Followers

Search my Blog

COKELAT

~COKELAT ALMOND RINDU~
Percubaan untuk kali pertama sangat berjaya walaupun masih dalam jumlah yang sikit.. tak pe lah sebab ini pun hanya percubaan dalam bidang buat cokelat..walau pun baru sehari dah ada permintaan dan walaupun jumlahnya taklah banyak sampai beratus-ratus kotak tapi oklah buat permulaan..bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit...haaa aku pun harap-harap berjaya macam tu jugak.. walaupun sekarang permulaan hanya 20 kotak di masa akan datang siapa tahu mungkin akan bertambah... doa-doakanlah ya..

Maka bermulalah cabang baru untuk aku... mungkin inilah kemahiran aku so, buat apa di sia-siakan baik di gunakan.. sedikit sebanyak dapat juga aku menjana pendapatan dan menambahkan lagi duit pokek aku sendiri... tidaklah aku terlalu mengharapkan duit suami je kan.. dengan buat cokelat je dah cukup lumayan... harap-harap aku akan dapat banyak lagi tempahan selepas ini... aku pun kenalah cuba mencari-cari rasa-rasa baru untuk buat cokelat... dengan itu rasa dan bentuk akan di perbagaikan lagi... cokelat pertama buatan aku adalah cokelat almond dan rasanya sedap sangat dan anak-anak aku pun suka...

Pertama kali aku buat cokelat adalah pada hari raya dan bila bawa balik ke kampung semua sanak sadaura suka dengan rasanya..dari situ bermulalah minat nak buat cokelat ni...pada kali kedua aku buat cokelat pula huby aku bawa ke pejabat dia dan rakan-rakan pejabat dia semua suka dan dari situlah aku mendapat tempahan untuk buat cokelat..seperti yang aku cakap dari awal tadi, walaupun tak banyak oklah buat permulaankan dan pada hari Ahad akan bermulalah projet cokelat aku ini... cokelat aku setakat la ni ada 3 jenis rasa iaitu almond rindu, almond rice dan hazel canbery... tapi yang paling banyak dapat tempahan cokelat almond rindu sebab yang tu paling sedap depa kata...yang lain-lain pun ada jugak yang tempah cuma tak banyak macam almond rindu...soooo selamat berjayalah kat aku ye hehehe(bagi semangat kat diri sendirilah pulak)...oklah sampai sini dulu nanti-nanti kita cerita lagi nuuuu...

0 comments:

Post a Comment