susahnya utk berfikir dlm mencari rezeki" itulah jawapan dri huby aku...Aku ambil itu sebagai cabaran dri dia..hari ni dah masuk 2 hari tapi aku masih blur dan x da apa2 idea utk cokelat aku ni...kwn aku dah bertanya tentang ni, tapi aku masih dlm delema..Yg sebenarnya aku x tahu nak buat mcm mana, aku dah ada senarai harga dan aku x tahu nak letak dan buat mcm mana..aku mengaji x tinggi dan aku akui itu, cuma bila difikir2 balik rasa menyesal skrng sbb x nak belajar sungguh2 dulu...kalau dulu aku rajin belajar dah tentu aku ada kerjaya yg bagus..hidup pun mungkin lebih baik dan x perlu la pening memikirkan masalah skrng...

Hemmm pening jgk kepala ni nak fikir idea2 yg x mau dtng ni..mcm mana aku nak buatni, idea x masuk langsung dlm kepala..x tau nak wat mcm mana...xde ka sapa2 yg boleh tlg ni...adehhhh dah buntu dah ni, x boleh nak byngkan ckit pun..serabut dah kepala otak ni...hampehhh betul la...Haiiii kena buat jgk walau pun x tau..ini la namanya bukan senang nak jadi senang..Kalau nak senang kena usaha dan kesenangan x akn dtg bergolek kalau kita x usaha dgn sepenuh hati... Tabah dlm menghadapi cabaran hidup dan ada sokongan dri keluarga yg tersayang dah cukup utk aku teruskan kehidupan yg amat baru dlm hidup ini..Ini lah farsa baru dlm kehidupan aku utk lebih berjaya..bkn sekadar suri rumah biasa yg hya duduk tercorok kat dapur je..Harus ada cita2 walau pun xde kerja yg hebat dan pangkat yg tinggi...Tapi biarlah menjadi seorang yg berjaya dlm hidup...insyaallah amin....

0 comments:

Post a Comment